Friday, September 26, 2008

-SeLamaT HaRi RaYa AiDilFiTri -

Salam Aidilfitri buat semua teman2 dan sesiapa yang mengunjungi blog ini. Pintaku, apa sahaja yang aku bicara di sini, tidak menjadi racun atau kudis pada sesiapa ... sekadar menjadi halwa minda... luahan rasa ... namun sebagai insan lemah , pastinya ...

Mata kadang kala salah melihat,
Mulut kadang kala salah bercakap,
Hati kadang kala salah menduga,
Maaf atas segala kesalahan yang ada ...

Kepada rakan-rakan yang akan balik beraya di kampung juga peringatan buat diriku ... tunggang dan pandu dengan selamat ... raikanlah aidilfitri dengan penuh kegembiraan bersama keluarga dan sanak saudara ... semoga kita dapat kembali bersua di ruangan bisu ini dengan semangat yang ceria.

No comments: