Berdebar menanti saat2 bersejarah ... ketibaan Timb Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran untuk merasmikan sekolah sempena ulang tahun ke-10 SK Bukit Jelutong ... Insyaallah aku akan bertugas di bilik pameran Robotik ...
Masing2 dilanda kesibukan ... murid2 yg terpilih sudah mulai sibuk untuk persembahan dan perbarisan kawad kaki ... guru2 apatah lagi ... tambahan pula PKSR1 juga bakal menjengah tidak lama lagi ...
Semoga semuanya berjalan lancar dan juga cuaca yang baik ...
Nostalgia dunia kecilku ... semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan dan esok tersemat impian
Tuesday, May 8, 2012
Tuesday, May 1, 2012
Hari Pekerja 2012
Selamat menyambut Hari Pekerja buat semua ... selamat berehat sebentar daripada tugas2 di tempat kerja ... dan berbanggalah kita semua kerana masih mempunyai pekerjaan ... di saat beribu2 orang masih tercari2 kerja ...
Pekerjaan itu satu ibadah ... oleh itu laksanakanlah ia dengan sebaik dan seikhlas mungkin ... kerana melalui usaha yg kita lakukan itulah ... kita menerima hasil/upah di sebalik apa yg kita kerjakan ...
Sebenarnya, apa yg saya perkatakan di atas merupakan satu peringatan buat diri saya sendiri ...agar ikhlas dalam apa yg saya lakukan ... terkadang kita amat teruja/ happy dengan apa yg lakukan ... namun ada kala kita rasa kelelahan ... teramat letih dan seakan putus asa ...apabila apa yg kita angankan tidak sebaik yg kita jangkakan ...
Ingatlah ... tidak semuanya akan menepati jangkaan ramalan... berusaha dan terus berusaha ... kerana hasil yg diperolehi dengan susah payah ... akan lebih terasa kemanisannya ....
Monday, April 30, 2012
Alhamdulillah ...
Akhirnya ... diberi peluang dan kesempatan untuk berbicara ... banyak khabar yang ingin dikongsikan ... namun kekangan masa sering dijadikan alasan ...
Namun, bukankah setiap manusia dikurniakan masa yg sama ... 24 jam sehari .. tiada yg terlebih .. tiada yg terkurang ... oleh itu belajarlah memuhasabahkan diri ... masa yg ada dimanfaatkan sebaiknya ... Insyaallah selepas ini mungkin kembali menjinakkan diri dalam bicara kelu ini ... untuk meluahkan segala rasa ... kerana inilah wadah terbaik tanpa menyinggung hati sesiapa ...
Namun, bukankah setiap manusia dikurniakan masa yg sama ... 24 jam sehari .. tiada yg terlebih .. tiada yg terkurang ... oleh itu belajarlah memuhasabahkan diri ... masa yg ada dimanfaatkan sebaiknya ... Insyaallah selepas ini mungkin kembali menjinakkan diri dalam bicara kelu ini ... untuk meluahkan segala rasa ... kerana inilah wadah terbaik tanpa menyinggung hati sesiapa ...
Gurindam Petua Seorang Guru
Kalau guru mengajar sambil
duduk,
Murid belajar sambil
mengantuk.
Kalau guru
mengajar sambil berlakon,
Murid belajar dengan
tekun.
Kalau guru mengajar tanpa
alat
Murid belajar dengan ralat
Murid belajar dengan ralat
Kalau guru menjadi pemudah
cara
Banyak murid pandai berbicara
Banyak murid pandai berbicara
Kalau guru kurang merancang,
di dalam darjah banyak temberang.
di dalam darjah banyak temberang.
Kalau guru suka berdamping,
Banyak murid dapat dibimbing
Banyak murid dapat dibimbing
Kalau guru banyak bercakap,
Akan ada murid yang gagap.
Akan ada murid yang gagap.
Kalau guru berbudi bahasa,
Akan dikenang sepanjang masa.
Akan dikenang sepanjang masa.
Kalau guru menunggu diarah,
semua kerja kena kerah.
semua kerja kena kerah.
Kalau guru tidak mengajar,
dapatlah murid yang kurang ajar
dapatlah murid yang kurang ajar
Kalau guru berinovatif,
pengajaran akan lebih efektif.
pengajaran akan lebih efektif.
Kalau guru tidak mahu
belajar,
samalah taraf dengan pelajar
samalah taraf dengan pelajar
Subscribe to:
Posts (Atom)