Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru 2010

Selamat tinggal 2009 ... selamat datang 2010 ... banyak kenangan manis yang kutinggalkan untuk tahun 2009 ini ... tahun 2009 memberikan sesuatu yang bermakna dan membawa perubahan besar dalam diari kehidupanku ... iaitu bergelar pelajar 'kpli'.

Hampir 8 tahun dalam sektor swasta ... sebelum bekerja di Kementerian Kewangan, merasa dipanggil 'puan', merasa bahang kehangatan menyiapkan Bajet 2009 /RMKe9, terbang secara percuma dan lain-lain lagi ... kemudian diterima belajar di IPGMKBM dan kini ... 2010 ini, aku akan terlibat secara terus dalam bidang pendidikan dan seterusnya dipanggil 'cikgu' ...

Insyaallah ... bermulanya sesi persekolahan ini, aku akan mula berkhidmat di SK Bukit Jelutong. Pastinya azamku tahun ini ... untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak-anak didikku ... ingin menjadi guru yang baik dan terbaik. Kupohon pada Ilahi ... semoga aku diberi kekuatan, ketabahan, kesabaran, kecekalan dan semangat juang yang tinggi untuk menghadapi segala cabaran, kecil ataupun besar ...

Buat rakan-rakan, tahniah dan semangat bertugas. Semoga kita dapat memberikan yang terbaik kepada sekolah dan negara amnya. Terlalu banyak tohmahan dan kritikan yang ditujukan pada lepasan KPLI, marilah bersama-samalah kita buktikan bahawa kita tidak seburuk yang dicanang. Sekiranya memang ada kelemahan pada kita, berilah peluang pada kita membetulkan sejajar dengan peredaran masa yang berlalu.

Selamat berjuang semua!!!!!!!!

Tuesday, December 29, 2009

Perihal Posting Lagi!

Semalam aku terima sms drpd sorang member sekelas ... Efa memaklumkan bahawa dia dapat penempatan di SK Taman Tun 1. Tahniah untuk Efa sebab sekolah tu berhampiran dengan rumahnya.

Ada member call bagitau sapa yang dapat Kuala Lumpur, pegi jabatan pendidikan, kita boleh pilih sendiri sekolah mana yang kosong. Sesuatu benda tu akan mudah jika dipermudahkan dan menyenangkan kedua-dua pihak. Entahlah ... aku berharap sangat semoga aku dapat sekitar Shah Alam juga.

Berita terkini yang diterima, penempatan posting boleh diketahui pada 30hb, iaitu esok. Dari sehari ke sehari ... aku serahkan semuanya pada Ilahi ... semoga penantian ini menjadi takdir yang trbaik untukku.

Petang ni, MIL akan datang Shah Alam dan tidur di rumahku. Adik ipar baru menerima cahaya mata yang pertama di Marang, Terengganu. Jadi ayah dan mak akan ke sana melihat cucu yang ke 10. Tiket bas pukul 9.30 pagi esok. Cadangan asal nak naik bas malam, tapi lepas kes accident bas di Ipoh tempohari, rasa bimbang nak naik bas waktu malam. Sepanjang minggu ni abang ke sekolah, jadi menjadi tugasku untuk menghantar MIL ke stesen bas Seksyen 17. Sebenarnya dah lama sangat aku tak memandu sendiri sejak habis belajar KPLI.

Bercerita pasal kemalangan bas tempohari, salah seorang mangsa kemalangan maut itu merupakan adik ipar kepada sepupuku. Berasal dari Sg Besar dan baru menamatkan matrikulasi sebelum menyambung ijazah. Merupakan anak bongsu daripada 2 beradik. Sedih sangat bila dengar ibu arwah yang pengsan berkali2 kerana terkejut. Apapun, ajal dan maut sudah ditentukan. hanya Al-Fatihah untuk arwah dan mangsa yang lain2.

Monday, December 28, 2009

Kembali Bersiaran!

Hari ni aku kembali menulis di rumah kecilku ini setelah seminggu tidak bersiaran ... menikmati cuti2 Malaysia tanpa sebarang gangguan luar dan tiba di Shah Alam petang semalam. Hubby dah mula busy ... menghadiri mesyuarat guru dan panitia.

Penempatan negeri untuk KPLI juga sudah kuketahui ... terima kasih buat Eta yang tolong cek namaku masa pergi ke Putrajaya tempohari. Aku dapat penempatan di Selangor, cuma daerah dan nama sekolah yang belum dikeluarkan. Kebanyakan rakan2 yang sudah berkahwin dapat di negeri pilihan masing2, kecuali 3 rakan perempuan yang masih bujang dan seorang yang baru berkahwin pertengahan tahun (FN) dengarnya akan ke Johor dan Madi ke Sarawak.

Cerita mengenai percutian ke Cameron Highlands, insyaallah akan menyusul kemudian.

Thursday, December 17, 2009

Maal Hijrah 1431H



Salam Maal Hijrah ...
Akhirilah tahun 1430H dengan doa dan mulakan tahun 1430H dengan doa jua ... moga hidup kita dan keluarga dalam lindungan-Nya selalu.

Jangan lupa doa akhir tahun Asar ni dan juga awal tahun maghrib nanti.

Tuesday, December 15, 2009

Rezeki !!!

Alhamdulillah ... hari ni kami menerima kunjungan seorang rakan lama ... hampir 2 tahun juga tak berjumpa sejak kali terakhir kami bertemu pasal urusan beli tanah tempohari. Aku dan rakan berkongsi beli satu tanah lot di Bkt Lanchong.

Datang untuk ambil surat perjanjian jual beli tanah tersebut dan juga bayaran duit peguam. Dalam saat2 sesak tak bergaji ni ... dapat duit ni ... mulalah berkira2 untuk cuti2 Malaysia ... he..he..

Sunday, December 13, 2009

Nak Citer Apa??????

Dah hampir 3 minggu aku bercuti ... nak kata boring ... rasanya istilah itu tak sesuai untuk aku buat masa ni. Masa berlalu tanpa sedar ... banyak xtvt yang dilakukan setiap hari ... kemas rumah, masak memasak ... layan TV, internet, novel, anak dan suami ... keluar cuci mata setiap petang & malam ... nikmat berehat ini akan kumanfaatkan sepenuhnya.

Yang tak bestnya, aku terasa dah semakin mengembang ... makan dan makan ... oh tidak!!!!!!

Hajat hati nak bercuti di Kedah minggu ini ... tergendala ... tapi yang bestnya my mum, adik dan Najmi datang berkunjung. Hujung minggu ni kami akan ke Tapah ... dan seterusnya minggu berikutnya ke Ipoh ... semuanya bersama family mertua.

Dan sebelum cuti berakhir ... PD dan Melaka ... nantikan kunjungan kami buat kesekian kalinya.

Wednesday, December 9, 2009

Layan Je???

Tak de xtvt yang menarik yg aku lakukan hari ni. Bangun awal pagi, aku sediakan mee goreng untuk sarapan. Tapi Ikmal nak makan nasi la pulak pagi2 ni. Gorengkan telur dan nugget sebagai lauknya. Rindu nasi kot ... sebab malam semalam aku cuma buat bihun tomyam dan puding karamel.

Sambil kemas2 rumah ... terpandang VCD 'Kuch-Kuch Hota Hi '. Lama tak tengok ... apa lagi aku layan la sampai habis ... puas la tergelak, tersenyum dan bergenang air mata tengok citer yg pernah menyebabkan fenomena Bollywood melanda dunia.

Tengahari ... tengah asah bakat berhempas pulas kat dapur menyediakan hidangan tengahri ... gas pulak habis ... kacau daun betul ... setengah jam lagi baru gas yg diorder sampai ... layan internet kejap!!!

Monday, December 7, 2009

Posting?

Aku pasti tentunya semua rakan KPLI Ambilan Jan. 09 ternanti2 penempatan untuk dipostingkan. Kalau mengikut surat pelantikan jawatan tempohari, sepatutnya kita semua sudah melapor diri di sekolah pada 1 Disember 2009.

Banyak info dan sms yg kuterima dari rakan2 ... ada yg call KPM dan dapat maklumat 15hb atau 20hb Disember. Dalam hal ini, aku hanya mampu berdoa supaya dipermudahkan dan dilapangkan dadaku dalam urusan posting ni.

Ikmal juga sudah kembali ke Shah Alam. Lapang rasa dada bila melihat anak ada di depan mata. Cuma tempat bersekolah belum dapat dipastikan, ikut mama atau papanya.

Aktiviti sepanjang minggu juga sudah tersusun. Cadangnya dalam waktu2 gawat ni nak bawa Ikmal bercuti di tempat2 yg dekat sahaja ... tapi Jumaat ni ada urusan di Kedah, mungkin kami akan menyinggah di mana-mana destinasi.

Wednesday, December 2, 2009

Tinggal Kenangan

Alhamdulillah ... akhirnya Ikmal berjaya menghabiskan persekolahannya di Tahun 1 di SK Tengi. Insyaallah, tahun depan Ikmal akan meneruskan persekolahan Tahun 2 di Shah Alam. Sama ada sekolah mama atau papanya ... tak tahu lagi ... bergantung pada tempat mamanya dipostingkan.

Aku dan hbby amat berterima kasih pada atuk n neneknya yg sabar melayan karenah Ikmal, menghantar dan menjemput setiap hari tanpa jemu ... pengorbanan mereka berdua kusanjung hingga akhir hayat.

Aku tahu bukan mudah jaga Ikmal ... punya karenah yg pelbagai ... manja sangat dengan nenek ... manja yg dibuat2 supaya neneknya fed-up dan menyampah ... satu taktik supaya dihantar semula bersekolah di Shah Alam ... makan bersuap ... mandi disiram ... dan bermacam ragam lagi. Satu perilaku yg amat berbeza kalau kami pulang ke kampung ... semua buat sendiri ... makan, mandi, bersiap dan semuanya buat sendiri ... betapa sabarnya MIL melayan karenah Ikmal.


Inilah Ammar, sepupu @ merangkap adik kesayangannya selain jimmy ... pun neneknya yg jaga .. memang kamceng sangat berdua ni ...

si bujang trang trang bersedia nak ke sekolah agama ... sejak duduk kampung ni kulit pun dah semakin gelap ... main dan main ... dan cari belalang ... rutin harian Ikmal





Add Image
membonceng motor atuk untuk ke sekolah ...

sewaktu majlis penyampaian hadiah ... dpt no. 8 ... masa ptengahan tahun no.3 ... apapun still dalam kelompok 10 terbaik ... juga dapat hadiah utk subjek Sains terbaik ... tahniah buat anak mama ...

ni untuk penyampaian hadiah di sekolah agama ... dapat no.3 dalam kelas dan no.8 utk keseluruhan ... sesuatu yg membanggakan sbb Ikmal tiada asas agama dan Jawi di tadika. Hanya basic semasa di nursery dan juga buku Iqra' ...


persembahan nasyid ... aku pun tak pasti Ikmal yg mana ... sebab lelaki bahagian belakang ... muka pun tak nampak.

Berdua Lagi!

Hari Ahad kami dah bertolak balik ke Shah Alam. Hbby terlibat jaga exam SPM. Malangnya buah hati pengarang jantung kami tinggal lagi kat kampung ... terpengaruh dengan hasutan sepupu2nya supaya bercuti kat kampung ... Hbby bagi can seminggu lagi kat kampung.

Ikut perancangan awal ... kami nak buat sambutan hari jadi Ikmal pada hari raya pertama tempohari ... kebetulan semua sepupunya ada ... tapi kami hanya balik ke Sg Tengi pada petang raya kedua ... sampai2 je si Ammar sepupu @merangkap adik kesayangan Ikmal dah siap nak bertolak ke rumah nenek satu lagi ... so apa lagi neneknya terus kerah Ikmal untuk potong kek time tu jugak ... tak sempat nak buat apa2 persiapan ...



kek hari jadi Ikmal ... beli kat kedai kek kat luar Giant Sek. 13 ... sori ye anak mama ... pergi lewat, ni jer satu2nya kek yg tinggal ... nak order lain ... kena ambik kul 10 pagi keesokannya ... sedangkan pagi2 kami dah bertolak balik ... biasanya banyak kek ... tapi sebab ada offer 40%, kek 1kg boleh dapat dalam 20 ringgit lebih jer ...


budak2 kalau jumpa belon ... bukannya ingat benda lain ... sibuk ngan belonnya jer ... masa ni si Ammar pun dah mengamuk ... sebabnya dia sibuk nak potong kek ... tapi yg lainnya sibuk tiup belon ... apa2 pun layan gambar je la ...





Salam Aidil Adha 1430H

Dah beberapa hari Aidil Adha berlalu ... rasanya tak terlalu lewat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Sempena raya ... saja tukar design baru rumah ... malangnya aku terlupa yg aksesori2 tambahan ikut berubah dah hilang ... ini hasilnya rumah baruku yg putih bersih ... tulus mulus ... he..he..

Tahun ni kami turut berkorban di kampung hubby di Sg Tengi, berkongsi dengan adik beradik yg lain. Tapi sebab turn beraya di Sekinchan, cadangnya nak bertolak ke Sg Tengi lepas solat Jumaat ... sebab 2 ekor lembu akan ditumbangkan lepas Jumaat di rumah ayah mertua.

Ehm ... tapi biasalah kalau dah berkumpul adik beradik aku ... berat je hati nak balik cepat. Lepas sembahyang raya ... ziarah kubur arwah abah ... lepas tu beraya rumah adik beradik sampai ke malam. Tengahari Sabtu baru bertolak ke Sg Tengi.

Kay ... layan la ada sikit gambar time raya tu hari ...