Friday, September 5, 2008

Samseng Jalanan

Kisah pagi Jumaat, sorang mamat motor dan sebuah teksi. Motor tu sekejap laju, sekejap perlahan, bawa melilau-lilau ... sambil mengacah-ngacah tangan kepada si pemandu teksi menyebabkan semua kereta di belakang terpaksa mengekor dengan perlahan. Mungkin ada kisah sebelumnya yang menyebabkan si mamat motor tu naik radang dengan teksi tu ...

Sementara tu sebuah Kelisa yg berada di lorong kedua, terus memandu tanpa menghiraukan keadaan tersebut. Entah apa yg dilakukan oleh si penunggang motor, si pemandu teksi telah memasuki lorong kedua secara mengejut, menyebabkan pemandu Kelisa terkejut beruk ... terpaksa membrek kereta dan terus memasuki lorong kanan ... nasib baik sangat sebab masa tu tak de kereta di belakang ... mengucap panjang si pemandu Kelisa dengan kejadian itu ... panas dalam hati tapi bersyukur sebab tak de apa2 yg buruk berlaku ...

Sampai sekarang si pemandu kelisa rasa geram yg amat sangat ... tangan pun menggigil lagi ... aku tahu kerana akulah pemandu Kelisa itu. eeeeeeeeeiiiii ...

No comments: