Wednesday, September 24, 2008

24 Ramadhan

Semalam berbuka puasa dengan ayam KFC dan Ayamas. Kami 3 beranak meratah ayam tanpa nasi ... kalau kat kampung mesti mak cakap macam kucing ...he..he..

Lepas Maghrib, temankan Ikmal buat homework. 7 helai muka surat ... macam melampau pulak teacher ni ... kadang2 tak ada langsung, tapi bila bagi terlalu banyak pulak. Sudahnya tak buat Terawih pun, habis buat homework, mata pun kuyu.

4.30 pagi bangun utk sahur tapi sambung tidur kat ruang tamu ... padahnya pukul 5.15 kelam kabut bangun ... tak sempat nak tambah lauk utk sahur. Cadang nak buat sayur air utk dipadankan dgn ayam goreng, tapi sebab tak sempat makan nasi n ayam sahaja. Tengok abg bukan main susah nak menelan nasi ... tak de kuah pe ... sorry ...

Tadi menghadiri mesyuarat Kelab Keluarga Bhgn Belanjawan di Tingkat 8. Bermula pukul 9.30 pagi hingga 12 tghari. Selaku penaung, Datuk Latifah hanya memberi ucapan perasmian dan selamat datang sebelum mengundur diri kerana ada hal lain. Majlis seterusnya dikendalikan oleh En. Rahman selaku TYP. Kalau gagal interview KPLI tu, mungkin aku berpeluang mengikuti pelbagai acara yg diatur.

Buat tulip merah ... all the best utk meeting petang nanti bersama MKewn1 yg baru.