Wednesday, July 30, 2008

Perut Oh Perut!


Hari ni puasa sempena 27 Rejab ... tak bangun sahur ... ehm apa lagi ... pagi2 lagi perut dah berdondang sayang ... menjelang tengahari dah jadi irama rock n roll pula ...
Ada satu cerita yang agak mencuit hati ... sms suami bagitau perut tengah berlagu ria ... suami balas dan tanya ada lagu Letto tak ... aku yg salah faham terus call handphone suami utk dengar 'caller ringtone' ... tiga kail dail ... hanya lagu Aizat ' Hanya Aku yg Mampu' berkumandang ... sms balik bagitau .... tergelak besar suamiku, kerana dia bertanyakan sama ada perutku yg sedang berkeroncong itu menyanyikan lagu 'Letto' atau tidak ... ehm .. senyum sendiri la jawabnya ... maklumlah puasa ... daya tanggapan pun mungkin tersasar ...

Apa2 pun ... bagi yang berpuasa Rejab hari ini ... saya ucapkan 'selamat berpuasa' ....
Tak de mood nak masak ... singgah kedai la bungkus lauk ...

Felda Jelai 3


Sudah banyak hari dilanda kesibukan ... hingga tak punya kesempatan untuk mengemaskini blog ini. Selain menyiapkan tugasan seharian di pejabat ... masa yang terluang kugunakan untuk mencari bahan utk temuduga KPLI ... yg hanya tinggal beberapa hari sahaja. Resah di hati hanya Tuhan yang tahu ... apatah lagi dengan masa yang semakin terdesak ini. Baru cari bahan, harap2 masih punya masa utk membacanya.

Tadi berjumpa dengan Tuan Syed untuk urusan cuti ... sambil tu bagi salinan minit mesyuarat semalam jika ada pindaan ... tapi Tuan Syed tak punya kesempatan untuk membacanya ... cuma masukkan dalam tray. Takut gak kalau bos terlupa ... tapi esok boleh remind dia ...

Sedikit info .... minggu lepas plan balik kampung tak menjadi ... petang sabtu suamiku ada sekolah ganti ... utk menggantikan cuti raya nanti.... malamnya ibu dan ayah mertua datang dan mengajak menghadiri majlis perkahwinan sepupu di Felda Jelai 3, Gemas. Bertolak seawal 7 pagi ke rumah pakcik di Putrajaya dan dari sana kami berkonvoi 7 buah kereta ke Gemas. Balik dari kenduri ... jam sudah menunjukkan pukul 7 ptg .... badan yang letih bertambah letih kerana melayan karenah imal yang merajuk kerana permintaannya untuk ikut atuk dan nenek balik kampung tidak diendahkan ...

Pengantin lelaki adalah sepupu suamiku ... Syazwan & pasangannya Ayu

Sebelum tu mak call ... bagitahu dah kaitkan buah rambutan, buah durian pun kak siah ada simpankan ... sbb ingatkan jadi balik kampung ... alahai sedih rasanya ... dah call kampung bagitau tak jadi balik kampung .... mungkin mak terlupa atau adik lupa sampaikan. Insyaallah ... tiada halangan kami balik kampung minggu ni ...


Tuesday, July 29, 2008

Manfaat Solat

sumber : internet

SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH ........


Assalam Mu'alaikum Wbrth! Dan Salam Sejahtera! Sahabat2 semua yang Islam dan juga yang Bukan Islam... bacalah Email ini dari sahabat yg menetap di US:
"Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.
Dia adalah seorang Doktor Neurologi .
Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an" .
Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an.
Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainy a.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam,
maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!!
Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam......
Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!

tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!
Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini."

Friday, July 25, 2008

Berita Gembira


23 July ... bercuti kerana urusan renew roadtax dan rebet tunai ...
Seawal 8 pagi ... kawan baikku menyampaikan satu berita gembira ... kami2 sama berjaya dalam MTest utk dipanggil menduduki interview KPLI. Terima kasih Tuhan ... w/pun belum tentu berjaya, setidak2nya halangan awal sudah berjaya dilepasi.

Interview 4 Ogos di Institut Perguruan Islam, Bangi .... harap2 masa yang seminggu ni dapat digunakan utk buat sedikit home work ...

25 Julai ... Pagi ni agak bizi sikit ... Timbalan Pengarah Bajet Sektor A yang baru sudah memulakan tugasnya semalam ... belum sempat berkenalan ... 9 pagi patutnya ada meeting utk suai kenal, tapi TPB(A) ada meeting bersama Dato', pegawai2 lain pun ramai tak de ... mungkin perjumpaan ditunda belah petang ... tapi kuih muih utk perjumpaan dah selamat ... masing2 kebuluran ....


Rasa berdebar nak jumpa bos baru nanti ... maklumlah jadi Pegawai Khasnya ... harap dapat sesuaikan diri dengan cepat ...


Wednesday, July 23, 2008

Renungan Bersama : Analogi Rumput Dan Kasih Sayang

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya.
Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang.
Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut.
Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi.
Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala. sedarlah wahai insan, kasih sayang ALLAH itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.

Pagi Yang Ceria

Kebetulan belum dapat tugasan untuk pagi ini ... bos pun asyik keluar gi meeting.
Pagi-pagi nak masuk keje ... aku dan kak milah dari Sektor K berlumba2 mengejar punch clock ... ehm ... tepat2 sampai 8am mengikut punch clock ... nak ikut waktu sebenar ader 5 min lagi sebelum jam 8am ...

Bebudak yg lain ajak join breakfast ... segan la pulak ... asyik tumpang bekal orang jer ... tak pe la ... ari ni aku nak menjamah biskut dan milo panas jer ... kenyang jugak ... harap2 boleh bertahan sampai tghari nanti.

Plan ari ni nak study pelbagai memo dalam fail yg cc bagi ni ... pekeliling perbendaharaan pun kena selalu tengok ... sejak ditugaskan jadi pegawai penyelaras ni ... ada masa tak terkejar tugasan yg diberi ... tapi ada masa agak cool sedikit ... masa mula2 dulu rasa tension jugak ... lama kelamaan bila fikir balik ... semua pengalaman tu jadi satu ilmu buat kita ... dan juga membuatkan kita lebih mengenali ramai orang .... terutamanya staff di bahagian pengurusan belanjawan ni ... penerimaan mereka terhadap orang baru juga amat mesra.

Tuesday, July 22, 2008

Bilik Baru

Tadi lunch dgn member ... lapar yg teramat ... penangan bubur nasi, sekejap jer kenyangnya... belum tghari perut dah berkeroncong ... muzik rock, keroncong, zapin semuanya dia sapu ... order nasi goreng kampung ... alhamdulillah ... licin tanpa sebarang kesan ... agaknya kalau pinggan tu boleh makan ... maunya lenyap dari pandangan... he..he.. buruk lantak betul bini halim ni ...

Hari ni PA @ despatch cuti, so semua memo/surat kena hantar sendiri ... terpusing2 gak cari bilik TPB(S) kat tingkat 8 tu, suasana sunyi, nak bertanya, kelibat orang pun tak nampak ... sudahnya check dari bilik ke bilik ... nasib baik akhirnya jumpa satu mamat tu yg tunjukkan bilik TPB(S). Kalau setakat tingkat 6 dan tingkat 7 tu ... kira ok lagi ... lagipun bilik2nya tersusun, dan staff pun ramai kat sana.

Buat masa ni kat bhgn bajet tak sesibuk macam last month ... bebudak pun tak la muka kelat cam ayam berak kapur ... maklumlah pembentangan bajet ke-9 tinggal lagi sebulan, kebanyakan input / maklumat dari semua agensi hampir siap dikemaskini ... may be tinggal sikit2 perubahan yg masih dalam perhatian/pertimbangan ...

Hari pertama kat bilik baru ... ehm ... ramai gak peminat ... kebanyakan yg lalu lalang mesti singgah n menyapa ... rasa terharu .... terpancar keprihatinan w/pun baru sebulan kat sini ... hubungan sesama kakitangan dan pegawai2 pun semakin akrab ...

Bos baru habis meeting pasal Tilawah Peringkat Kebangsaan yg akan berlangsung tidak berapa lama lagi ... may be kejap lagi kena panggil mengadap la tu ... patut hari ni dah dapat telefon ext.... susah sikit la kalau bos nak panggil nanti ...

Boring Giler!

ari ni sampai awal kat ofis ... tak la memecut ... cuma kuar awal sikit dri kebiasaan.
ingat nak breakfast milo n biskut jer ... tapi bebudak offer bubur nasi ... ehm ... diaorg ni memang rajin@pemurah ... selalu bawa bekal dan share sama2 ... satu amalan terpuji ...
aku ni jer entah bila nak share something dgn diaorg ... asyik makan bekal org jer ... he..he ... tak pe masa masih panjang.

start dok ofis baru ... dapat pc lama ... slow giler ... nak ym tak leh ... buka pen drive pun tak leh ... telefon meja pun belum pasang lagi ... nak print pun jauh sgt ... kena sabar sikit la ...

dah biasa dok dgn staff ... rasa sunyi sgt dok sorg2 kat bilik ... so dengar mp3 dari tepon jer la ... tapi kena ingat la utk charge battery tiap kali balik ...

malam tadi abg ajar imal mengaji ... baru Iqra' 2 ... sbb lama sgt tak mengaji, semuanya imal lupa ... kalau hal2 lain, cepat jer ingat ... suruh mengaji pun bukan main liat lagi ... suka berdolak dalik ... kadang2 abg solat jap ... konon nak ajar mengaji ... tau2 imal dah tidur ... kalau tak tu, sampai lewat malam belum tentu nak masuk tidur ...

marah2 pun ... tu la satu2nya jantung hatiku buat masa ni ... pengubat dan penawar luka lara ... kalau bercakap macam bertih jagung ... tapi kalau org luar tegur ... ehm ... suara dah jadi macam emas ... langsung tak berbunyi ... puas diajar ... namun sifat malu dan berat mulut depan orang, masih sukar terhakis ...



Angkara Kelalaianku

21hb july, hari ni aku pergi keje dlm keadaan kelam kabut ... maklum saja punch clock kat tempat keje awal 5 min ... baru setengah jam memulakan keje ... husband call, rupanya aku terbawa kunci rumah suamiku, manakala kunciku ada di dalam beg yang kubawa ... hendak tak hendak aku terpaksa pulang ke rumah utk menghantar kunci.

sepatutnya kul 10am, aku kena menghadiri taklimat kitar semula, tapi cc izinkan aku balik ... so alang2 dah balik terus apply cuti kecemasan ... tak kuasa nak patah balik ... tol mahal ... minyak apatah lagi. sebelum tu aku pastikan tugasan yg ada ku siapkan segera ... lagipun ari ni bos tak de, dgrnya ada mesyuarat.

ehm ... sampai umah ... say sorry to my hubby ... terus masak utk lunch hour ... lauk simple jer ... ikan goreng, sambal belacan dan sayur air ... jadilah ... lagipun my hubby jenis tak kisah sgt. apa yg aku masak ... semua ok baginya.

lepas suami dan anak g sekolah ... konon nak kemas umah ... lepas makan tghari, mata kuyu ...sedap la tarik selimut ... sudahnya lena sampai ke ptg , dlm kul 3 stgh ... kelam kabut bangun nak solat zuhur ... pastu baru start sapu sampah, mop lantai dan lipat kain baju yg dah bertimbun2 tu. khusyuk buat keje lupa lak my favorite, drama indon Soleha ... cepat2 solat Asar, dan sempat la tgk w/pun dah separuh jalan...

kay .. jap lagi abg dan imal balik sekolah ... kena masak utk dinner lak ...

Monday, July 21, 2008

Kisah Sedih


Gambar ini diabadikan sewaktu kunjungan pak Lang yang terakhir ke rumah kami di kampung. Pak Lang memakai t-shirt kuning cair berdiri di belakang sebelah kanan


19hb July, kul 4 pagi aku menerima khabar kematian pak langku yang tinggal di pahang ... pastinya kabar sedih ini mengejutkan kami sekeluarga ... apatah lagi w/pun sudah menjangkau usia 70 thn, tapi arwah diketahui tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan... malam jumaat sebelum isyak arwah jatuh pengsan , setelah sedar dibawa ke klinik dan disahkan sihat oleh doktor ...

esoknya masih turun ke kebun, memetik buah rambutan dan mengutip durian gugur utk cucu yg baru sampai, petang sekali lagi tidak sedarkan diri, dihantar ke hospital temerloh, dan dimasukkan 2 botol air, dibenarkan pulang oleh doktor kerana tidak dapat mengesan sebarang penyakit ... malam mengadu lapar dan makan nasi hingga 2x kali bertambah, kul 1 pagi terjaga kerana black out, minta dipasangkan lilin, kmdn dalam kul 2 lebih, isteri arwah mendengar 2x bunyi rengusan nafas yg kuat, rupanya itu adalah nafas terakhir arwah sebelum dipanggil pulang buat selamanya.

kesedihan memang lumrah utk satu kematian, hanya kenangan bersama arwah pak lang pasti subur di ingatan, seorang yg teramat peramah, kalau bersembang hinggakan lupa waktu sudah menghampiri pagi ... semoga kaum keluarga pak lang sabar menghadapi dugaan yg memeritkan ini.

dlm perjalanan ke pahang, aku teringat kira2 sebulan yg lepas, aku bermimpi sesuatu yg kurang baik tentang pak lang, 2x mimpi ini datang, bila kuhubungi sepupuku, katanya arwah sihat2 sahaja, mungkin sekadar peringatan, namun aku kesal kerana tidak terus menghubunginya, tidak melalui anaknya. tapi semua ini ketentuan-Nya, pabila tiba perjanjian, tiada siapa yg dpt menghalangnya.

Salam Perkenalan

salam perkenalan buat teman2 ...
sekadar ingin berkongsi luahan hati ... yang mana semalam pastinya menjadi kenangan, dan esok hari bermulanya pengharapan.

bermula dengan cerita teman-teman yang memiliki blog sendiri , aku terpanggil untuk mencuba sesuatu yang pernah aku citakan satu ketika dahulu ... iaitu bidang penulisan dan berkongsi apa saja yang boleh kita manfaatkan bersama. masih kebuntuan idea utk mencari topik yang sesuai utk dibicarakan , so bolehlah dikatakan my blog ini sekadar catatan harianku.

secara ringkasnya, aku seorang isteri buat seorang suami yang amat aku sayangi ... serta mama kepada seorang putera yang tercinta. masih dalam perjalanan utk menjadi isteri solehah dan mama yang penyayang w/pun sesekali hilang arah ... maklum bagai insan biasa, kekadang emosi menyebabkan kita hilang arah ... tapi yg pastinya kita hendaklah sentiasa menginsafi kekhilafan diri.


salam sayang buat anda semua ...