Friday, November 28, 2008

Keje & Keje

Hari ni masuk 2nd day aku kat tempat baru ni ... keje yg sama cuma turun 1 floor jer ... my boss baru masuk ofis semalam ... itupun muncul after lunch time. Isnin hingga Rabu tu bermesyuarat kat Terengganu.

Hamba yg sorang ni la terkejar2 ... dah la banyak benda yg tak faham lagi ... kejap2 kena masuk mengadap Timbalan ... haru sungguh dibuatnya. Kerani pun kejap ada kejap tak de ... MC, cuti, sibuk dengan game utk sukan MOF ... dll ... apa2 pun aku banyak berterima kasih padanya yg banyak membantu sebelum ni.

Plan nak minta half day dengan bos ... nak lawat kakak ipar yg baru buat operation ketumbuhan dalam rahim kat Pantai Medical Center, Klang. Malam tadi nak pergi hujan lebat la pulak ... tempat pun tak tau sangat nak tuju ... Insyaallah, Sabtu lak nak balik kampung ...

Wednesday, November 26, 2008

Tension!

Ari ni hari yg teramat bercelaru di otak ... macam2 yg bermain di fikiran ... apa masalahnya ... biarlah aku sendiri yg menanggungnya ...

Rasa macam nak berhenti keje jer ... tapi apakah jiwaku selemah ini?????? Aku kan cuba bertahan selagi termampu ... berilah kekuatan kepada hamba-Mu ini.

Tuesday, November 25, 2008

Happy Birthday Ikmal Hakim!



25 Nov 2008 ... hari ni cukup 6 tahun usia buah hati mama ni ... semoga anak mama membesar sebagai anak yg bijak, cergas, taat terhadap orang tua dan soleh kepada pencipta-Nya. Seluas lautan tidak tergambar betapa mama amat menyayangimu ... kaulah permata mama & papa!

Sunday, November 23, 2008

Cari Keperluan Sekolah!

Setelah seharian berehat kat rumah lepas balik dari Perlis, hari ni (Ahad) aku dapat suntikan semangat untuk keluar mencari barang keperluan utk bujang kesayanganku yang akan bersekolah tahun hadapan.

Saja sediakan awal2 ni ... takut last minute nanti takde size lak ... maklumlah si bujang kecik ni saiznya halus sangat ... so kena cari saiz yg paling kecik jer la ... kurus tinggi ... payah sangat nak cari pinggang yg sesuai.


Antara barang-barang yang dibeli, 4 pasang kasut sekolah ( 2 psg utk sekolah kbgsn dan 2 psg lagi utk sekolah agama), 3 pasang baju + seluar sekolah kbgsn, 3 psg baju sekolah agama siap dengan sampin hijaunya ... beg, set peralatan menulis ( pencil warna, pensil, eraser, pencil box dll) ... nampak macam sikit jer barangnya ... tapi utk semua tu habis dalam rm300 lebih tau ...


Mama & papa yang terlebih excited ... rasa teruja sangat ... maklumlah anak nak masuk sekolah ... Ikmal khusyuk dengan pencil warna jer ... tak sabar2 nak mewarna kat umah ...


Saturday, November 22, 2008

Laporan dari Kangar, Perlis

Jumaat, 21 Nov., seawal jam 4.30 pagi, aku dan hbby dah bangun utk bersiap2. Bertolak dari rumah ke KLIA jam 5.30 pagi dan sampai KLIA sekitar jam 6.15 pagi. Check-in dahulu sebelum cari surau utk solat Subuh. Check-in pun dah mudah sekarang, hanya daftar dan print tiket di machine.



Lebih kurang 6.50 pagi, bertemu dengan wakil MECD depan balai pelepasan... sementara menunggu wakil UPE. Tunggu punya tunggu, hampir 7.20 tapi wakil UPE tak nampak muka ... sudahnya kami terus masuk balai berlepas ... berlari kami dibuatnya bila nama kami berdua diumumkan oleh pembesar suara ... ha..ha... nasib baik tak tertinggal k/terbang ... semput kami dibuatnya ... rupanya wakil UPE, Waheeda dah ada kat dalam ... sabar je ...




Sampai Alor Star sekitar 8.40 pagi, tapi van PKENPs hanya sampai dalam 9.15 pagi. Sarapan pagi di Changlon, masa tu perut dah rancak berbunyi. Dalam perjalanan ke Kangar, singgah ke 2 tapak projek, projek Bandar Baru Pauh dan kompleks perdagangan/perniagaan di bandar Kangar.




Aku dah la pakai baju kurung ... kena lak meredah tapak projek yg lecak akibat hujan ... patut la wakil EPU pakai seluar jer ... kat sana Pengurus Besar PKENPs, Peg. Kewangan Neg. Perlis dan 2/3 pegawai dah menanti ... seterusnya kami ke Hotel Putra Place utk sesi taklimat dan mesyuarat.

Selesai mesyuarat dalam 12.30 tghari, menikmati hidangan makan tengahari di cafe hotel 'Bendang Coffee House' lebih kurang cam tu namanya ... sementara menunggu kaum Adam solat Jumaat, kami diberikan bilik utk berehat. Aku kongsi bilik dengan Waheeda, manakala Puan Asmidar dengan Nirwani.



Lebih kurang 2.20 ptg, kami meneruskan lawatan kerja ... ada 12 tapak projek tapi yang kami pergi dalam 8 projek sahaja ... kesuntukan masa ... rasanya hampir satu Perlis kami jelajahi sehingga ke petang.
Dalam 5 petang, sampai ke tapak projek perniagaan dan rumah kedai di Padang Besar ... dan bila sampai Padang Besar ... aktiviti wajib tentulah menjamu mata kat sana ... rambang mata macam2 teringin nak beli ... tapi memikirkan balik naik flight ... kena la tahan keinginan ... cuma beli sikit jajan utk budak2 ofis ... Utk hbby, dapat la baju sehelai ... baju ala2 F1 tu ...
6 petang, bertolak balik ke hotel ... berehat, mandi, solat maghrib dan terus bertolak ke airport. Selepas check-in, menjamu selera kat cafe di airport ... naik flight dan sampai KLIA 10.30 malam. Letihnya badan, nasib baik hbby dah tunggu dan sampai rumah dah dekat 12 tghmalam.


En Yazman dan Waheeda, wakil MECD dan UPE. Di ruang menunggu balai pelepasan ... excited nak balik rumah.

Berakhirnya hari yang sungguh meletihkan ... tak sabar nak memejamkan mata.

Thursday, November 20, 2008

Baby Baru Kak Nor!

During lunch time, aku dan TM meluangkan masa sekejap ke hospital Putrajaya. Melawat seorang member yang baru menerima kelahiran baby ke-3nya semalam. Tahniah utk kak Nor dan abg Aziz dengan kelahiran puteri baru dalam hidup kalian.

Comelkan ... rambut tebal ... hidung mancung ... saling tak tumpah macam si kakak ... umur baru sehari ... tapi macam dah seminggu. Mana taknya , masa keluar pun dah 3.8kg ... lewat 10 hari dari jangkaan.





nilah rupa si kakak dan si abang ... kakak happy sangat dapat adik baru ... tapi yg abang tu cam moody sikit ... maklumlah dah tak jadi adik bungsu ni ...

lama sangat dah tak pegang baby ... hilang skill ... entah bila la giliran aku utk memangku si kecil lagi ...

Gambar2 di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya

Memandangkan hari ni tuan rumah berada dalam zon berdukacita, layan jer la gambar2 masa menghantar my uncle ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya.










Wednesday, November 19, 2008

Kemalasan Melampau ...

Memulakan hari ni dengan kemalasan yg membuak2 ... ikutkan hati berat nak bangun gi keje ... tapi apakan daya ... terpaksa kugagahkan juga demi mencari sesuap rezeki ... he..he... ayat apa lak ni.

Dah la masuk keje mood zero ... dapat lak memo kena gi meeting kat MECD petang ni ... pasal dokumen perjanjian ILKS Bumiputera ... awat lak aku yg kena gi ... mana BROku ini ... nak tak nak masuk mengadap timbalan pgrh ... dia suruh cari fail dan study pasal kes ni ...

Puas aku dan kerani menggeledah ... malangnya fail yg dicari tak ditemui. Nak tak nak terpaksa call BRO tanya fail ... BRO cuti, tapi tak de sorang pun tahu dia cuti ... timbalan pun tak tahu (camana tuuuuu...) dan fail ada dalam bilik.

Puas membelek2 fail, tapi tak faham gak. Dengan muka tebal masuk balik mengadap timbalan pengarah ... dan akhirnya ..... rela dalam paksa timbalan pgrh suruh letak fail kat atas mejanya ... dia yg akan mewakili bhgn bajet utk menghadiri meeting tu ...

Lega selega-leganya ... baru lapang dadaku ... sebabnya aku tengok senarai kehadiran ahli mesyuarat kebanyakannya ada gelaran kat pangkal nama ... camanalah aku seekor semut nak digandingkan dengan segerombolan gajah ... he..he.. seriau ...

Disebabkan hati dah lapang ... bolehlah ikut TM merayau2 cari makan ... kebetulan TM nak isi minyak kereta ... kami makan di Persint 9 ... apa nama kedai tu yer ... kat resit tulis Seri Teja ... depan Klinik Kesihatan Putrajaya ...

Tuesday, November 18, 2008

Selasa 20 Zulkaedah

Semalam sebelum balik dapat arahan utk menghadiri seminar pembiayaan perniagaan di Pulai Spring Resorts, JB pada 13 - 15 Dec 2008. Anjuran MECD dan bhgn bajet sebagai wakil pemerhati.

Sesuatu yg menarik kerana melibatkan pembentangan dari delegasi luar negara ... malangnya tarikhnya tidak bersesuaian kerana 12 - 14 dec tu aku berada di Langkawi ... cuti2 malaysia ... discuss dengan bos ... macam berat hati nak lepaskan, tapi nak buat camana kan ... takkan nak paksa gak ...

Monday, November 17, 2008

Kisah Pagi Isnin!

Pagi2 lapor diri ngadap bos ... dapat satu memo untuk menghadiri satu mesyuarat di Kangar Perlis pada 21 November ni ... mengenai projek pembangunan di bawah MECD ... projek ini melibatkan pinjaman kewangan, may be akan ada wakil dari Bhgn Pengurusan Kwangan, Pasaran Kewangan dan Aktuari (zie tak tau ker pasal ni) ...

Yang tak syoknya kena gi sorang2 ... dah la orang baru ... harap2 semuanya berjalan lancar. Ni baru nak membelek2 fail . Kali terakhir aku naik flight 8 tahun dahulu ... entah camana nak menghadapinya sorang2 ... mahu ketinggalan kapal terbang ... ha ..ha ...

Jalan2 di Putrajaya

Temankan sorg member ke Putrajaya ... ada urusan di Kementerian Pelajaran utk satu permohonan bagi projek masternya ... nak tunjukkan jalan ke Putrajaya dan bangunan MOE di Parcel E.

Sambil tu singgah ofis jap nak ambik barang ... tensionnya kena ikut lif di blok tengah dan seterusnya menapak ke Blok Selatan. Sebelum tu kena lapor diri kat kaunter depan ... dan jumpa maintaince utk pasangkan lampu dan aircond ...

Baliknya, kami terus ke Seksyen 28 Shah Alam ... makan di kedai kegemaran kami masa bekerja satu bumbung ... nasi ayam hainan (sos black paper) ... mengimbas kembali saat suka duka selama lebih kurang 8 tahun menjadi warga IG. Tapaukan satu bungkus utk hbby dan Imal.

Saturday, November 15, 2008

Sudah Takdirnya!

Ibu dan ayah mertua sudah berada di rumahku sejak semalam. Kami akan ke Kelana Jaya untuk menghantar pakcik dan makcik yang akan melapor diri di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya pada jam 11 pagi.

Suasana di sana tidak terlalu sesak seperti tahun2 sebelumnya kerana sudah ada penerbangan khas utk jemaah haji dari Pantai Timur ataupun Utara, tidak perlu tertumpu di Kelana Jaya sahaja.

Semasa di sana aku menerima satu khabar sedih ... seorang rakan dikhabarkan sudah pulang ke hadrat Ilahi pagi tadi. Meninggal di hospital, tapi aku kurang pasti sakit yang sebenarnya. Seorang rakan yang pernah akrab, berkongsi saat suka dan duka sewaktu mula2 menceburkan diri dengan alam pekerjaan ... hampir 8 tahun bekerja di bawah satu bumbung ...

Namun hubungan kami renggang akibat satu peristiwa yg amat berkesan di hatiku hingga melibatkan campur tangan orang ketiga ... sehingga aku berhenti kerja di tempat lama, hubungan kami sukar utk dipulihkan, namun tiada dendam di hati ... apatah lagi bila mendengar nasib yg menimpanya ... Sashitaran ... ucapan takziah untuk ahli keluarga dan tunangnya ...

Friday, November 14, 2008

Oh Anakku Tak Sihat!

My son tak sihat sejak dari malam ... mengadu sakit telinga ... merengek tak boleh tidur ... risau betul aku dibuatnya. Nak bawa ke klinik, kereta aku hbby dah bawa gi annual dinner sekolah dia ... nak bawa kereta hubby, aku mana la reti manual ni ...

Bangun pagi ... call boss bagitau masuk lewat sbb nak bawa Ikmal ke klinik ... asalnya hbby nak bawa sendiri ... tapi aku nak ikut gak ... nak tau juga apa puncanya sakit telinga tu ... alang2 gi klinik ... aku pun turut jumpa doktor ... sejak semalam aku rasa tak sedap badan ... sudahnya kitaorg berdua sama2 dinasihatkan berehat di rumah ...

Telinga Ikmal sakit disebabkan kelenjar dlm telinga bengkak.. kerana selsema yg dihidapinya ... memang aku perasan Ikmal selsema dalam minggu ni ... tapi kerana macam tak teruk sangat ... aku buat tak kisah sangat nak bagi ubat ... kesal tak sudah dalam hati ... pastinya jadi pengajaran paling berguna untukku ...

Lepas makan ubat ... kami sama2 lena sehingga petang ...

Thursday, November 13, 2008

Khamis Datang Lagi


Badan rasa tak ok ... pening kepala dan macam nak selsema jer ... bencinya... Bangun awal dari biasa ... nak siapkan bujang kecik tu ke sekolah ... hbby sekolah pagi sbb ada penyampaian anugerah cemerlang ... kena masukkan Ikmal utk 'morning class'. Kalau tak sapa la nak jaga dan hantarkan ke sekolah.

Bawa bekal utk sarapan, nasi+pedal ayam masak kicap. Malam nanti hbby ada annual dinner ... malas nak join ... hbby gi sendiri jer ... dah pesan suruh beli makanan utk makan malam ... tak yah susah2 masak.

Semalam kawan2 kat tempat keje lama call ... semua tertunggu2 jemputan ... sebab sejak Syawal dah janji nak jamu diaorang makan kat umah ... masalahnya rumah aku sekarang agak penuh dengan barang2 yang tak diperlukan ... kononnya nak dihantar ke kampung ... masalahnya sampai sekarang Anjang ( satu2nya abang aku yg ada lori sendiri) tak free2 ... entah bila la nak diangkutnya freezer dan mesin basuh lama yg dah menyempitkan rumah yang tak berapa luas ni ... he..he... tu belum campur meja makan lama ... yang sekarang ni dah jadi tempat utk Ikmal buat homework.

Ni la meja makan yang lama ... elok lagi kan ... rasa nak hantar kampung ... rasa nak guna sendiri ... Ikmal pun suka buat homework kat sini ...

Wednesday, November 12, 2008

Hadiah Yang Tersayang


Ucapan dari dua insan paling istimewa di hati.

Tiap kali detik kelahiran aku tiba ... bukan hadiah yg aku harapkan ... cukup sekadar ucapan tanda ingatan orang2 tersayang yg mengingati tarikh istimewa insan tersayangnya. Namun untuk kali tahun ini ... ada sikit lebih dari tahun2 sebelumnya ...


Hadiah 1

Dinner ... niat asal kami ingin ke Restoran Thai Village di Seksyen 13 Shah Alam ... malangnya malam itu tutup la pulak ... sebelum tu PIBG sekolah my hbby pernah buat annual dinner di situ ... makanan dia memang class ... tapi apakan daya ... dah tak de rezeki malam tu ... apa2 pun makanan tetap best ... untuk 3 orang ... 3 angka juga duit hbby melayang ...
Kitaorang makan kat tingkat atas sebab bawah tu ada booking utk satu majlis tertentu.




Menu makanan aku tak ingat sangat ... ada sotong goreng, tomyam siam ( rasa memang ngancam giler ... macam ada rempah yg membuatkan pekat), ikan senangin ... atasnya tu tabur kerabu mangga ... kailan ikan masin ... dan apa yer ... lupa ...

Hadiah 2
MP3 Player ... ada macam2 lagu ... juga boleh dengar radio, record dan phone book. Rasa comel sangat ... thank hubby sbb dah downloadkan macam2 ...


cute kan ... bawa kat ofis untuk dengar radio.



Hadiah 3
Set meja makan 6 kerusi. Sebelum ni cuma ada yg 4 kerusi je ... meja kecik ... kalau family datang selalu kena bentang tikar kat bawah ...




Tuesday, November 11, 2008

Harijadiku .... alamak dah tua yerk!

Selamat Ulang Tahun yang ke .... utkku hari ini. Terima kasih buat teman2 dan kaum keluarga yg masih mengingati dan mengutuskan ucapan sempena detik istimewa ini. Alhamdulillah ... Tuhan mengizinkan aku utk terus bernafas di muka bumi ini sehingga ke usiaku sekarang ...

Sekalung penghargaan buat arwah ayahanda (al-fatihah) dan bonda yg melahirkan dan membesarkan aku hingga menjadi seperti sekarang ... menjadi penunjuk jalan buatku yg sesekali kehilangan arah ... dan kini cukup berbahagia dengan kehidupanku seadanya ...

Semoga doa keluarga dan kalian semua sentiasa mengiringi di sepanjang jalan penghidupanku ...
Luv u all ....

Monday, November 10, 2008

Akhirnya .....

Bertolak awal ke pejabat ... gara2 nak print laporan untuk mesyuarat ... risau jugak kalau setting lari ... buat salinan dalam 3 copy jer ... sebab nanti akan emel softcopy kepada pihak yang berkenaan...

Sampai KL dalam 9.20pagi ... naik kereta dengan my bos ... nak harapkan aku gi sendiri ... confirm naik komuter dari Batu 3 punya ... wakil JPA dan MECD dah lama menanti ... masalahnya tuan rumah ada mesyuarat lain ... apa2 pun mesyuarat berjalan lancar dan aku dipertanggungjawabkan sepenuhnya untuk sebarang pengemaskinian.

Ingat aku sorang jer yg kecut perut memandu di KL, rupanya wakil MECD pun parking kereta di Komuter Serdang ... dan naik komuter ke KL. Biasalah orang perempuan ... tapi di mana ada kekurangan, pasti ada kekuatan lain di sebaliknya ...

Pertandingan Lagu PRamlee

Hujung mingguku sibuk menghadap komputer ... siapkan laporan mesyuarat ... hanya dapat tidur seawal 1 pagi ... dan alhamdulillah segalanya siap sebelum mesyuarat bermula.

Sabtu, walau sibuk ... turun juga ke pasaraya Giant utk mencari lauk pauk yg dah kehabisan stok ...

Ahad ... mengantuk sangat ... sambung lena sampai 8 lebih ... mungkin sebab keletihan menghadap komputer sepanjang malam ... Imal bangun awal terus menghadap TV ... sementara abang seawal 7 pagi dah terbongkok2 membasuh kedua2 kereta ... polish dan vakum sekali ... hampir 10 pagi baru naik rumah.

Tengahari, cadang makan tengahari di Kopitiam ... malangnya kedai tutup, sudahnya makan tengahri di Tesco-Extra ... dan kemudian ke Kompleks PKNS Shah Alam untuk bayar duit kereta... dalam perjalanan hujan selebat2nya ... rasa tak berbaloi my hbby terbongkok2 cuci kereta pagi tadi ... tapi iyalah ... semua ni di bawah perancangan kiter ...

Disebabkan hujan lebat, ambik parking kereta berbumbung di SACC Mall ... sampai di PKNS, terdengar alunan lagu2 P Ramlee sedang didendangkan ... rupanya sedang berlangsung pertandingan lagu2 PRamlee anjuran Selangor Fm ... walaupun aku bukan peminat lagu2 PRamlee ... tapi peserta2 pertandingan menunjukkan mutu suara yg amat membanggakan ... sampaikan kami terpaku menontonnya ... dan sesuatu yg tak dijangka ... kehadiran Jamal Abdillah sebagai penyanyi jemputan ... alunan suaranya memang class ... tak dpt ditandingi ...
(gambar Jamal akan update kmdn))

Friday, November 7, 2008

Sesungguhnya

- SeSungguhNyA -
Saat dunia berhenti berputar
Saat manusia tak sanggup lagi berharap
Ketika mentari tak sanggup lagi berjanji
Menyinari dunia yang tlah kau singgahi
Mampukah kau untuk berbagi
Tanpa hasrat ingin diberi
Di hadapan-Nya…
Di hadapan-Mu ya Allah…
Sesungguhnya manusia takkan bisa menikmati surga
Tanpa ikhlas di hatinya
Sesungguhnya manusia takkan bisa menyentuh nikmat-Nya
Tanpa tulus di hatinya
Mampukah kau untuk berbagi
Tanpa hasrat ingin diberi
Di hadapan-Nya
Di hadapan-Mu ya Allah
Sesungguhnya manusia takkan bisa menikmati surga
Tanpa ikhlas di hatinya
Sesungguhnya manusia takkan bisa menyentuh nikmat-Nya
Tanpa tulus di hatinya

'Sesungguhnya' adalah lagu tema sinetron SOLEHA yg dah sampai ke penghujung Selasa lepas. Aku antara yg mengikuti drama ni sejak mula lagi ... rasanya awal Oct./Nov 2007 ... tapi sebab citer Soleha dah habis ... tak dapat la nak dengar lagu ni ... dengar radio pun waktu pegi dan balik keje jer ... nanti senang2 ... pasti saya download lagu ni.

Aku tertarik dgn karakter Soleha, keayuan, kehalusan budinya dan segala2nya ttg Soleha memikat jiwaku ... pada pandangan mataku Soleha amat cantik ... tambah bila dia tersenyum.. rasa cam kagum sangat dengan SOLEHA. Malangnya semua karakter itu hanyalah di pentas lakonan sahaja ... kerana realitinya ... amat menyedihkan ... mungkin dalam episod-episod drama sahaja kita boleh bertemu gadis yang sebegitu.. kenapa ?






Marshanda

Wednesday, November 5, 2008

Jiwa Kacau ...

Baru balik mengadap bos ... ada tugasan yg harus beres sebelum Isnin ... aku tak faham sgt kehendak bos kali ini ... report yg bagaimana lagi harus aku buat ... dah 2 minggu aku berhempas pulas siapkan segala butiran ... namun terjemahan yg bagaimana yg dikehendaki ...

Namun ... aku mengerti ... aku tak boleh strees sangat ... buat sikit ... bentang dengan bos ... masalahnya ... macamana kajian yg aku lakukan selama 2 minggu dapat diterjemahkan dalam masa 3 hari ini ...

Nampaknya selepas ni aku kena membizikan diriku ... jangan asyik nak mengendap kat blog orang .... ha..ha..

Tuesday, November 4, 2008

Awal Dari Biasa ...

Kena kuar awal sikit dari rumah ... belum kul 7 pg ... aku dah meluncur laju di lebuhraya ... ni semua gara2 perhimpunan bulanan dengan big boss yg dijadualkan bermula 7.40 pg. Sambil tu sempat lagi gorengkan popia otak2 dan panaskan kuah spagetti ... utk 2 jejaka yg tinggal kat umah dan bekal pagi ...

Dalam 8.40 pg perhimpunan bersurai ... amanat2 yg disampaikan aku dengar sepintas lalu ... w/pun perhimpunan tidak mengambil masa yg lama ... terasa gak kelenguhannya, maklumlah sejak tinggalkan alam persekolahan ... tak denya nak berdiri ramai2 dlm barisan...

Lunch time, ikut zie n d'gang makan di cafe kastam ... makan nasi ayam ... banyak betul nasi yg aku ambik ... tapi cam biasa ... aku kan tak suka membazir ... he..he..he... mesti habis punya ... Lepas tu jalan kaki ke PJH ... ambik kad bank yg aku buat tempohari ... cuaca pun ok ... tak la rasa letih ke sana.

Monday, November 3, 2008

Akhirnya ...

Alhamdulillah ... akhirnya selesai juga tugasan yg dah dua minggu diamanahkan untukku ini ... Mengadap bos ... rupanya meeting esok postponed minggu depan ...

Tghari ... dengan penuh semangat membawa perut yg berkeroncong ke cafe ... malangnya makanan sudah kehabisan ... terpaksalah patah balik menapak ke cafe kastam ... kat situ lauk pun tak banyak ... tinggal balance2 jer... jadilah ... ayam masak lemak + kerabu mangga ... yg tak bestnya kerabu mangga tu di campur dgn kerisik ... rasa lain pulak ... may be pada yg lain ok ... aku jer yg tak biasa...

Esok ada perjumpaan bulanan bersama MK1 ... pukul 7.40am ... ehm ... kena la bertolak awal dari Shah Alam ... tapi kalau dah terlewat ... dok memerap kat bilik jer kot... ha..ha..

KiTa TiDaK TaHu

Kita tidak tahu
Setiap detik mengatur langkah
Wahana mana bakal diredah
Setiap rezeki yang dianugerah
Bila akan mula ditambah
Atau diragut, dilamar resah
Tahukah kita?
Setiap tutur diatur rapi
Berhadapan puji, esoknya dicaci
Setiap senyuman, menghulur salam
Manakah yg ikhlas, mana yg sumbang
Hidup ini serba serbi
Kita tidak tahu apa yang menanti
Kekadang di atas tegak berdiri
kan turun mendadak menggigit jari
Namun,
Detik perih menapak tangga
Hati2 lah memanjatnya
Tiba masa menurun nanti
Jangan tersilap tergelincir kaki
Ketika itu, teman baik teman semeja
Sudah tidak sudi makan semeja ...

Nukilan : Datin Asma HJ Abd latip
Mingguan Wanita Dec. 07

Sunday, November 2, 2008

Masih Ada Insan Baik Hati

Sabtu petang kami habiskan masa cuti mata di IKEA. Dah lama tak ke sana, dah nampak bangunan IKEA tapi sudahnya terlepas jugak jalan masuknya ... apa2 pun ... sampai juga kami ke sana ...

Time nak solat maghrib .... ramai sungguh orang ... ambik wudhuk pun kena beratur ... nak solat lagilah berhimpit2 ... alamak camana ni, dah la tak bawa telekung sendiri ... mesti lama punya nak tunggu dpt telekung ...

aku: "... kak, ni telekung surau ker ..." ,
hamba allah: " tak ... ni akak punya ... nak pinjam ker ..."
aku: " eh ... tak pe lah ... sian lak ngan akak ..."
hamba allah: " kalau nak akak tunggu ... "
aku : " ... tak nyusahkan akak ker nak kena tunggu2 ni ... "
hamba allah : ".. bolehlah tunggu kejap ... jgn zikir lama2 sudahlah ..."

Alhamdulillah, walaupun tak sempat tanya nama ... namun budi insan yg sudi meminjamkan telekung tu amat kuhargai ... hanya Allah yg dpt membalasnya.

Ahad ... awal pagi hbby basuh kedua2 kereta ... dari kul 7 sampai 9 lebih ... siap polish dan vakum dalam ... aku siapkan sarapan, kemas umah dan lipat kain yg dah menimbun ...

Tengahari kami ke pasar stadium ... tapi barang yg nak dibeli dah kehabisan ... terus ke Global Furniture ... konon nak cuci mata ... sudahnya satu barang lagi bakal memenuhkan rumah kami yg tak segah mana besarnya ... apa2 pun ... thanks hbby sebab dah penuhi permintaan isterimu ini ...