Sunday, January 24, 2010

Salam Takziah

Hari ni aku menerima satu perkhabaran yang menyedihkan. Salah seorang rakan semaktab kpli, Faridah Majid baharu sahaja kehilangan suami tercinta akibat denggi berdarah pada hari Rabu tanggal 20hb. baru-baru ini. Berat kita yang mendengarnya, berat lagi bahu yang memikulnya. Semoga Ida tabah dan dikuatkan semangat menerima dugaan ini.

Aku dimaklumkan suaminya hanya demam biasa2 sahaja selama 4 hari, dan masih pergi bekerja seperti biasa. Cuma pada hari Selasa, semasa di tempat kerja, arwah balik ke rumah kerana pening yang teramat. Malamnya pergi ke Hospital Serdang dan hasil pemeriksaan, keadaan denggi berdarahnya sudah di tahap yang membimbangkan. Esok pagi, dimasukkan ke ICU dan dalam 10 pagi, arwah tidak sedarkan diri kerana jantung sudah tidak berfungsi sehinggalah meninggal dunia. Begitu mudah perginya dan mengejutkan semua orang.

Buat FM, tak ada kata-kata yang mampu akak ucapkan, semoga Ida tabah dan menerimanya dengan hati yang terbuka.

Takziah juga buat Aman Shah yang baru menerima kematian ayahanda tercinta pada 22hb. dan kini berada di Sabah bersama-sama keluarganya.

Sesungguhnya hidup ini hanya sementara ... setiap yang hidup akan mati ... datangnya tidak diduga ... cuma tambahkan ilmu dan amal, semoga kita semua di bawah lindungan restu dan payung rahmat-Nya.

Tuesday, January 19, 2010

Program Maju Diri

Esok bermulanya Program Maju Diri iaitu satu program motivasi untuk murid Thn 4, 5 & 6. Para guru yang akan menjadi fasilitatornya. Program ini berlangsung selama 3 hari sepanjang masa persekolahan. Untuk esok aku ditugaskan untuk mengendalikan slot "Teman Mesraku" bagi Tahun 4 dan "Lambang Diri" dan "Teka Silangkata" untuk murid Tahun 6. Pengalaman pertama bagiku memandangkan program ini diadakan setiap tahun di SK Bkt Jelutong pada setiap bulan pertama persekolahan bermula.

Nampaknya malam ni aku kena study sikit cara2 utk mengendalikan slot2 tersebut. Bagi guru2 lama mungkin mereka tiada masalah, tapi bagi aku, tanpa taklimat dan hanya dibekalkan sehelai kertas sebagai panduan, banyak yang perlu aku pelajari.

Hari Sabtu ini pula merupakan sekolah ganti. Nampaknya tak dapatlah nak balik kampung minggu ni. Rasa rindu sangat nak balik walaupun baru minggu lepas jumpa mak masa kenduri rumah abg Mas tempohari.

Sunday, January 17, 2010

Cerita Minggu Ini!

Berakhirnya minggu ke-2 alam perguruanku ... banyak tugasan yg aku bawa balik utk dilunaskan dalam 2 hari bercuti ni ... tapi masalahnya satu apa pun aku tak usik. Malam ni aku nekad nak menyiapkan sebahagian yg termampu. Sepanjang minggu ni mood aku dalam zon di awang-awangan. Sebabnya ... biarlah rahsia buat masa ini! Tiba masanya ... aku pasti umumkan.

Ikmal juga sudah seminggu memulakan persekolahan di SK Bkt Jelutong ini. Nampaknya dia happy sangat, maklumlah satu sekolah dengan mamanya dan persekitaran sekolah yang jauh bezanya dengan sekolah di Sg. Tengi. Aku mengajar sesi pagi dan Ikmal bersekolah sesi petang. Setiap pagi papanya akan menghantar dan menjemputnya di sekolah agama di TTDI Jaya, kemudian barulah menghantar ke sekolah kebangsaan sebelum bergegas ke Seksyen 17. Terima kasih yang tidak terhingga buat papa yang banyak memudahkan urusanku. Dan menjadi tugasku setiap hari untuk menjemput Ikmal setiap kali pulang dari sekolah.

Hari Khamis baru2 ni, enjin kereta tak boleh hidup setelah aku parking untuk menjemput Ikmal. Masa tu aku dah teringat bateri kereta yang dah 2 tahun usianya. Dan memang tak syak lagi, memang bateri kereta dah kong. Terpaksalah call hubby yang berkejar balik untuk tengokkan kereta, dan hendak tak hendak dalam keadaan kewangan yang runcing, terpaksa juga la beli bateri kereta yg baru. Seperti satu kebetulan pula, semasa minggu kedua aku bekerja di Kementerian Kewangan dahulu, keretaku tak boleh dihidupkan selepas aku mengisi minyak, bateri habis. Dan kini, minggu kedua aku bergelar guru, kejadian yang sama berulang.

Ehm.. sebelum terlupa, hari Isnin aku menerima seorang lagi anak buah lelaki. Dilahirkan di Hospital Sg Buloh dan diberi nama Muhamad Ammar Hafiy. Tahniah untuk adik iparku Haslinawati dan Hisyam dengan kelahiran cahaya mata yang kedua.

Sunday, January 3, 2010

Muhamad Akif Iman

Tahniah buat adik iparku Mohd Zulhisyam & Liya dengan kelahiran putera sulung mereka ... merupakan cucu MIL yang ke 10 ... MUHAMAD AKIF IMAN dilahirkan pada 24 Disember 2009.

Kebelakangan ni aku malas sangat nak upload gambar2 kat blog ... sebab tu gambar masa pergi Cameron tu hari masih tak terusik ... tapi disebabkan keterujaan dengan baby comel ni ... tak sabar nak tayang gambar Akif ni ... he..he... nak tunggu adik Ikmal lambat sangat ... dapat tunjuk anak buah pun jadi la.

Thanks buat MIL yang merakamkan gambar2 ni masa berkunjung ke Marang. Nak tunggu kitaorang berkunjung jauh sangat ... kirim kamera je la.


Saling tak tumpah muka si ibu!


Kulit putih melepak, hidung mancung, rambut tebal ... ehm sekali tengok macam baby girl lak ...