Saturday, March 28, 2009

Masa!

Sedar tak sedar dah 5 hari aku jalani PBS. Dah macam suka duka kami berlima lalui ... hadapi karenah guru2 yg ok ... dan ada sebahagiannya yg nampak kurang mesra ... tapi biasalah semuanya tu ... di mana2 pun ada insan begitu ... bukan hanya di sekolah sahaja.

Hari semakin mendekat ... tapi banyak tugasan yg tak siap lagi. Dua hari ni aku dan sorang member tu kena tolong siapkan back drop utk PIBG, asalnya memang kami yg offer diri nak tolong ... tapi tak sangka sampai ambik masa begini lama. Kelas yg kami masuk pun cuma Math dan BM sahaja. Kajian Tempatan belum ada kesempatan baik. Masuk tgk guru mengajar jer ... tapi kalau dapat relief kelas, ok gak ... boleh tahu kemampuan kita utk kendalikan kelas.

Ingat nak buat tugasan waktu malam ... tapi dah tiga malam berturut2 aktiviti padat. Semalam ada kenduri tahlil kat rumah sebelah ... baliknya pun dah lewat hampir 12 tgh malam. Malam sebelumnya keluar ke Giant cari barang dapur. Dan tadi abg ajak keluar lagi utk cari stok makanan utk Ikmal ... maklumlah seminggu sekali baru dapat menjenguk.

Esok kena attend mesyuarat PIBG ... kalau tidak mesti sekarang ni dah sampai kampung.

Wednesday, March 25, 2009

Tugasan PBS

eta ... entry kali ni khas utk ko ... ni akak bagi sikit info yang akak terima dri aman shah ...

copy dri emel ...

Kesantunan berbahasa tu kena buat pemerhatian, rekod dan temubual sebenarnya. kena banyak rujukan tentang kesantunan berbahasa dulu. mula2 ingat nak buat tajuk 1, tapi guru besar sekolah cadangkan buat tajuk 3. sebab banyak bahan dan senang nak dapat. buat pemerhatian, temubual pun boleh, soal selidik tentang sistem komunikasi di sekolah tu macamana. tapi saya tak buat lagi. saya lepak kat library je dua hari ni.. esok saya mula kot.

a- contohnya dalam perbualan antara guru dengan guru : laras bahasa apa yang mereka guna. bahasa pasar ke, bahasa standard ke.

b- perbualan murid dengan guru,

c- perbualan murid dengan murid

d- bahasa yang digunakan dalam papan tanda ke, apa ke

e- ucapa guru besar atau guru2 semasa perhimpunan ke, semasa mengajar ke

'yang saya faham itulah'.

buktinya ;

a- melalui rakaman suara perbualan

b- melalui rakaman video

c- soal selidik


harap dapat membantu ...

Tuesday, March 24, 2009

Elaun dah Masuk!

Alhamdulillah ... akhirnya ... penantian yang ditunggu kini berakhir. Pagi2 lagi dah bertalu2 sms bagitau elaun dah masuk ... aku tak cek lagi ... tapi info yg diterima elaun utk 3 bulan dalam RM3530 ... patutnya dalam RM3900+++ ... banyak juga la yg dipotong.

Apapun ... yang penting aku kena bayar hutang MOF dulu ... bulan Januari tempohari MOF masih lagi bayar gaji sedangkan aku tamat perkhidmatan bulan Disember 2008. Mungkin sebab 'short notice', maklumat lewat sampai kepada bahagian kewangan. Banyak tu ... kena bayar 2 ribu lebih ... tinggal la sikit utk belanja harian.

Tu hari confuse juga bila tengok banyak duit berbaki kat bank ... dah terasa2 gak sebab cc bib bagitau ada 'pay slip' dekat tangan dia, sedangkan pay slip utk Disember dah dapat sebelum resign dulu. Tapi sebab masa tu memang tengah kering ... pakai jer la duit yg ada tu sampai la dapat surat dari MOF minta bayar balik ... ehm ... rasa nak terduduk gak ... tapi tu bukan duit kita kan ... memang kena bayar la ...

Cuaca sejuk hari ni ... hujan sepanjang pagi ... tak banyak xtvt di sekolah hari ni ... pagi ada taklimat utk e-kamus, so kelas Pn Sri Bani tak de ... cuma kul 12 tu masuk kelas Math Pn Salmah di 5B. Esok unit beruniform tak de sebab sibuk dengan latihan rumah untuk sukan tahunan ... aku dapat rumah Biru yg menjalani latihan setiap petang Isnin.

Monday, March 23, 2009

PBS

Hari pertama PBS di SK Seksyen 18. Terperanjat bila lihat ada 5 orang daripada IPGM KBM yang menjalani PBS di sekolah tersebut. 3 orang mengambil major BM, seorang Pemulihan Khas dan seorang lagi Pendidikan Seni Visual.

Perhimpunan pagi Isnin diteruskan dengan ceramah sempena Maulidur Rasul dan juga penyampaian hadiah beberapa pertandingan yang telah berlangsung sebelum cuti. Kami juga dimaklumkan bahawa minggu ini akan diadakan Minggu Bahasa, bertepatan dengan major yang kuambil. Namun pengisian Minggu Bahasa lebih menjurus kepada pembelajaran bukan pertandingan seperti tahun sebelumnya. Murid2 dikehendaki menyiapkan buku scrap simpulan bahasa untuk Tahun 4 dan penulisan esei/cerita pendek untuk tahun 5.

Selepas itu kami diberikan sedikit taklimat ringkas oleh GPK 1, Pn Zaleha bt Saad. Guru Besar sedang mengikuti kursus sehingga penghujung April ini, jadi kami tiada kesempatan untuk berjumpa GB sehingga berakhirnya PBS. Tak banyak maklumat yang diperolehi hari ini kerana Ketua Panitia BM sedang sibuk menguruskan minggu bahasa. Ambil gambar sekeliling sekolah dan juga papan2 kenyataan. Belum decide tajuk yg dipilih utk tugasan PBS.

Aku balik dalam kul 1.30 petang ... rasa segan juga nak balik sebab masih ramai guru2 yang masih di bilik guru ... tapi sebab tak tahu nak buat apa ... kami balik juga. Petang ada latihan rumah sukan, tapi rasanya lain kali baru aku ikut serta.

3x call Ikmal tapi dah tidur dan tak bangun2 pun ... rindu sangat dengan Ikmal ... MIL beritahu yg semalam Imal tidur tak lena sebab asyik mengigau sebut2 mama ... ala ciannya anak mama!

Sunday, March 22, 2009

Seminggu yang Berlalu!

Esok sudah berakhirnya cuti semester selama seminggu ... Rasa terlalu cepat masa berlalu ... tugasan satu pun tak selesai ... sibuk dengan majlis perkahwinan adik ipar ... maklumlah jadi kak Long dalam keluarga mertua ...

Esok juga aku akan memulakan PBS ... di SK Seksyen 18 Shah Alam ... jalan nak ke sekolah tu pun ingat-ingat lupa ... hbby dah tunjukkan jalan masa hari Khamis tu hari ... harap tak sesat pagi esok.

Sebenarnya sekarang ni aku tengah dilanda kesedihan. Ikmal meraung dan meronta nak ikut aku balik ke Shah Alam ... melihat aku bersiap2 sahaja ... air mata Ikmal sudah bergenang ... 9 hari menghabiskan masa bersama ... semakin mengakrabkan kami ... walaupun selalu kena marah dengan mamanya ni ... tapi yang ketara sejak Ikmal bersekolah di kampung ... baru dia menyedari kasih sayang seorang ibu ... maklumlah dulu asyik cakap dia 'anak nenek' sebab mamanya selalu berleter, tak macam atuk dan nenek yg terlalu memanjakannya ... tapi sejak terpisah ni, baru la jadi 'anak mama'.

Ikmal minta mama dan papanya balik kul 1 tengah malam ... ish ... lewat sangat tu sayang oii ... lagipun aku belum sempat study apa2 pun utk PBS esok. Sorry sayang mama ...

Untuk malam ni sahaja ... aku dah terima 3 panggilan dari Ikmal ... menyatakan rindu, sayang dan suruh balik kampung semula ... sabarlah sayang!

Thursday, March 19, 2009

Buat Diana & Nadeeya

Terima kad jemputan dari Diana ... malangnya tarikh jemputan sama dengan majlis kenduri di Terengganu. So di kesempatan ni nak ucapkan juga Selamat Pengantin Baru buat Diana dan pasangan ... tentu kak Milah excited dan teruja terima menantu sulung ...

Juga nak ucap Selamat Pengantin Baru buat Nadeeya dan abg sayang ...

Kebetulan tengok gambar perkahwinan Diana dan Nadeeya di blog kiter tu ... so aku tumpang tepek sekali kat sini. Teringat kat MOF bila tengok gambar kawan2 semua ...

Ida, Diana dan Jen

Nadeeya dan pasangan
Rindunya dengan u all semua ... muka cam happy jer ...

Masjid Kristal, K Terengganu

Selepas selesai kenduri, kami ke Pasar Payang di Kuala Terengganu. Tak ada yang special yg aku beli dalam masa2 darurat menunggu elaun masuk ni ... cuma beli sehelai tudung dan keropok lekor.

Lepas tu, kami sempat singgah di Taman Tamadun Islam yg banyak menempatkan replika2 masjid dan istana2 terkenal di dunia seperti Taj Mahal dan Masjid Nabawi. Malangnya sebab dah melebihi jam 6 petang, kami tak dibenarkan masuk ... hanya dapat bergambar di sekitar Masjid Kristal sahaja ...





Selamat Pengantin Baru Izul & Azia

14 Mac 2009, Sabtu malam, aku dan ahli keluarga mertua menaiki bas ke Marang Terengganu utk menghadiri majlis perkahwinan adik lelaki dengan orang di sana. Kami memulakan perjalanan pada pukul 11 malam dan tiba di Marang pada jam 8 pagi. Perjalanan memakan masa yang agak panjang iaitu selama 9 jam, disebabkan jalan licin dan hujan sepanjang perjalanan.

Adik iparku Izul dan Zaki memang sudah menanti ketibaan kami di sana. Izul baru sahaja bekerja di Kementerian Belia & Sukan cawangan Dungun, manakala Zaki yg bekerja di KPKT kebetulan ada kerja di Besut.

Kami berehat di sebuah rumah penginapan yang disediakan untuk mandi, tukar pakaian dan sarapan. Tepat 10.30 pagi, bertolak ke masjid di bandar Marang utk upacara akad nikah.

Izul menanti saat utk diijab kabulkan


upacara menyarung cincin selepas akad nikah


Majlis persandingan di rumah pengantin perempuan







'Semoga bahagia selamanya'

Saturday, March 14, 2009

Sukan IPGMKBM

5 Mac 2009, telah berlangsungnya Sukan IPGM KBM KL di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Aku bertolak sendiri dari Shah Alam ... mula2 rasa seriau gak ... tak pernah drive sendirian ke Bukit Jalil.

Aku dapat rumah Hijau ... rumah yg sudah 4 tahun berturut2 menduduki tangga tercorot ... ish!ish! ... nasib badan. Entah apa la nasib tahun ni.

Ikut asal ... aku masuk perbarisan Puteri Islam ... sebagai pemegang papan tanda ... tapi sebab tak hadir masa raptai penuh ... dah digantikan dengan orang lain. Aku juga patutnya join sebagai pasukan sorak ... tapi disebabkan budak PISMP dah ada peralatan dan pakaian ... kira budak2 KLPI kena beralah jugak ... so lepas ni jangan nak salahkan kitaorg tak bagi kerjasama .......

Tapi kedatangan ke stadium bukan hanya sebagai penonton jer ... sebabnya budak2 kelas aku, Kelas 1A KPLI-BM kena handle sukaneka utk pra-sekolah. Seronok layan budak2 ni ... teringat kat Ikmal kat kampung.

Sementara yang lain sibuk dengan perbarisan, aku pun apa lagi ... sesi bergambar la.


Bersama Faridah Majid, class-mate ... kalau nak tahu kat kelas aku ada 3 orang nama Faridah.


Bersama Azahana @ Nana




Upacara perasmian oleh Pengarah IPGM KBM, Puan Suraiyah Abdullah


Johan perbarisan, rumah kuning@ pendekar, dengan maskot harimaunya

Perbarisan Puteri Islam , dapat no. 4 untuk acara kawad kaki


Pancaragam jemputan dari sekolah .... alamak lupa la sekolah apa ... tapi memang best la persembahannya!


pasukan sorak rumah hijau, aku rasa persembahan diaorg ok ... tapi dapat tempat ke-4 sebab tak cukup 3 minit... ala cedihnya!


kak ani, along dan eta


sewaktu acara sukaneka pra sekolah ... hujan lebat masa ni ... terpaksa buat kat tepi gelanggang jer ... takut demam lak anak2 orang ni





Keputusan akhir, rumah hijau masih gagal menghilangkan badinya mendapat tempat tercorot ... apa2 pun yg syoknya, pengarah umumkan esoknya Jumaat, 6 mac 2009 sebagai cuti umum.

Bercuti

Lama rasanya tak menjengah ke blog dan mencoretkan kata2 ... namun apakan daya ... mesti u all faham kekangan masa yang tak mengizinkan ini ... seronoknya bayangkan dapat bercuti seminggu ni ... tapi walaupun cuti ... banyak tugasan yang menanti ... cuma tak lah terkejar2 waktu pagi nak ke kelas dan menghadapi kesesakan kat jalan setiap pagi dan petang ... selepas bercuti seminggu ... aku akan mengikuti PBS ... Pembelajaran Berasaskan Sekolah selama 2 minggu di SK Seksyen 18 Shah Alam ... tugasan untuk PBS pun dah dibekalkan ...

Malam ni aku akan bertolak ke Terengganu ... esok majlis kahwin adik ipar dengan orang sana ... patutnya sekarang aku dah berada di kampung ... tapi terpaksa siapkan assignment sebelum boleh baik ... thanks buat Ifa yang sanggup terima tugasanku dengan emel ... tolong print dan tolong hantarkan Isnin nanti pada Pn Sabariah ...

Rindu sangat dengan Ikmal ... tak sabar nak jumpa dia ...

Gambar BIG

Ehm ... rindunya dengan u all semua. Teringat dengan janji dan download gambar2 masa Bina Insan Guru (BIG) tu hari ...

Ada gambar2 masa daki Bukit Engku Bongsu di Teluk Batik ... sukaneka, malam persembahan, berkayak dll ... tapi yang terkilannya masa aktiviti 'water confident' ... excited sangat nak terapung tengah lautan ... tak de sapa yg teringat nak ambik gambar ... apa pun ... memang enjoy ... tapi muka yg kurang manis ni semakin bertambah kelam la ... akibat berjemur tgh panas dan terkena lak air masin ... memang perit sangat masa tu ...