Thursday, September 4, 2008

Kasih Terlerai

Kisah sedih dari Kluang Johor. Pertunangan adik dengan orang Kluang bakal terlerai angkara orang ke-3. Harap adikku tabah menghadapinya.

Perhubungan yang terjalin sejak belajar di UPM hampir menuju penghujung. Mungkin jarak menjadi penghalang, kerana adik bertugas di UITM Sg Petani manakala tunang bekerja di kolej di Kuala Selangor. Yang nyata, orang ke-3 mengajar di kolej yang sama.

Namun pada aku, jarak bukan penghalang. Semuanya terletak pada kesetiaan dan jodoh tentunya. Apabila kesetiaan sudah terlerai, apa lagi yang boleh kita harapkan. Mungkin ada hikmah di kemudian hari.

Buat Padil, walau segunung kesedihan yang kau rasai, ingatlah masih ramai yang menyayangimu dan pasti masih ada perempuan yang lebih baik untukmu.




Gambar ketika hari pertunangan pada Februari 2008.



1 comment:

Cikgu Eta said...

la siannya... baru bertunang kan??