Thursday, September 4, 2008

Mesyuarat MKewN

Hari ni berlangsungnya mesyuarat Kewangan Negara 2008. Pastinya peluang keemasan untuk bertemu dengan pemimpin2 tertinggi negeri dan Pak Lah sendiri. Selama ni selalu tengok dekat TV jer.

Sementara yg lain siap uruskan pasal MKewN ni, tolong Wahidah dan En. Ramzi settlekan pasal Dana Khas Persekutuan. Datuk Latifah dah banyak kali call nak tengok laporan. Semalam stay sampai pukul 6 ptg jer, tu pun sampai umah cukup2 masuk maghrib. Dengarnya En. Ramzi dan En. Azmi balik kul 4 pagi dan staf yg lain2 cuma bertahan sampai kul 1 pagi.

Siap print Dana Khas, naik ke tingkat 12 tempat mesyuarat. Bertugas sebagai penyambut tetamu /usher. Malam ni tengok la TV kot terselit muka dalam banyak2 gambar yg wartawan ambik. he..he.. perasan la pulak.

Mesyuarat selesai dalam kul 1 lebih. Tapi Pak Lah lambat keluar sebab ada sidang akhbar dengan press. Sementara tu sempat la bergambar dengan MB Pahang, Tan' Sri Adnan Yakcob.
MB yang lain2 tak sempat tangkap, laju sangat jalan.

Sidang akhbar selesai dalam 2 petang. Sempat la bersalam dan ambik gambar dengan Pak Lah ... tapi tumpang kamera En. Zam jer... kamera aku .. hampeh ... time2 cam ni low battery.

Staf yang stay sampai lewat pagi, boleh balik terus. datuk pun izinkan yg bertugas untuk balik awal, tapi rasa tak adil pulak ... tak pe la ... biar yg tak cukup tidur tu balik rumah.

Malam ni ada jamuan buka puasa sempena Bajet dan mesyuarat MKewN.

Sebab banyak gambar tumpang kamera orang ... so gambar ni jer la yg dapat dulu ... muka-muka sebahagian petugas yg dah bersengkang mata utk mesyuarat MKewN ni ... aku tumpang sekaki la ...






yang ni terselit gambar MB Johor, gambar curi jer .. tengah bersembang

No comments: