Tuesday, September 23, 2008

23 Ramadhan

Petang Isnin, niat utk membuat pisang goreng terbantut lagi akibat kehabisan gas. Petang Ahad tengah menggoreng pisang, gas habis. Abang ke mini market dekat rumah, bekalan habis, call perkhidmatan hantar gas, pun tak de bekalan . Apa citer ni ... pagi Isnin ke kedai lagi ... bekalan belum sampai lagi ... so sampai sekarang dapur aku tak berasap. Elok2 boleh buat pisang goreng, tau2 jadi cekodok ... iyalah kalau dah masak sgt ...

Masa berbuka, Ikmal tertidur masa tengah makan nasi. Makan lambat ... bila kutinggalkan utk solat Maghrib ... tau2 dah terlungkup tepi pinggan. Ehm ... penat main la gamaknya. Kejutkan dan suruh masuk bilik.

Agaknya sebab boring, lepas Terawih aku pun terlelap depan TV sementara tunggu abang balik surau. Aku tersedar bila terasa ada orang sedang makan maggi di sebelahku. Patut la baunya semerbak jer . Rindu kot sebab dah lama tak makan maggi.

Pukul 11 malam, Ikmal terbangun. Lepas makan sepotong roti John, buat homework yg teacher bagi. Ada 3 homework, tapi sebab dah lewat sangat, suruh buat 2 aje dulu, lagi satu boleh siapkan waktu pagi.

2 comments:

Cikgu Eta said...

sedapnya maggie.. lama tak makan maggie ni...

seroja08 said...

lama tak makan ... tu yg sedap tu