Wednesday, September 10, 2008

Anak Mama Merajuk

Tak ada apa yang menarik untuk dikongsikan. Cuma Ikmal merajuk pagi ni angkara tak dikejutkan untuk bersahur. Bukannya apa, dia tidur terlalu lewat, rasa tak sampai hati nak kejutkan sahur. Dia terbangun dalam pukul 6.20 pagi dan ajak bersahur, so mama dia senyum jer la. Masa nak pergi keje, muka masam jer tak nak senyum pun. Papa dia pujuk, elok la nanti.

Buat masa ni Ikmal hanya mampu bertahan puasa hingga pukul 2 petang. Lepas tu terus buka peti ais ambik air. Dahaga kot, tapi pujuk suruh makan nasi cukup susah. Walaupun tidak sepenuh hari, aku berbangga kerana sekurang2nya dia ada keinginan unutk berpuasa.

Hari ni still busy dengan projek Dana Khas...

No comments: