Friday, September 26, 2008

-SeLamaT HaRi RaYa AiDilFiTri -

Salam Aidilfitri buat semua teman2 dan sesiapa yang mengunjungi blog ini. Pintaku, apa sahaja yang aku bicara di sini, tidak menjadi racun atau kudis pada sesiapa ... sekadar menjadi halwa minda... luahan rasa ... namun sebagai insan lemah , pastinya ...

Mata kadang kala salah melihat,
Mulut kadang kala salah bercakap,
Hati kadang kala salah menduga,
Maaf atas segala kesalahan yang ada ...

Kepada rakan-rakan yang akan balik beraya di kampung juga peringatan buat diriku ... tunggang dan pandu dengan selamat ... raikanlah aidilfitri dengan penuh kegembiraan bersama keluarga dan sanak saudara ... semoga kita dapat kembali bersua di ruangan bisu ini dengan semangat yang ceria.

26 Ramadhan

Awal sampai ofis hari ni coz jalan lengang, kereta tak banyak sangat, mungkin dah ramai dah mula bercuti. Suasana kat ofis pun riuh semacam ... masing2 macam dah tak lalu nak buat keje ... excited nak balik kampung.

Esok aku akan balik kampung mertua dulu ... memang dah jadi kebiasaan, bila turn beraya rumah aku, hari sebelum raya mesti ke rumah mertua dulu, dan begitu juga sebaliknya. Sabtu Ahad di rumah mertua dan pagi Isnin baru bertolak ke rumahku. Sempat la berkemas apa yang patut sebelum raya menjelang.

Entah camana la keadaan rumah kat kampung ... rasanya renovation tu baru separuh jalan ... dengan ahli keluargaku yg ramai ... mesti agak kacau bilau sikit raya kali ini. Kali ini juga giliran kak zah dan milah beraya di rumah mak. Tapi dengarnya mertua Milah dari Kelantan akan beraya di rumahnya ... tak boleh la nak masak sama2 ...

Ada menu istimewa utk raya ini ... daging rusa masak rendang ... insyaallah ... kalau perancangan berjalan lancar.

Thursday, September 25, 2008

Mood Raya

Hari2 terakhir puasa ni tak ada keje sangat kat ofis ... muka masing2 happy nak menunggu saat nak balik kampung ... Tempahan coklat dari LADA juga diterima hari ini.

Amin pasang takbir raya ... terasa sayup mendengarnya ... setakat lagu raya dah biasa sangat dengar ... tapi alunan takbir raya cukup menusuk ke jiwa ... staff yg lain pun tak sanggup dengar... masing2 suruh offkan ...

Bila tak de keje .. selain surfing internet ... of course novel adalah teman setiaku. Tengah khusyuk layan novel ... tau2 En. Zam tercegat depan mata ... he..he.. tak sempat nak sorokkan. Just tanya bila balik kampung n ucap selamat hari raya. Petang ni dia ada meeting dan esok dah start bercuti. Kerani En. Zam, Zira juga akan berkhidmat buat kali terakhir di MOF hari ini. Selepas raya, Zira sudah bertukar ke bahagian JPM di Kelantan.

W/pun baru 3 bulan di bhgn bajet di MOF ini, tapi kemesraan yg terjalin semakin erat dan sukar dipisahkan. Sesuatu yg pasti ku ingat tentang Zira adalah mulutnya yg sentiasa membebel kalau terlalu banyak keje, apatah lagi sebelum pembentangan Bajet 2009 tempohari. Zira juga antara bunga mekar di Sektor A kerana raut wajahnya yg manis dan ayu, tak jemu memandang.

Biskut Raya

Biskut Almond London, sumbangan dari Kelab Keluarga Belanjawan

Wednesday, September 24, 2008

24 Ramadhan

Semalam berbuka puasa dengan ayam KFC dan Ayamas. Kami 3 beranak meratah ayam tanpa nasi ... kalau kat kampung mesti mak cakap macam kucing ...he..he..

Lepas Maghrib, temankan Ikmal buat homework. 7 helai muka surat ... macam melampau pulak teacher ni ... kadang2 tak ada langsung, tapi bila bagi terlalu banyak pulak. Sudahnya tak buat Terawih pun, habis buat homework, mata pun kuyu.

4.30 pagi bangun utk sahur tapi sambung tidur kat ruang tamu ... padahnya pukul 5.15 kelam kabut bangun ... tak sempat nak tambah lauk utk sahur. Cadang nak buat sayur air utk dipadankan dgn ayam goreng, tapi sebab tak sempat makan nasi n ayam sahaja. Tengok abg bukan main susah nak menelan nasi ... tak de kuah pe ... sorry ...

Tadi menghadiri mesyuarat Kelab Keluarga Bhgn Belanjawan di Tingkat 8. Bermula pukul 9.30 pagi hingga 12 tghari. Selaku penaung, Datuk Latifah hanya memberi ucapan perasmian dan selamat datang sebelum mengundur diri kerana ada hal lain. Majlis seterusnya dikendalikan oleh En. Rahman selaku TYP. Kalau gagal interview KPLI tu, mungkin aku berpeluang mengikuti pelbagai acara yg diatur.

Buat tulip merah ... all the best utk meeting petang nanti bersama MKewn1 yg baru.

Tuesday, September 23, 2008

23 Ramadhan

Petang Isnin, niat utk membuat pisang goreng terbantut lagi akibat kehabisan gas. Petang Ahad tengah menggoreng pisang, gas habis. Abang ke mini market dekat rumah, bekalan habis, call perkhidmatan hantar gas, pun tak de bekalan . Apa citer ni ... pagi Isnin ke kedai lagi ... bekalan belum sampai lagi ... so sampai sekarang dapur aku tak berasap. Elok2 boleh buat pisang goreng, tau2 jadi cekodok ... iyalah kalau dah masak sgt ...

Masa berbuka, Ikmal tertidur masa tengah makan nasi. Makan lambat ... bila kutinggalkan utk solat Maghrib ... tau2 dah terlungkup tepi pinggan. Ehm ... penat main la gamaknya. Kejutkan dan suruh masuk bilik.

Agaknya sebab boring, lepas Terawih aku pun terlelap depan TV sementara tunggu abang balik surau. Aku tersedar bila terasa ada orang sedang makan maggi di sebelahku. Patut la baunya semerbak jer . Rindu kot sebab dah lama tak makan maggi.

Pukul 11 malam, Ikmal terbangun. Lepas makan sepotong roti John, buat homework yg teacher bagi. Ada 3 homework, tapi sebab dah lewat sangat, suruh buat 2 aje dulu, lagi satu boleh siapkan waktu pagi.

Monday, September 22, 2008

22 Ramadhan

Awal sampai ofis ... cukup2 la punch card warna merah tu ... w/pun cuma lewat 1/2 minit ... tapi tetap tak cantik dipandang ... jaringan internet ada masalah pagi ni ... hampir pukul 10 baru boleh digunakan.

Terima call dari seseorg yg kurindu ... seorang kakak merangkap ex-office mate ... semoga tabah walau sentiasa diuji... banyak jasanya kepadaku terutama sewaktu melalui saat-saat sukar dahulu ... teman berbicara dan meluah perasaan ... pendengar yg baik dan memahami ... pasti aku akan mengingatinya sampai bila2 ...

Aktiviti Hujung Minggu

Sabtu 20 Ramadhan - Seronok sangat hari ni sebab mak nak datang umah . Mak pegi Johor, baliknya baru singgah utk buka posa kat umah ... menu buka puasa, ikan masak kari, ikan bakar, dan sayur campur. Lauk yg simple ... tapi aku senang hati tengok mak berselera makan.

Aku tahu semenjak kebelakangan ini emak kurang selera makan ... mungkin sebab masalah yg melanda adik lelaki baru2 ini ... dan juga risau fikirkan rumah yg tgh renovate tu ... abg ngah sibuk ... yg lain2 tak reti ... harap sangat sempat siap sebelum raya.

Ahad 21 Ramadhan - Kemas umah sikit2 ... keluar ke pasar stadium ... beli tudung dan tikar buluh sarawak ... kali ni nak letak depan TV ... yg lama dah letak dekat meja makan. Aku nak kurangkan penggunaan karpet ... tiap kali menyapu banyak sgt habuk kecil warna merah... tak baik utk kesihatan apatah lagi batuk abang masih belum pulih.

Seterusnya kami ke Mydin 18... cari baju Melayu dan songkok Ikmal ... tema utk hari raya ... tunggggu ... aku pun dapat sepasang lagi baru kurung ... thank u papa! Hujan selebatnya ... nasib baik pekerja Mydin sudi pinjamkan payung utk ke kereta. Bagus gak hujan ni ... cuaca sejuk ... pokok2 bunga aku dapat minum ... he..he..

Friday, September 19, 2008

Panduan Solat Terawih di Rumah

Malam ni merupakan 10 malam terakhir dalam bulan Ramadhan. Insyaallah, aku akan cuba menggunakan kesempatan yg tinggal ini utk meningkatkan amal ibadah. Sepanjang Ramadhan ini aku belum pernah solat Terawih di masjid/surau.

Kadang2 terasa nak pergi berjemaah tapi memandangkan Ikmal mudah lupa dunia kalau jumpa rakan sebaya ... mesti gamat suasana nanti. Daripada bising, aku ambik keputusan untuk Terawih di rumah sahaja. Nak ikutkan Ikmal tak kisah kalau aku tinggalkan dia sendirian di rumah ... tapi aku rasa tak sampai hati ... lagipun umurnya belum mencapai 6 tahun pun lagi ... takut jadi apa2.

Di sini, rasanya masih belum terlewat utk aku turunkan sedikit panduan mengerjakan solat Terawih 8 rakaat di rumah.

Niat : Sahaja aku solat sunat terawih 2 rakaat kerana Allah Taala

( 15 Ramadhan yg awal)
Bacaan surah selepas Al-Fatihah
Surah At-Takasur , Surah Al-Asr

Bacaan surah selepas Al-Fatihah
Surah Al-Humazah , Surah Al-Fil

Bacaan Doa( tak dapat disertakan sbb dlm jawi)

Bacaan surah selepas Al-Fatihah
Surah Al-Quraisy , Surah Al-Ma'un

Bacaan surah selepas Al-Fatihah
Surah Al-Kafirun , Surah Al-Nasr

Bacaan Doa

(16 Ramadhan ke atas)
Bacaan surah selepas Al-fatihah
Rakaat pertama: Surah al-Qadr
Rakaat kedua: dibaca satu surah bermula dari Al-takasur hingga Al-Lahab

* Habis 8 rakaat, solat witir 3 rakaat

rakaat pertama : surah Al-A'la
rakaat kedua : surah Al-Kafirun ( tiada bacaan tasyahud(tahyat awal)
rakaat ketiga : surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas

Mulai malam ke-16 Ramadhan, disunatkan membaca doa Qunut (jika tidak disunatkan sujud Sahwi)

19 Ramadhan

Hari ni hari yg ke 19 berpuasa. So tinggal seminggu lebih jer lagi sebelum menyambut Aidilfitri. Dah hujung2 ni ... malas sangat rasanya nak bangun sahur. Tapi bila dah berkeluarga ni, tak boleh la nak diikutkan malas tu. Imal pun turut sama bersahur.

Malam tadi kami tidur di ruang tamu. Atas permintaan Imal. Mulanya malas nak ikutkan, tapi bila berulang kali "mama please ..." tak sampai hati nak hampakan. Papa pun kata ok. Yg tak syoknya Imal tidur kat tengah2 ... tak boleh nak tidur atas lengan abang ... he..he...

Keluar awal so sampai awal kat ofis. Tapi ada satu peristiwa antara aku dan Puan Ros ... minit mesyuarat yg aku dah edarkan dipulangkan balik dengan pindaan ... ayat 'ditukarkan' minta diganti 'bertukar'. Sedangkan minit mesyuarat tu Tuan Syed dan En. Zam dah check n approved pun ... tanya pendapat cc bib dan Puan Normas, diaorg suruh ignore, tapi aku rasa tak sedap hati, so aku pinda utk dia sahaja.


Entahlah, kadang2 aku keliru, Puan Ros selalu macam sengaja cari salah ngan aku ... ccBib cakap dah tak sabar nak jadi TPB kot gantikan Tuan Syed ... apapun aku tetap 'think positive' ... mana yg elok aku ambil ... yg tak elok aku lupakan saja ...

Ronda-Ronda Hari Jumaat

Lunch hour untuk hari Jumaat bermula pukul 12.15 - 2.45 ptg. Bertemankan sahabatku si tulip merah , kami ke Alamanda, Putrajaya. Beli susu tepung Nespray dan biskut untuk my son.

Lepas tu gi pasar tani. Panas giler. Plan nak beli lauk utk juadah buka puasa, tapi gerai makanan tak buka lagi. Cuma ada kain baju, tudung dan buah-buahan. Beli tudung sehelai, rm33 dan buah duku langsat 2 kilo. Popia otak2 kegemaranku juga tak ada.

Pokokku Layu

Semalam, sampai umah siram pokok bunga dulu coz pokok2 bunga layu dek cuaca panas ... kiter yg posa ni ... bila buka posa dapat juga air ... tapi pokok2 ni kalau tak ujan ... sian dia ... abg kadang2 complain gak ... napa la bini dia ni malas sangat nak siram pokok bunga ...

Selalu kalau nak g keje tu ... pasang nekad nak siram pokok bila balik keje ... tapi sudahnya tak buat juga.

Macam biasa, kalau dengar bunyi air ... pasti jiran sebelah buka tingkap nak bersembang ... itulah cara aku dan kak zah kalau nak bersembang / bergossip ... jemaah tingkap katakan... maklumlah dok kat bandar ni mana ada masa nak kunjung mengunjung ... so ada kesempatan macam ni la kalau nak bertegur sapa.

Tahun ni kak zah akan beraya di Melaka. Biasanya dia sembahyang raya di sini. Maklumlah anak2 dah besar, ada yg cuti awal, ada yg cuti betul2 dah nak raya ... tapi memandangkan bercuti awal, so kemungkinan mereka dapat bersembahyang raya di Melaka.

Bagi aku lak ... tahun ni turn rumah aku. Syoknya. Kat kampung tengah buat renovation ... abg ngah sibuk jer ... macam tak sempat siap jer sebelum raya. Nak salahkan abg ngah pun tak leh ... dia pun banyak projek lain nak kena buat. Nak diupah, manalah berkemampuan ... lagipun barang2 sekarang dah mahal ...

Thursday, September 18, 2008

Gambar Hari Lapor Diri N41

2 June 2008, pastinya hari bersejarah yang pasti kita ingat sampai bila-bila. Selama 3 hari kita di tempatkan di bilik mesyuarat Seksyen Pengurusan Manusia(PSM) sebelum kita ditempatkan di bahagian masing-masing bermula 5 Jun 2008. Di sini bermulanya persahabatan kita dan semoga ukhwah ini terus terjalin sampai bila-bila.


Daus, Tajul, Adiputra, Munawir, Mior dan Alif

Muhamad Kilau dan lain2



Baiti dan Eta

Aku, Mahfuzah, Sabariah, Nordalila, Siti dan ?

Hajar, Nana(dgrnya dapat peg. tetap di Tekun) dan Ain


Gambar yang ini aku hanya mengenali Jennifer dan Diana




Gaji Bulan September

Baru baca pekeliling treasury ... gaji bulan September dan bonus pertama tahun 2008 akan diawalkan kepada 23 September. Kira awal 2 hari la ... boleh la mencongak2 apa yg nak dibeli untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri yg tak berapa lama lagi ni.

Pengurusan Belanjawan Sektor (A) pun dah dihias cantik ... lampu berkerdipan ... kad2 bergantungan ... yg dekat rumah jer tak berhias lagi ... he..he...

Tahun ni belum dapat walau sepucuk kad ucapan raya lagi ... ada ker yg nak bagi ni ... masing2 bagi ucapan melalui email atau sms. Macamana nak terima kad, kalau kita pun dah bertahun tak pernah tulis kad raya ...

Traffic Jem

Sampai ofis hampir 8.30 pg ... kuar umah kul 7 pagi ... tapi nak dekat 8 pagi, masih lagi tersangkut dalam traffic ... sebelum dan selepas tol Bkt Jelutong Shah Alam, berpesta lampu merah... traffic berpunca mungkin ada accident di highway Elite hala Kuala Lumpur ... menyebabkan susur masuk dari Bkt Jelutong ke highway Elite tak dapat bergerak, w/pun nak ikut jalan yg bertentangan.

Sepanjang bulan puasa ni dah banyak kali punch card warna merah ... tapi biasanya lewat 1 / 2 minit sahaja ... entahlah mungkin bulan puasa ni ramai yg kuar awal dari umah ... sebab tu pukul 7 kereta dah berderet-deret.

Wednesday, September 17, 2008

Kad Jemputan Kahwin

Hanya untuk makluman bersama, juga boleh lah di war-warkan kepada kawan-kawan atau pun saudara se islam. Pagi semalam mendengar tazkirah di RMKL, mungkin ada diantara you all dengar juga.

Ianya berkaitan dengan kad-kad jemputan. Yang kita terima atau pun yang kita beri kepada orang. Tak kiralah kad jemputan jenis apa pun. Kad kahwin, kad ucapan, kad birthday dan macam-macamlah jenis kad sekarang ini. Yang paling utama sekali kad jemputan Kahwin. Sekiranya kita nak membuat atau nak menempah kad kahwin tersebut, jangan sekali-kali tulis perkataan Bismillah atau Assalamualaikum atau Hadis-hadis dalam bahasa arab or jawi..

Tulislah dalam bahasa rumi. Sebab nya, setiap kalimah dalam bahasa arab itu, ada kalimah allah dan dzat-dzatnya.Orang yang menerima kad tersebut belum tentu akan menyimpan kad tersebut untuk selama-lamanya seperti menyimpan al-quran. Rasanya kebanyakan kita pun membuangnya dalam tong sampah.

Jadi, janganlah kita memandang kecil perkara ini, yang mana dosa membuang kad yang tertera kalimah Allah itu sama dengan kita membuang al Quran. Dan simpanlah dengan elok dan untuk selama-lamanya kad-kad yang kita terima sekiranya tertera kalimah allah. Kalau nak buang, buatlah sepertimana cara kita nak memusnahkan al-Quran lama. Wallah hu alam.

P/S: Kekadang perkara yg kecil2 ni kita x perasan walhal impaknya amat besar

Interview SPA

Sampai ofis dlm 9.30 pagi. Hantar adik ipar (Zaki) gi interview SPA dekat Parcel C. Ehm... baru terasa betapa teruk traffic jam dekat bulatan besar Putrajaya tu. Bertolak dari rumah 6.45 pagi dan sampai tepat2 pukul 8 pagi. Adik ipar dan mak mertua naik ke Tingkat 6, aku, abang dan bapa mertua hanya tunggu di taman hadapan bangunan.

Nak cari parking kereta pun satu hal lagi. Blocking kereta orang dan letak phone no. takut tuan punya kereta nak keluar nanti.

Masuk ofis, barulah terasa betapa letihnya badan. Bangun sekitar 4 pagi, masak utk family mertua bersahur, so lauk kena banyak la sikit berbanding sahur kami suami isteri jer.

Tuesday, September 16, 2008

Cat Baru

Weekend tu hari abang sibuk mengecat bahagian ruang makan. So, inilah hasilnya. Abang nak warna putih tapi aku mahukan warna2 yang agak lembut. Rasa lain sangat ruangan ini sebab sebelum ni menggunakan warna terang.
Ikutkan hati aku suka warna peach, purple lembut atau oren lembut ... Akhirnya warna yg dipersetujui, ICI Dulux - Almond (kekuningan + coklat lembut) tapi bila dicat, jadi warna kuning susu lak. ish!ish! confuse sungguh ... beza sungguh dengan warna dekat tin cat.




Untuk bagi serasi dengan warna merah di ruang tamu, terpaksa belikan border warna merah.
Warna asal sebelum ini.

16 Ramadhan

Hari yang sibuk. Pagi mengikuti ceramah 'Budaya Kerja Cemerlang' yang dianjurkan oleh PSM. Ceramah disampaikan oleh Dr. Abu Bakar Sarpon dari INTAN.
Sedikit pemahaman mengenai budaya kerja cemerlang adalah melaksanakan tugas dan kewajipan dengan penuh tanggungjawab sebagai amanah yang mesti disempurnakan dengan berkesan berdasarkan perundangan dan akhlak mulia.

Petang, sibuk dengan minit mesyuarat peruntukan tambahan yang dipersetujui dalam mesyuarat bersama PBB.

Monday, September 15, 2008

15 Ramadhan

Pagi ada meeting bersama Timbalan Pengarah Bajet. Suara TPB(A) yang teramat merdunya itu menyukarkan aku untuk mencatat apa yang diucapkan. Pasal peruntukan tambahan dan mengenai pertukaran 2 orang PPKB(A) bersama kakitangan di bawahnya ke Sektor(K). Wahidah dan Nana antara kerani yg baik dengan denganku, rasa sedih pulak.

Sebelum masuk bilik meeting, awal2 lagi dah kena smash dengan seorang pegawai mengenai bilik mesyuarat yang belum dikemaskan. Sabar jer dalam hati. Nanti cek dengan cc Bib tentang hal ini. Meeting diadakan dalam bilik TPB(A) sahaja.

Tengahari, temankan member isi minyak kereta dekat Persint 9. Sambil tu meninjau2 bangunan SPA, tempat Zaki interview 17 Sept. nanti. Niat hati nak minta tolong Puan Ros sebab dia yg jaga SPA, tapi sebab hubungan kami yg kurang elok ... tak taulah camana ...

Top-up Touch n Go rm200.

Sunday, September 14, 2008

14 Ramadhan

Tak ada apa yang menarik untuk hari ini. Mak dan ayah mertua tak jadi datang umah, sebab ada adik beradik abg yg lain balik kampung.

Macam biasa pagi Ahad, kami akan mengunjungi pasar stadium. Tak ade perancangan untuk membeli belah, sekadar cuci mata, tapi akhirnya sehelai tikar buluh sarawak dan 2 helai baju t-shirt kubawa balik. Sehelai untuk adik di kampung dan sehelai untukku.

Petang, abang touch-up cat semalam. kemaskini mana2 yg kurang ... ikmal layan TV dan aku lena diulit mimpi ... he..he... layan mata beb! Untuk buka puasa, masak nasi saja, lauk pauk aku beli di Cafe Ami, TTDI Jaya. Menu terubuk bakar, masak asam pedas, kerabu mangga dan daging masak kicap. Untuk supper, ada mee kari.Gi sorang2 je sebab abang penat.

Saturday, September 13, 2008

13 Ramadhan

Hari ni bersahur dalam masa-masa kecederaan. Terlewat bangun, nasib baik lauk balance buka puasa ada lagi. Biasa la kalau dah tidur sekitar 2 pagi, jam loceng berbunyi tapi tak bangun jugak. Lepas bersahur, lepak dengan abang depan ruang tamu.

Pukul 6 pagi, Ikmal bangun tapi muka masam jer. Marah la tu sebab tak kejutkan sahur. Buatkan air susu dan coco crunch, konon2 sahur la tu.

Hati terasa nak balik kampung buka posa dengan mak, tapi abang ada plan lain. Berhajat nak tukar cat biru dekat ruang makan dan dapur. Abang nak cat yg agak keputihan, tapi aku lebih suka warna lembut tapi bukan putih la. Akhirnya sepakat beli cat Dulux - Almond.

Lepas Terawih, abang mulakan operasi mengecat. Aku dan Ikmal tolong tengok jer.

Friday, September 12, 2008

Fikir-Fikirkan

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

NIBIRU 21-12-2012 - Bencana Alam Terbesar

Sumber : Kiriman emel

Kebenarannya, hanya Allah yang mengetahui, cuma sebagai manusia, tunaikanlah amanah dan tangungjawab sebagai hamba dengan sebaiknya. Bukan untuk menakutkan, cuma sebagai satu peringatan bagi kita semua ( khasnya aku) supaya tidak leka selamanya.

Ust.Harun Din .. korang kenal kan??
dlm ceramah dia,ade mmbace sbuah artkel yg mncritakan bhw dunia ni da nk kiamt ... planet mrikh (planet ke4 n plg dekat ngan bumi) tlh mngalami psingn yg tbalik pd bln sept lpas. maknenye ... planet yg dkat dgnnye jgak (bumi la) akan brtukar arah prgerakan dia gak. maka pd saat tu akn terjadi kjadian mthari tggelam sblah timur. (tnda2 bsar kiamt)..ingat, matahari terbit sbelah barat, pintu taubat da ditutup. x de harapan daa laa!! maklumat ni gak tlh dhentikan pnyebrannya oleh NASA krna akn mnguntungkan pihak islam. tolong sebarkan ye tuk kmaslhtn kiter bersama... wassalam (sebar la bnde nih wehh smentara ade mase)

untuk pengetahuan smua, sebuah planet bernama Nibiru atau planet x(oleh NASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun. planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planet jupiter( musytari). dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub2 ke kedudukan terbalik( polar shifting) yang dijangkakan o NASA.

bulan mei 2009 nanti planet ini akan jelas kelihatan oleh semua pnduduk bumi..so sama2 kita nantikan...mereka mengaitkan peristiwa ini seperti yang pernah berlaku banjir besar zaman Nabi Nuh AS dahulu.planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi.ia hanya akan lalu diantara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari.(tanda besar kiamat? objek merah di langit kelihatan)

AS dan negara2 barat lain sedang sibuk membuat persiapan menghadapi keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara di banjaran2 gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3 tahun kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap. di norway misalnya mereka membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bukit lengkap dengan ciri2 keselamatan dan dari ancaman bencana(rujuk paper bulan februari, kosmo, BH n lain2) untuk rujukan penuh sila cari kat mana2 web tentang NIBIRU or video kat youtube(nak forward besar sgt)..

benarlah kata2 RASULULLAH satu ari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku dimana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno. jadi bersedialah kita umat islam...ALLAHHUAKBAR

lain-lain artikel tentang kiamat.....
Kajian....ALLAH je mengetahui.. ..

a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun... sekarang sudah 1439 = 426 + 13 tahun hijrah.... daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi.. Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066... *
b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket...
Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi... Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi.. Dan planet ini lebih besar daripada bumi... Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065..... *
c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007.... Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa..... . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat..

Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062... Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066... *

Wallahu'alam. .. Semua ini telah dikaji...
Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun... Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun... Cubalah anda kirakan sendiri...

Beribadatlah wahai umat Islam sekalian... Kiamat pasti tiba. hanya orang yang leka dengan dunia shj yang akan rugi. berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh Allah. Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar.

Fatwa Tentang Tugu

Sumber : Kiriman emel

Pesan Professor Datuk Dr Harun Din Al-Hafiz
Seperti yang kite ketahui... Negara kite nie banyak tugu.... Antara yang famousnya ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut kat Langkawi dan sebagainya..

Tahukah kawan2 bahawa pada tahun 1993, Mufti Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan fatwa bahawa " segala tugu-tugu itu serta pembinaannya adalah haram..... ciri-cirinya menyerupai berhala...dan melawatnya juga adalah haram.. "

Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia digazetkan bermakna tindakan undang2 boleh dikenekan kepada sesiapa yang melawat tugu kebangsaan! Tetapi sayang2... pihak atasan tidak sukakan keputusan itu maka disuruhnya pihak mufti menarik balik fatwa itu...

Setelah berbincang, Mufti tersebut tidak mahu menarik balik fatwa itu... Maka pihak atasan telah menarik balik gazet tersebut maka apa yang tinggal ialah fatwa sahaja...tiada tindakan undang2 yang boleh diambil...

Menurut kupasan Ust. Harun Din, tugu2 ini boleh mendatang syirik... Beliau berkata... " bawalah dosa anda sebesar langit dan bumi kepada Allah dan Allah mungkin akan mengampunkannya tetapi jika terdapat walau sedikit/sebesar zarah pun dosa syirik maka Allah tidak akan mengampunkan orang itu..." dan kata beliau lagi... " walaupun kita tidak pergi ke tugu2 tetapi jika kita 'redha' atau tidak melakukan apa2,berdiam diri, maka kita juga akan mendapat dosa tersebut iaitu dosa syirik..."

Contoh kedua yang beliau utarakan dalam perbincangan dosa syirik ini ialah nama negeri perlis iaitu perlis indera kayangan... " Menurut kamus dewan... indera bermaksud nama tuhan hindu manakala kayangan bermaksud tempat di mana tuhan2 bersemayam.. . maka makna sebenar ialah perlis tempat tuhan hindu bersemayam.. " Menurut beliau... Nama perlis ini juga mendatangkan dosa syirik...

Perkara terakhir yang dibincangkan ialah isu perlembagaan negara... Tahukah kawan2 bahawa... Perlembagaan Negara Fasa ke-14 mengatakan bahawa mana2 undang2 akan terbatal dan tidakboleh dipakai jika ia bertentangan dengan undang2 yang telah dinyatakan di dalam perlembagaan termasuklah undang2 hudud... iaitu undang2 yang dicipta oleh Allah.

Kata beliau seterusnya.. .. Dosa syirik boleh diakibatkan oleh...
1.Mempertahankan perlembagaan serta undang2 ciptaan manusia dan membuatkannya mengatasi undang2 ciptaan Allah iaitu hudud dll.
2. Menyokong mereka yang mempertahankan perlembagaan.
3. Mereka yang berdiam diri.
4. MEREKA YANG MENGATAKAN BAHAWA HUKUM HUDUD ITU ZALIM ( BERMAKNA ALLAH JUGA ADALAH ZALIM)

Nota : Saya pun pernah bergambar depan Tugu Burung Helang Di Langkawi, semoga Tuhan jauhkan saya dari dosa syirik ini.

Jawapan Tag Untuk TulipMerah

Hari ni saya tak de mood. Mengantuk sebab tidur lewat, dalam pukul 2 pagi. Temankan abang tengok movie di Astro Kirana, tapi saya tak tengok sangat pun, teman sembang jer. Masa bangun sahur, rasa di awang-awangan. Lepas sahur, saya sambung lena sekejap, akibatnya bangun pagi agak kelam kabut, jalan jem dan saya lewat 15 minit sampai ofis.

Paper Dana Khas belum sampai ke tangan saya lagi, bolehlah saya jawab tag dari tulip merah:

3 perkara tentang Ramadhan:
1) Berikan pendapat mengenai Pasar Ramadhan di tempat anda.
Rumah saya berhampiran dengan Pasar Ramadhan di Stadium Shah Alam, so memang banyak pilihan, sampaikan saya tak tahu nak yang mana satu. Tapi saya cuma ke sini waktu hujung minggu sahaja. Kalau hari bekerja juadah berbuka puasa suami saya beli di Seksyen 17 sebab dekat jalan keluar dari tempat kerjanya.

2) Apa yang anda suka di bulan Ramadhan yang tiada di bulan lain.
Tentunya solat Terawih. W/pun saya selalu buat sendiri di rumah, tapi inilah keistimewaan yang tiada di bulan lain. Rumah saya berhampiran surau, saya teringin membawa anak saya ke surau, tetapi saya maklum anak saya kalau jumpa kawan2, nanti dia lupa dunia, bising dan tak makan saman. Dan di bulan ni juga saya akan berusaha mengkhatamkan Al'Quran.

3) Siapa anda di bulan Ramadhan ini
Masih seorang anak, isteri dan ibu serta hamba-Nya yang sentiasa berusaha menjadikan hari ini lebih baik dari hari semalam

3 perkara tentang Syawal
1) Keutamaan Syawal saya untuk ...
Pastinya untuk anak dan suami ... serta keluarga di kampung.

2) Dengan suasana ekonomi sekarang, adakah ianya akan menjejaskan syawal anda?
Mungkin ada, tetapi tidak begitu disedari kerana kami mengamalkan kesederhanaan dan ikut kemampuan masa kini.

3) Visi selepas Syawal
Ada rezeki, mungkin melanjutkan pengajian dalam bidang pendidikan dan menambah zuriat.

Seminar Keselamatan ICT

Semalam, 11 Sept. 08 adalah hari yg sibuk bagiku. Pagi, menghadiri seminar keselamatan ICT, yang disampaikan oleh penceramah jemputan dari Cybersecurity Malaysia, iaitu En. Philip Victor. Fokus mengenai meningkatkan kecekapan sistem penyampaian dan kesedaran keselamatan ICT serta cabarannya. (kelancaran operasi dan minimumkan kerosakan).

Petang, masih tidak selesai dengan projek Dana Khas.

Wednesday, September 10, 2008

Gambar Sekitar Mesyuarat MKewN

Sewaktu berlangsungnya mesyuarat MKewN Negeri Tahun 2008 pada 5 Ogos 2008, yang dikendalikan buat kali terakhir oleh sektor (A) Perkhidmatan Am, Bahagian Pengurusan Belanjawan sebelum diambilalih oleh sektor(K) untuk tahun hadapan.