Sunday, April 26, 2009

Kenangan di Kem Raudhah Pangkor

Sebenarnya aku baru tiba dri kampung. Mental & fizikal benar2 dalam keletihan yang teramat. Baru selesai menjalani perkhemahan pada 21-24hb di Kem Raudhah Pangkor, yg mana minggu tersebut merupakan minggu perkhemahan utk semua unit beruniform utk pelajar KPLI. Terdapat 5 IPGM utk Zon Tengah iaitu IPGM Teknik Ipoh, IPIS, Ilmu Khas dan (alamak ...lupa la)

21hb.aku bertolak ke IPGMKBM dalam keadaan hujan renyai sepanjang jalan. Entah apa musibah pagi itu ...terlewat sampai ... kerana kesesakan melampau di luar kebiasaannya. Disebabkan kedua-dua bas sudah penuh, aku naik van utk ke jeti Lumut. Beg kutumpangkan dalam bas yg kedua ...

Apapun, keseronokan utk berkhemah hilang pabila aku & 3 rakan lagi kehilangan beg utk kegunaan spjg perkhemahan. Kami sampai awal... malangnya beg kami tiada dalam bas tersebut ... pelik bin ajaib. Puas dicari, namun tidak kutemui. 2x aku berkejar mencari bas, sehingga terpaksa minta tolong sorg pakcik utk mengejar bas yg telah bergerak... tapi yg nyatanya semua beg sudah dikeluarkan ... tiada di dalam bas.

Aku dan 3 rakan menaiki feri ke Pangkor dengan sehelai sepinggang. Nak kata sedih sangat tu tidak la ... tapi rasa pelik sangat ... mana la menghilangnya beg kami tu ... nasib baik wallet dan dokumen penting termasuk kunci kereta ada dalam beg sandang.

Petangnya, kami dibawa oleh pensyarah ke Pekan Pangkor membeli sedikit keperluan dan barangan peribadi... dpt la berus gigi, baju dan seluar sorg sehelai, selipar, tuala, kasut hitam dll. barang2 di Pangkor memang jauh lebih mahal dri sepatutnya... tapi nak buat camana ... terpaksa!

Utk baju wajib PPIM ... baju kerja pinjam dengan lecturer ... baju kurung utk perhimpunan penutup memang tak ada ... dapat tengok member2 je la melawa ... apapun terima kasih banyak buat rakan2 yg banyak membantu meminjamkan barang2 keperluan yg lain2 ...

Banyak pengalaman yg dapat kukutip sepanjang perkhemahan ... belajar kawad kaki ... belajar bagi arahan kawad... belajar buat gadget ... simpul & ikatan ... dan khemahku jadi khemah terbaik. Aku turut jadi pelapor utk satu sesi LDK dan penurun bendera sewaktu TCP(tatacara perjumpaan/penutup)juga dapat berkenalan dengan 5 IPGM Zon Tengah

24hb, sebelum pulang ke IPGMKBM, kami ditemani oleh dua orang yg mengetahui lokasi terahir beg2 kami sebelum ditinggalkan ... dan alhamdulillah ... kami temui beg kami yg disimpan oleh taukeh bengkel motor ... nak ikutkan hati ... rasa marah dan terkilan pd yg meninggalkan beg2 kami sebelum kami tiba utk mengambil beg ... tapi semuanya aku simpan dalam hati ... nak diluahkan pun tak guna lagi ... cuma sesekali masih terasa perit getirnya mengikuti perkhemahan dengan sehelai sepinggang tanpa pakaian & keperluan secukupnya ...

Banyak hikmah jika kita fikirkan dri sudut yg positif. Bersyukurlah jadi insan terpilih utk diuji kesabarannya ... sama ada redha atau tidak ... setidak2nya waktu org lain berat mengusung beg ... kami hanya jalan lenggang kangkung ... sewaktu member lain berpanas terik dan berdiri lama utk majlis penutup ... kami hanya bersantai di tempat makan kerana tiada pakaian lengkap utk perbarisan ...

Monday, April 13, 2009

Biar ku tanggung sendiri ...

aku tension yg amat ... kerana satu peristiwa yg baru2 ni berlaku ... yg betul2 menyentap sanubariku hingga ke lubuk yg paling dalam. setelah sejauh ini pengorbananku ... mengapa akhirnya yg busuk itu terpalit ke badanku juga ...
usahkan ucapan terima kasih ... hanya kata2 yg meluluhkan jantung yg kuterima ... benarlah di dunia ini masih ada insan yg tak tau menghargai ...

sesungguhnya di tempat itu aku terasa sudah hilang kebahagiaan ... tiada serinya lagi ... aku tak sabar utk menamatkan segalanya yg hanya tinggal beberapa bulan ini.

hbby ... berikan kekuatan pd isterimu ini ... walaupun engkau insan yg paling memahami ... biarlah derita ini kutanggung sndiri.

Friday, April 10, 2009

Mengantuknya!

Jam dah menunjukkan hampir 4 pagi ... namun aku masih di sini ... di hadapan komputer menyiapkan tugasan pnb... sebenarnya tugasan inidvidu setebal 12 muka surat ni dah sampai ke tangan pensyarah ... malangnya semua tugasan kami dipulangkan dengan alasan inginkan endnote, bukan bibliografi semata2 ...

sebenarnya tak ramai pensyarah yg inginkan endnote, selalunya hanya bibliografi ... dan biasanya pensyarah akan maklumkan terlebih dahulu ... tak susah mana pun untuk masukkan endnote ni, tapi kalau u all ingat kisah menyedihkan semalam ... betapa aku terpaksa menaip kembali semua helaian ... apapun ... aku terimanya sebagai dugaan sebagai pelajar dan sebagai hambaNya ...

sunyi2 ni ... rasa rindu sangat dengan anak mama yg jauh nun di kampung ... betapa tiap saat mama merinduimu ... ari ni dia ikut atuk dan nenek dengar forum agama ... eloklah anakku ... semoga jadi anak yg soleh di kemudian hari.

Thursday, April 9, 2009

Berikan Kesabaran Itu!

Semalam aku menghadapi saat yang paling menyedihkan sepanjang mengikuti KPLI. Komputer yg amat berjasa kepadanya dalam menyiapkan tugasan ... entah kenapa tiba2 buat hal... waktu tu jam dah menunjukkan jam 3.45 pagi ... kerja yang sudah hampir siap tinggal utk print saja ... tak dapat diselamatkan ... kerana lepas tu skrin hanya menunjukkan warna biru sahaja ...

Hubby dah guna segala kepakaran utk bantu isterinya ini ... namun komputer masih gagal berfungsi ... semua tugasanku ada dalam komputer ... tak perlu aku listkan berapa banyak tugasan yg ada di dalam ... cukuplah kalau aku katakan semua hasil usahaku yg setiap malam berjaga sehingga awal pagi ... hilang begitu sahaja ...

Dalam hati ... aku meraung sekuatnya ... ingin kutangisi... namun air mata seolah membeku ... hanya gelojak rasa yg seolah tak dapat dikawal ... sedangkan malam itu aku perlu siapkan 3 tugasan utk dihantar keesokannya ...

Dalam keadaan yg amat terdesak ... aku taip kembali sedapat mungkin ... guna laptop... namun pastinya tidak sebaik tugasan awal ... contact sorang member yg turut berjaga ... emelkan tugasan dan minta tolong printkan ...

Thursday, April 2, 2009

Maafkan Mama Sayang!

Hari ni aku dirundung kesal tak sudah ... tengahari semalam janji nak call imal lagi waktu malam ... akibat sibuk dengan tugasan ... aku tak sedar masa berlalu ... bila teringat, Imal dah pun tertidur.
Memang kebiasaan waktu tengahari memang call Imal ... tapi hari ini aku hanya tersedar masa jam sudah menunjukkan 2.30 petang ... ketika Imal sudah berada di sekolah agama ...
Dan tadi buat kesekian kalinya ... 8.30 malam baru teringat nak call ... malangnya Imal sudah tertidur ketika menanti panggilan mamanya ...

Bila MIL cerita tentang penantian Imal yg sejak malam semalam menanti panggilanku ... aku terasa bersalah yg amat ... Imal menyembunyikan diri waktu nak ke sekolah agama semata2 takut aku menalifon sewaktu dia di sekolah agama ... dan begitu juga selepas balik dari sekolah ... asyik tertanya2 bila mamanya nak call ...

Rasa rindu, rasa bersalah ... bertindan2 dalam diri ... betapa anakku sentiasa menghitung hari menanti tibanya hari Sabtu ... hari di mana dapat berjumpa mamanya. Minggu ni hubby ada aktiviti di sekolah ... petang Sabtu baru dapat balik kampung ... kesiannya anak mama !