Friday, September 19, 2008

Panduan Solat Terawih di Rumah

Malam ni merupakan 10 malam terakhir dalam bulan Ramadhan. Insyaallah, aku akan cuba menggunakan kesempatan yg tinggal ini utk meningkatkan amal ibadah. Sepanjang Ramadhan ini aku belum pernah solat Terawih di masjid/surau.

Kadang2 terasa nak pergi berjemaah tapi memandangkan Ikmal mudah lupa dunia kalau jumpa rakan sebaya ... mesti gamat suasana nanti. Daripada bising, aku ambik keputusan untuk Terawih di rumah sahaja. Nak ikutkan Ikmal tak kisah kalau aku tinggalkan dia sendirian di rumah ... tapi aku rasa tak sampai hati ... lagipun umurnya belum mencapai 6 tahun pun lagi ... takut jadi apa2.

Di sini, rasanya masih belum terlewat utk aku turunkan sedikit panduan mengerjakan solat Terawih 8 rakaat di rumah.

Niat : Sahaja aku solat sunat terawih 2 rakaat kerana Allah Taala

( 15 Ramadhan yg awal)
Bacaan surah selepas Al-Fatihah
Surah At-Takasur , Surah Al-Asr

Bacaan surah selepas Al-Fatihah
Surah Al-Humazah , Surah Al-Fil

Bacaan Doa( tak dapat disertakan sbb dlm jawi)

Bacaan surah selepas Al-Fatihah
Surah Al-Quraisy , Surah Al-Ma'un

Bacaan surah selepas Al-Fatihah
Surah Al-Kafirun , Surah Al-Nasr

Bacaan Doa

(16 Ramadhan ke atas)
Bacaan surah selepas Al-fatihah
Rakaat pertama: Surah al-Qadr
Rakaat kedua: dibaca satu surah bermula dari Al-takasur hingga Al-Lahab

* Habis 8 rakaat, solat witir 3 rakaat

rakaat pertama : surah Al-A'la
rakaat kedua : surah Al-Kafirun ( tiada bacaan tasyahud(tahyat awal)
rakaat ketiga : surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas

Mulai malam ke-16 Ramadhan, disunatkan membaca doa Qunut (jika tidak disunatkan sujud Sahwi)

No comments: