Tuesday, September 9, 2008

Parking Punya Hal

Hari ni agak busy sikit. Pagi pergi maybank ... 3 kali pusing tak dapat gak parking ... kebetulan member call ajak gi post office dekat JPM. So aku pun pergi jemput dulu member kat ofis ... kitaorang pergi maybank dulu. Parking penuh so aku letak la kereta kat tepi jalan w/pun punya besar signboard 'No Parking' kat situ.

Nak dijadikan cerita, sementara aku dalam bank, member call bagitau polis tengah tulis saman. Member pun apa lagi, dengan terketar-ketar cuba melarikan kereta Kelisaku ... tapi disebabkan kereta auto, 'R' untuk reverse dia tau la ... tapi jalan ke depan dia try 'N' , so memang tak gerak ke mana la , polis dah suruh jalan, tapi member kelam kabut telefon macamana nak gerak ke depan. Apapun, thank you tulip merah, sebab telah menyelamatkan diriku dari disaman.

Balik bank, kami ke pejabat pos. Dengar kata pejabat pos di JPM, so kitaorang pun ke sana, tapi tak boleh masuk ... sebabnya yang kami pergi tu Pejabat Perdana Menteri, bukannya Jab. Perdana Menteri .... terima kasih la pada pak guard yang memberi kami tunjuk arah yang sebenar.

Walaupun agak kalut ... semuanya itu tentunya beri pengalaman yang berharga. Sekarang tulipmerah pun dah pandai bawa kereta auto kan ... he..he.. pening lagi ke ...

1 comment:

Cikgu Eta said...

aduh.. malu seh... dah biasa bawak manual, kena bawak auto, menggelabas... ha..ha...ha... kena gelak je ngan aleem..