Friday, September 26, 2008

26 Ramadhan

Awal sampai ofis hari ni coz jalan lengang, kereta tak banyak sangat, mungkin dah ramai dah mula bercuti. Suasana kat ofis pun riuh semacam ... masing2 macam dah tak lalu nak buat keje ... excited nak balik kampung.

Esok aku akan balik kampung mertua dulu ... memang dah jadi kebiasaan, bila turn beraya rumah aku, hari sebelum raya mesti ke rumah mertua dulu, dan begitu juga sebaliknya. Sabtu Ahad di rumah mertua dan pagi Isnin baru bertolak ke rumahku. Sempat la berkemas apa yang patut sebelum raya menjelang.

Entah camana la keadaan rumah kat kampung ... rasanya renovation tu baru separuh jalan ... dengan ahli keluargaku yg ramai ... mesti agak kacau bilau sikit raya kali ini. Kali ini juga giliran kak zah dan milah beraya di rumah mak. Tapi dengarnya mertua Milah dari Kelantan akan beraya di rumahnya ... tak boleh la nak masak sama2 ...

Ada menu istimewa utk raya ini ... daging rusa masak rendang ... insyaallah ... kalau perancangan berjalan lancar.

No comments: