Sunday, August 31, 2008

Salam Merdeka & Salam Ramadhan

Salam merdeka buat semua, selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 51 tahun. Semoga Malaysia lebih cemerlang dan terbilang di masa hadapan.

Kami hanya menyaksikan sambutan kemerdekaan dari TV sahaja.

Juga selamat menyambut Ramadhan esok harinya.

Aktiviti Potong Rumput

Pagi Sabtu, kami ke Kg Bukit Lanchong, Seky.28 Shah Alam untuk meninjau tanah yang kami beli setahun yg lepas. Insyaallah kalau ada rezeki kami bercadang untuk membuat rumah untuk disewakan.

Abang bercadang untuk memotong rumput yg sudah menjadi belukar. Kasihan rumah di kiri dan kanan kami sekiranya belukar tersebut menjadi tempat haiwan berbisa nanti. Sebelum ni sudah diupah orang untuk memotong rumput, tapi cepat sangat naiknya. Hampir 2 jam masa yang diperuntukkan untuk memotong rumput dan sudah menjadi belukar.

Kasihan sangat tengok abang bermandi peluh, tapi aku dan Imal hanya menjadi pemerhati, tak larat nak mengusung mesin rumput yang berat tu. Aku baca novel dan Imal main game dalam kereta.

Tengok la gambar tu nak tau semak tak semaknya kawasan tu.





Penat ... penat ... kita minum dulu ...

Petangnya, kami tersadai kepenatan di rumah. Abang buat kerja, aku pulak yang lebih letihnya. he..he..

Saturday, August 30, 2008

Konsert Tahunan Tadika Cahaya

Tepat 5 ptg, kami sudah berada dalam Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam. Pembukaan konsert yang agak gilang gemilang dengan tarian pelbagai rentak dari anak-anak cilik yang berumur 3 hingga 6 tahun dan juga ex-student Tadika Cahaya.

Ikmal menyertai satu tarian yang rancak, tarian Hot-Hot. Acara berlangsung selama 3 jam, sehingga 8 malam. Nasib baik surau disediakan berhampiran dengan tempat duduk penonton, jadi tiada masalah untuk menunaikan solat Asar dan Maghrib.

Semua gambar blur sebab abang lupa nak setting kamera untuk ' night potrait'. Cuba nak attch video tapi pc slow sangat.

Gambar semua murid Tadika Cahaya dari umur 3 hingga 6 tahun.
Acara pembukaan
Ikmal dengan tarian rancaknya, tarian Hot-Hot, ala hip hop sikit.
He..he.. entah camana abg ambik gambar, semuanya tengah pandang belakang.

Mama Imal pun nak melaram atas pentas gak. Belon yang kat tangan tu kita orang bawa balik semua, penuh kereta dengan belon.

Inilah antara teacher Ikmal, teacher Mani, teacher Jo dan pengetua teacher Christine.

Friday, August 29, 2008

Majlis Bacaan Yassin

Pagi ni pukul 8.30pg ada majlis bacaan yassin dan perjumpaan dengan Pengarah Bhgn Bajet. Selesai bacaan Yassin, Datuk PBB memberi ucapan penghargaan kepada semua yang sudah bertungkus lumus bagi penyediaan untuk pembentangan Bajet 2009, disusuli dengan jamuan ringkas. Ada laksa Johor, nasi goreng, kuih muih, buah-buahan dan kek coklat. Sesi bergambar seterusnya pengumuman bahawa semua kakitangan Bajet dibenarkan balik 3 petang.

Kebetulan yang menyenangkan sebabnya aku baru bercadang untuk minta kebenaran balik awal sebab konsert tahunan Tadika Cahaya akan berlangsung di Dewan SUK Shah Alam pukul 5 petang ini. Tak sabar rasanya nak tengok aksi Ikmal Hakim dalam acara yang disertainya.

Memandangkan hari ni Jumaat, so pukul 12.15 tghari rasanya semua orang terus balik rumah.
Plan dengan member untuk ke pasar tani ... cuci mata kalau tak hujan.

Thursday, August 28, 2008

Ramadhan Pembersih Jiwa

Kini kita telah berada di penghujung Sya'aban, dan Ramadhan bakal menjenguk. Buat semua rakan-rakan, saya memohon ribuan kemaafan atas segala kekhilafan diri, baik sedar atau tidak dan marilah sama-sama kita berdoa moga bulan puasa kali ini adalah yang terbaik yang pernah kita tempuhi selama ini.



Ibadah puasa mempunyai hikmah dan rahsia tersendiri sama ada dari segi rohani, jasmani dan kemasyarakatan.Orang yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan terhadap Allah semata-mata, akan dapat membentuk jiwa bersih. Mereka dapat menahan nafsu sama ada nafsu jantina, makan minum serta melawan diri daripada melakukan sifat tercela seperti mengumpat dan mengeluarkan kata-kata kotor dan lucah.

Begitu juga dari segi kesihatan. Inilah masanya tubuh kita berehat selepas sepanjang masa bekerja tanpa henti. Al-Tobrani meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Berperanglah kamu nescaya kamu akan mendapat rampasan perang, berpuasalah kamu nescaya kamu sihat dan musafirlah kamu nescaya kamu senang.”

Puasa juga mempunyai rahsia di sudut kemasyarakatan iaitu memupuk perasaan rahmat dan kasihan belas terhadap anak yatim dan fakir miskin.Perkara ini kerana orang yang kaya dapat merasakan lapar dan dahaga yang dihadapi fakir miskin.Tentulah orang yang beriman dan pengasih akan tersentuh perasaan untuk berkasih sayang dan menolong orang yang tidak berkemampuan.Oleh itu, jadikanlah Ramadan dan ibadat puasa yang kita kerjakan tahun ini sebagai madrasah yang dapat mendidik keimanan dan ketakwaan kepada Allah.

Pelajari Tentang Puasa

PUASA

Bahasa : menahan daripada sesuatu
Istilah / syarak : Menahan daripada makan dan minum daripada naik fajar hingga tenggelamnya matahari.

1.JENIS-JENIS PUASA
a) WAJIB :
• Puasa Ramadhan, puasa kafarah dan puasa nazar
b)HARAM :
• Puasa Sunat(isteri) tanpa izin suaminya
• Puasa hari syak:hari 30 sya’ban
• Puasa di hari raya
• Puasa hari tasyrik : 11,12 dan 13 zulhijjah
• Puasa orang yang tidak suci(haid @ nifas) atau puasa yang boleh mengancam kesihatan si pemuasa tersebut
• Puasa wisyal (menyambung puasa 2 hari atau lebih tanpa berbuka lansung)

c) MAKRUH :
• Puasa pada hari jumaat sahaja
• Puasa pada hari sabtu sahaja
“Janganlah sekali-kali seseorang di antara kamu semua berpuasa pada hari Jumaat kecuali kalau kamu berpuasa sehari sebelumnya atau sesudahnya.” (Muttafaqun a”laih )

d) SUNAT :
• Puasa Nabi Daud
• Puasa 3 hari di setiap pertengahan bulan Islam Qatadah
• Puasa isnin dan khamis “
• Puasa 6 hari di bulan syawal • Puasa di hari Arafah-9/10 Zulhijjah
• Puasa di bulan Haram-Sya’ban,Zulhijjah,Rajab, dll.

2) PERKARA SUNAT SEMASA BERPUASA
• Bersahur
• Menyegerakan berbuka puasa
• Membaca doa sebelum berbuka
• Mandi wajib sebelum fajar
• Memelihara lidah
• Menahan mata melihat mungkar-filem berunsur lucah dll
• Memelihara pendengaran-umpatan,nista dll
• Memelihara anggota badan yang lain dari membuat maksiat
• Memperbanyakkan sadaqah
• Memperbanyakkan amalan kebaikan
• Beriktikad di bulan ramadhan

3) PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
-Ia terbahagi kepada 2 jenis bahagian hukum :-
a) Batal puasa dan wajib qada’
• Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja
• Muntah dengan sengaja
• Onani-lelaki
• Haidh
• Nifas
• Makan minum dengan sengaja

b) Batal puasa wajib qada’ dan membayar kafarah
• Melakukan persetubuhan di siang hari pada bulan Ramadhan bagi orang yang mukalaf(beraqal)
**Puasa kafarah:- Syarat:- -telah melakukan persetubuhan dengan sengaja di siang hari pada bulan Ramadhan -terbatal puasa dengan berjimak -Suami sahaja harus membayar kafarah ( puasa 2 bulan berturut-turut, jika tidak mampu harus memberi fakir miskin mengikut jumlah yang ditetapkan) Rukhsah
• Musafir
• Sakit ada harapan sembuh
• Sakit tiada harapan sembuh
• Wanita mengandung
• Orang tua yang terlalu uzur

4. KELEBIHAN BERPUASA
• Sebagai perisai melakukan maksiat
• Di jauh muka-muka(pemuasa) dari api neraka
• Melatih diri untuk Membulatkan keikhlasan kepada ALLAH

Walau Seteguk Air, Sahur Memelihara Kesihatan

Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud : “Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.”

Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Nabi bermaksud: “Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban) Hadis tadi menunjukkan kepentingan bersahur kepada orang yang berpuasa walaupun makan atau minum dengan sedikit saja sekalipun dengan hanya seteguk air. Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani).

Selain disunatkan bersahur kita juga disunatkan untuk melambatkan waktu bersahur itu kerana amalan itu dilakukan oleh utusan Allah dan sahabat. Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sentiasa umatku dalam kebaikan selama mereka mahu bersegera berbuka puasanya dan mengakhirkan makan sahurnya.” Melewatkan sahur bermaksud bersahur ketika menghampiri waktu Subuh. Berkaitan perkara ini, Zaid bin Thabit pernah berkata: “Kami pernah bersahur bersama nabi, kemudian kami bangun untuk melakukan solat (Subuh). Zaid ditanya : “Berapa lama masa antara kedua-duanya (yakni antara makan sahur dan solat Subuh)?” Berkata Zaid: “Sekadar membaca 50 ayat al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari)

Dalam kitab Nailul Authar, disebutkan Imam Ibn Abdil Bar berkata bahawa hadis yang menerangkan kepentingan menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan sahur semuanya bertaraf sahih dan mutawatir. Penekanan Nabi agar sahur dilewatkan dan tidak diabaikan amat signifikan lagi saintifik kerana ia menepati waktu bersarapan pagi.

Kajian menunjukkan makanan paling utama dalam masa 24 jam ialah sarapan pagi. BBC News pada 7 Mac 2003 melaporkan, bersarapan pagi penting untuk memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu lain. Kajian oleh Dr Mark Pereira dan rakannya dari Pusat Perubatan Harvard, mendapati mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, sakit jantung dan menghidap kencing manis. Kajian sama juga menunjukkan, mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50 peratus lebih rendah diserang masalah kesihatan berkaitan lebihan kadar gula dalam darah berbanding yang jarang bersarapan pagi.
Hal ini menjadi lebih penting kepada kanak-kanak yang berpuasa. Ini kerana kesan kanak-kanak meninggalkan sarapan pagi adalah lebih negatif disebabkan tubuh mereka yang kecil. Kajian terkini menunjukkan apabila glukosa dalam darah menurun selepas bangun tidur dan keadaan ini berterusan kerana tidak bersarapan pagi, kanak-kanak akan menghadapi masalah memberi tumpuan kepada pelajaran.

Tambahan daripada itu, satu kajian oleh Dr Theresa Nicklas dari Kolej Perubatan Baylor dan rakannya ke atas 700 pelajar di Louisiana, menunjukkan mereka yang tidak bersarapan pagi menanggung risiko dua kali ganda mengalami kekurangan zat besi dalam darah. Keadaan ini akan menyebabkan penyakit anemia (penyakit berkaitan kekurangan hemoglobin dalam darah). Hal ini dilaporkan oleh Kerry Neville dari Chicago Tribune pada 24 September 2001. Justeru, secara umumnya, mereka yang berpuasa tanpa mengabaikan sahur, tidak akan mendapat kemudaratan daripada puasa mereka berdasarkan kajian itu. Lebih daripada itu, bersahur adalah ibadah kerana ia adalah sunnah dan waktu sahur juga masa yang dipenuhi keberkatan.

“Katakanlah, Mahukah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik daripada yang demikian itu? Bagi mereka yang bertakwa, ada syurga di sisi Tuhan mereka yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal dalamnya. Mereka juga dikurniakan isteri-isteri yang suci serta mendapat keredaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (Iaitu) orang yang berdoa, Ya Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah dosa kami dan peliharalah kami daripada seksa neraka. (Merekalah) orang yang sabar, yang benar, yang taat, yang menafkahkan hartanya di jalan Allah dan yang memohon ampun pada waktu sahur.”
:: Surah Ali Imran, ayat 15 - 17 ::

Tatkala Hujan Membasahi Bumi

Pulang dari kerja semalam, hujan sepanjang jalan. Awal perjalanan hujan masih terkawal, tapi dah dekat dengan Shah Alam, hujan selebat-lebatnya dan suasana semakin gelap ... mulutku tidak henti-henti berselawat kerana ketakutan ... jalan juga bertambah sesak di ketiga2 lorong kerana pergerakan kereta amat perlahan... namun Alhamdulillah selamat juga sampai ke rumah.
Rancangan makan di luar bersama 2 orang adikku tidak kesampaian ... Milah dan suaminnya mencari penginapan di Klang kerana Milah tidak berani memandu bersama anaknya dlm keadaan malam n hujan lebat. Perancangan awal selepas menghantar suaminya ke hostel penempatan peserta, dia akan bermalam di rumahku. Sementara Padil yg memulakan perjalanan pukul 3 ptg dari Sg Petani hanya tiba di rumahku pukul 11 malam juga akibat hujan sepanjang perjalanan.

Kul 9.30 mlm, kami tiga beranak keluar makan di Restoran D'Orange. Restoran kegemaran kerana suasananya yg santai, makan sambil bersila dan banyak koleksi buku dan majalah2 utk tatapan sementara menunggu hidangan siap.Tak payah order, pelayan dah tahu apa yg kami mahukan, tentunya tomyam campur, daging masak merah, kailan ikan masin dan telur dadar. Mungkin sebab kesejukan, semua makanan selamat dalam perut kami. He..he... tak elok membazir ...

Wednesday, August 27, 2008

Ceritaku

Rasanya dah agak lama tidak berceloteh di sini ... sebelum ini sekadar mengambil sisipan ilmu dari pelbagai sumber. Ada banyak yg ingin dicoretkan, tapi bagaikan ada sesuatu menganggu kelancaran utk berbahasa.

Pilihanraya di Permatang Pauh baru sahaja berakhir. Kemenangan seperti yg diramalkan berpihak kepada Parti Keadilan Rakyat dengan majoriti yg agak besar. Tak perlu disebut angka kemenangan, pastinya semua orang mengikuti perkembangan pilihanraya dari awal lagi. Cuma satu harapan kita, moga kemenangan ini menjadi sinar bagi kita rakyat jelata mendapat kehidupan yang lebih baik di masa hadapan.

Setelah diberi cuti rehat selama 2 hari, kesihatan abg makin bertambah baik. W/pun masih tidak sepenuhnya, tapi abg sudah berupaya utk menunaikan kewajipan kepada anak bangsa yg tentunya sentiasa dahagakan ilmu yg baru.

Malam ini juga rumahku pasti meriah dengan kehadiran 2 org adikku, Milah dan Padil. Milah dan si kenit Najmi menumpang bermalam di rumah kerana menghantar suaminya ke Klang yg akan menyertai sukan lompat tali di Kelang. Padil pula dalam perjalanan dri UITM Sg Petani utk menghadiri mesyuarat di UITM Shah Alam keesokannya.

Insyaallah, kami semua akan makan malam di luar, abg belanja.

Mungkin Esok Ajal Kita

Sebuah petikan dari http://www.iluvislam/ yang amat menyentuh hati.

AKU BIMBANG

Aku bimbang. ... sangat bimbang ..
Bagaimanakah kalau esok..aku mati mendadak?
Sembahyangku masih banyak..yang belum terqada'
Ingin membayar puasa yang tertinggal..masih belum aku bertindak
Hutangku masih berlambak-lambak.
Finance keretaku belum lagi lunas tertunai
Hutang bank rumahku masih belum selesai
Kewajipanku masih banyak yang terbengkalai.
Aku bimbang..sangat bimbang..
Apakah aku akan diberi VIP
Welcome di alam barzakh oleh Munkar dan Nankir dengan senyuman bermanis wajah
Atau apakah aku akan dibelasaholeh pembengis-pembengis di alam barzakh ?
Apakah aku dapat menahan sakit
Bila ular kubur datang menggigit
Kerana sembahyangku yang amat sedikit
Aku bimbang..sangat bimbang..
Isya’ masuk..ayah ke surau menyembah Allah SWT
Aku depan tv menonton AKADEMI FANTASIA,
Ayah bertasbih, bertahmid..berzikir memuji Tuhan
Aku terjerit²..
MENYOKONG PESERTA REALITI TV YANG SIA-SIA.
Ayah menggunakan masa mencari redhaan Tuhan
Tapi aku masih berpoya-poya seperti NYAWAKU PANJANG LAGI.
Kalaulah besok subuh Izrail datang bertandang
Bagaimanakah nasibku..setelah dunia aku tinggalkan?
Aku bimbang..amat bimbang
Imanku masih terumbang-ambing
Ketika aku di dalam kubur..adakah orang yang akan mendo'akan?
Siapa akan menyedekahkan bacaan Yasin dan surah-surah Al-Qur'an
Buat meredakan siksa kubur yang datang tanpa kasihan
Nasibku di bawah tanah..
adakah siapa yang akan mengenangkan?
Hilang aku dari pandangan..
hilanglah aku dalam kenangan.
Jadi..kenapa aku kurang berusaha menyiapkan bekalan?
Supaya di kubur nanti aku diberi VIP Welcome.
Aku bimbang..sangat bimbang..
Amal ibadahku sangat berkurang !
WAHAI MANUSIA ... taubatlah engkau dari sekarang
Tinggalkanlah padang bola..
TINGGALKAN HIBURAN MELAMPAU dan pergi ke masjid seperti orang lain.
Qada'lah sembahyangmu yang tertinggal, bayarlah puasamu
Berhentilah menjadi sahabat syaitan
Agar hidupmu mendapat keredhaan
Sebelum engkau kembali ke ALAM BARZAKH

Cukup bermakna peringatan ini. Mengingati mati sungguh menginsafkan. Lebih-lebih lagi, bila melihat yang ‘pergi’ itu sahabat sendiri. Terasa bagai diri ini pula bakal dijemput sebentar lagi. Rasa cuak menyelubungi hati bila membayangkannya. Teringat saya pada tulisan Imam Al-Ghazli dalam kitab Bidayatul Hidayah menyebut:
Dan janganlah engkau panjangkan angan-anganmu, kelak engkau merasa malas berbuat ibadat.
Katakan di dalam hatimu setiap hari:

“Bersabarlah engkau hari ini, mungkin engkau akan mati pada malam nanti dan bersabarlah malam ini, mungkin engkau akan mati pada esok pagi kerana mati tidak datang pada masa yang tertentu dan dalam keadaan yang tertentu dan ataupun pada umur yang tertentu. Kematian pasti akan datang. Oleh itu, bersiap-siap untuk menghadapinya adalah lebih utama daripada bersiap-siap untuk mendapatkan kebahagiaan dunia. Bukankah engkau memang sudah mengetahui bahawa engkau tidak akan lama hidup di dunia ini? Barangkali umurmu hanya tinggal satu hari atau hanya sekali bernafas sahaja lagi

Keinsafan menguasai diri. Kini, yang perlu diamati,ialah amal. Amal yang IKHLAS perlu ditingkatkan, taubat mesti diperbanyakkan. Meninggalkan dosa harus dilakukan agar diri tidak mendapat azab Ilahi. Ayuh bersama kita perbaiki diri sebelum diri dijemput Ilahi. Moga kita semua mendapat naungan rahmat-Nya. Amin.

Petua Mendidik Anak-Anak

Hati anak-anak kecil adalah suci laksana mutiara yang berharga, indah, bersih dari segala gurisan dan bentuk. Ia akan menerima apa saja yang di buat terhadapnya. Jika dibiasakan itu dengan perbuatan-perbuatan baik yang diajarkan kepadanya, ia akan besar dalam keadaan itu, sehingga berbahagialah kehidupannya dunia dan akhirat. Kedua ibu bapa, guru pendidik dan semua orang yang turut mengasuhnya akan bersyarikat dalam mendapat pahala dari Allah Taala.
Sebaliknya, jika anak-anak itu dibiasakan dengan perbuatan-perbuatan yang jahat dan dicuaikan pendidikannya seperti kehidupan binatang yang terbiar, tentu sekali ia akan menjadi celaka dan binasa, dan dosanya turut terpikul ke atas pundak walinya atau penanggungjawabnya. Allah Taala berfirman:“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka. (At-Tahrim: 6)

PENDIDIKAN ANAK-ANAK DI PERINGKAT AWAL
Kedua-dua ibu bapa yang bersungguh-sungguh untuk melindungi anak-anak mereka dari api dunia perlu mengetahui bahawa melindungi mereka dari api akhirat adalah lebih penting dan lebih utama lagi. Cara melindungi anak itu ialah dengan memberinya pendidikan yang baik dan membiasakannya dengan segala akhlak dan budi pekerti yang terpuji, memeliharanya daripada pergaulan dengan kawan-kawan jahat. Ibu bapa jangan sekali membiasakan anak-anak dengan kesenangan yang berlebih-lebihan ataupun mengikutkan kemahuan anak-anak dalam serba serbi kemewahan dan perhiasan diri, kelak anak-anak itu akan menghabiskan umurnya berkecimpung dalam menuntut kemewahan dan kesenangan. Ini akan menarik mereka kepada kebinasaan yang berterusan.Yang paling perlu sekali, ibu bapa harus memerhati pendidikan anak-anak sejak mula-mula pertumbuhannya. Mereka tidak mengupah orang untuk mengasuh atau menyusukan anak, kecuali setelah dikenalpasti dia seorang perempuan yang soleh, baik urusan agamanya dan makan hanya yang halal sahaja.
Apabila dilihat ada tanda tamyiz (kepandaian) pada anak itu, maka hendaklah dia memperketatkan lagi pengawasan terhadapnya. Permulaan tanda-tanda tamyiz ialah tumbuhnya sifat malu pada diri. Sebab itu ia sudah pandai malu dan meninggalkan sebahagian dari kelakuan-kelakuan yang tertentu, maka itulah tanda-tanda tertibnya cahaya pemikiran di dalam akalnya. Dan ini juga adalah gejala-gejala baik yang menunjukkan bahawa akhlak anak itu telah lurus, dan hatinya telah bersih.Anak yang pemalu tidak seharusnya dibiarkan begitu saja, malah hendaklah ia dibantu dengan menambah lagi pendidikan dalam sikap malunya dan tamyiznya.

ASAS-ASAS PENDIDIKAN UNTUK ANAK-ANAK
1.Asas adab makan untuk anak-anak
Sifat yang mula-mula akan menonjol pada anak-anak, ialah kegelojohan dengan makanan. Ia harus dididik dengan cara-cara dan adab sopan menghadapi makanan iaitu:
a. Jangan mengambil makanan melainkan dengan tangan kanan sahaja.
b. Membaca Bismillah apabila mula menyuap makanan
c. Jangan tergesa-gesa mengambil makanan sebelum orang lain mengambilnya.
d. Jangan meliarkan pandangan kepada makanan, ataupun meneliti muka orang yang sedang makan.
e. Jangan terlalu cepat atau gelojoh apabila makan.
f. Mengunyah makanan baik-baik sebelum telan.g
g. Jangan sampai mengotorkan tangan dan pakaian dengan makanan itu.
h. Membiasakan makan roti tanpa lauk-pauk pada sesetengah waktu, supaya seleranya tidak memandang wajib adanya lauk-pauk dalam makanan.

Ibu bapa harus mengingatkan anak-anak, bahawa banyak makan itu sifat yang tercela, dan orang yang suka makan banyak mempunyai tabiat yang buruk. Dan ibu bapa hendaklah memuji anak yang pandai menjaga adab dalam menghadapi hidangan makanan, dan anak yang makannya sedikit.Ibu bapa juga harus membiasakan anak-anak, supaya suka mendahulukan orang lain dalam hidangan makanan dan selalu bersikap puas dengan makanan yang ada saja, yakni tidak terlalu cerewet.2.

Asas adab pakaian untuk anak-anak:
Ibu bapa harus tidak menggalakkan anak-anak lelaki memakai pakaian yang berwarna-warni, ataupun memakai pakaian sutera dan menyatakan kepada mereka, bahawa pakaian berwarna atau sutera itu adalah pakaian kaum wanita, ataupun pakaian orang pondan. Orang lelaki harus merasa malu apabila memakai pakaian serupa itu. Hal ini hendaklah diingatkan kepada anak-anak itu berulang kali. Perlihatkan rasa tidak senang jika anak lelaki itu suka mencuba-cuba pakaian menyerupai perempuan.

Asas adab pergaulan anak-anak
Hendaklah ibu bapa memelihara anaknya daripada bercampur-gaul dengan budak-budak yang telah dibiasakan dengan kehidupan bersenang-lenang dan bermewah-mewahan atau memakai pakaian yang indah-indah. Ibu bapa juga harus melindungi anak-anaknya dari orang yang memperdengarkan kepadanya sesuatu yang tidak baik. Sebab apabila anak itu tidak dikawal sejak dari mula, nescaya ia akan dikuasai oleh berbagai-bagai sikap yang rendah, seperti buruk budi pekerti, pendusta, pendengki, pencuri, suka meminta dengan paksaan, suka menjaga tepi kain orang, banyak tipu daya dan suka membuat sesuatu yang tidak berguna. Maka seharusnya anak itu diberikan perlindungan dari segala sifat tadi, iaitu dengan jalan mendidiknya dari permulaan pertumbuhannya.

Asas agama untuk anak-anak
Anak itu hendaklah dihantar ke sekolah supaya dia belajar al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w., mendengar cerita-cerita para salihin dan sejarah kehidupan mereka agar tertanam dalam hatinya kecintaan terhadap orang-orang yang mulia itu. Hendaklah ia dijaga supaya tidak membaca atau mendengar lagu-lagu yang melukiskan gambaran asyik masyuk dan orang-orang bercinta-cintaan, kerana ini akan menumbuhkan benih-benih kerosakan di dalam dirinya.

Teknik pendidikan akhlak
Apabila terlihat budi pekerti dan kelakuan anak yang terpuji,maka hendaklah dia dimuliakan dan dibalas dengan sesuatu yang boleh menggembirakan hatinya dan dipuji kelakuannya yang baik itu di hadapan orang ramai. Tetapi jika ia terlanjur sesekali dalam sesetengah perkara, maka hendaklah berpura-pura terlupa atau tidak nampak akan kelakuannya yang salah itu. Jangan sekali-kali memalukan anak itu atau membuka rahsianya, dan janganlah menampakkan kepadanya, bahawa ada orang lain yang berani melakukan sepertinya. Terutama sekali apabila anak itu telah mencuba untuk menutup keaibannya, dan bersungguh-sungguh cuba menyembunyikan kesilapannya. Sebab membuka rahsianya mungkin akan menimbulkan perasaan tindak balas anak itu, sehingga ia menjadi berani mengulangi kelakuan yang salah itu, meskipun diancam untuk didedahkan kesalahan itu kepada orang ramai. Tetapi sekiranya ia mengulangi lagi perbuatan salah itu bagi kali kedua, maka sebaiknya hendaklah ia ditegur secara rahsia dan menyatakan, bahawa perkara yang dibuat itu tidak patut dibuat oleh seseorang sepertinya.
Kemudian hendaklah ia diingatkan sekali agar jangan kembali melakukan perkara seperti itu lagi, kerana akan memalukan dirinya jika diketahui orang. Apabila menegur anak, janganlah terlalu banyak mencelanya pada setiap waktu, sebab ini akan menyebabkan telinga si anak menjadi tebal (tidak mengendahkan segala celaan itu). Dia akan terus berani membuat kesalahan dan segala nasihat yang dihamburkan kepadanya tidak akan meninggalkan apa-apa kesan di dalam hatinya.Haruslah seseorang ayah dan ibu itu bijak mengendalikan cara-cara berbicara dengan anaknya. Ia tidak menegur atau memarah anaknya melainkan pada masa-masa yang tertentu. Bagi ibu pula harus pandai memainkan peranannya, iaitu dengan mengingatkan si anak supaya bersifat segan kepada ayah dan menegahnya supaya menjauhi segala kelakuan yang buruk.

Tuesday, August 26, 2008

Perihal Tidur dalam Islam

Cara tidur yang diamalkan oleh Rasullullah:
1) Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.
2) Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.
3) Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
4) Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.

Waktu yang tidak dibenarkan tidur:
1) Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
2) Selepas masuk waktu Asar.
3) Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan.

Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:
1) Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
2) Merosakkan warna kulit.
3) Melemahkan jantung.
4) Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
5) Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
6) Melemahkan kecerdasaan akal.

Cara menghindarkan lesu selepas bangkit dari tidur:
1) Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
2) Hindarkan dari tidur lewat malam.
3) Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil.
4) Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur.
5) Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
6) Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.

Amalan-Amalan Dalam Islam

Untuk renungan bersama-sama, mungkin boleh dijadikan panduan hidup seharian.
Saya memperoleh perkara-perkara ini daripada kawan-kawan yang menyampaikannya. Namun kebenarannya bolehlah dirujuk kepada pihak yang lebih arif. Hanya sekadar untuk pengetahuan bersama.

Larangan terhadap kebiasaan yang boleh merosakkan kesihatan:

1) Mandi setelah makan.
2) Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan berdukacita.
3) Berada dalam keadaan terl alu lapar.
4) Berjaga malam selain dari qiamullail.
5) Memakan daging yang tidak disembelih mengikut hukum Islam.

Faktor yang menguatkan tenaga tubuh badan:

1) Memakan daging.
2 ) Selalu menghidu bau-bauan yang sedap.
3) Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak.
4) Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas.
5) Mandi dalam keadaan perut yang sederhana, tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang.
6) Memakan makanan yang agak manis.

Faktor yang boleh mendatangkan penyakit:
1) Bercakap banyak.
2) Tidur banyak.
3) Makan banyak.

Faktor yang boleh melemahkan badan:
1) Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
2) Banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri.
3) Banyak memakan makanan yang serba masam.

Supaya badan sentiasa sihat:
1) Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke dalam air sejuk (masak).
2) Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk.

Bagi menambahkan kecerdasan akal:

1) Tinggalkan dari bercakap kosong.
2) Sentiasa bersugi.
3) Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.

Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atau minuman, hendaklah anda tenggelamkan keseluruhan badannya ke dalam makanan atau minuman itu, kemudian ambil dan buangkan lalat itu. Ianya tidak racun lagi/sudah selamat digunakan. Ingat, jangan membazir, orang yang membazir itu adalah saudara atau sahabat syaitan.

Faktor yang membawa kepada pelupa/lemah daya ingatan dan kefahaman:

1) Melihat pekara-pekara yang haram.
2) Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
3) Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur semut.
4) Tidak membaca Al-Quran.
5) Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram.
6) Mengumpat dan mengata.
7) Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
8) Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
9) Terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
10) Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.

Larangan dan peraturan selepas makan:
1) Di larang keras tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati.
2) Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah.
3) Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam.

Jangan minum air selepas perkara berikut untuk kesihatan badan:
1) Selepas bersenam, bersukan atau melakukan kerja-kerja berat.
2) selepas makan atau sebelumnya.
3) Ketika sedang makan.
4) Selepas memakan buah-buahan.
5) Selepas keluar dari bilik mandi.
6) Ketika terjaga dari tidur.


Perkara yang melemahkan tenaga dan mempercepatkan tua:
1) Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.
2) Banyak minum air di waktu pagi.
3) Banyak memakan atau meminum yang seba masam.

Sebab utama ditimpa penyakit jantung:

1) Merokok yang berterusan.
2) Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).
3) Kurang tidur.
4) Sentiasa mandi di tengah malam.
5) Melakukan kerja secara berterusan.

Faktor yang membawa lemah daya penglihatan:

1) Melihat kepada benda-benda kotor.
2) Melihat kepada palang/salib.
3) Duduk dengan membelakangkan kiblat.
4) Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram.
5) Banyak menangis.

Monday, August 25, 2008

MC 2 Hari

Abang call bagitau dapat MC 2 hari. Ikmal pun tak pergi sekolah hari ni sebab abang tak larat nak hantar dan jemput balik. Ehm... dah dua hari la Ikmal ponteng, last friday ponteng sebab balik kampung.

Buat abang, selamat berehat dan semoga cepat sembuh.

Semoga Cepat Sembuh

Masuk hari ke-4 abang sakit tekak dan batuk2 ... seminggu sepanjang cuti sekolah asyik meneguk air coke sahaja, mungkin antara penyebabnya ... malam Jumaat mula mengadu tekak perit dan tak selesa ...

Dalam perjalanan balik kampung, abang berhajat makan nenas ... akibatnya lepas makan nenas, suara hilang dan batuk menjadi2. Dah diberi minum air asam, tapi tak mujarab. Ubat batuk, ubat sakit tekak ... semuanya tak berkesan.

Bila malam membawa ke Subuh ... batuk makin menggila menyebabkan aku sendiri tak lena tidur ... kejap ambikkan air suam, sapukan bam, minyak angin dan bermacam2 minyak lagi ...

Baru terima sms, abang pergi klinik kerana sakit dada dan kepala ... harap tak ada apa2 ...
Sepanjang hampir 8 tahun usia perkahwinan kami, abang amat jarang dihinggapi penyakit ... semoga kali ini daya tahannya masih bertahan ... papa ..... i luv u very much , kuatkan semangat yer sayang .....

Hari Wanita Kebangsaan

25 Ogos 08, selamat menyambut Hari Wanita Kebangsaan buat semua wanita di Malaysia ... teristimewa buat ibuku, ibu mertua, kakak2 dan adikku Milah ... yg juga menyambut ulang tahun hari ini ...

Tidak dilupakan saudara mara, sepupu dan kawan2 yang dikasihi ... ingatlah "tangan yang menggoncang buaian, boleh menggoncang dunia" ... semoga menjadi wanita solehah dan ibu mithali ...

Wednesday, August 20, 2008

Melaka Bandaraya Bersejarah

Lokasi percutian yang kami kunjungi selepas mula berkhidmat di MOF awal June 2008 adalah Melaka Bandaraya Bersejarah. Kebetulan waktu itu tengah berlangsung Pesta Air di Sg Melaka, so banyak aktiviti menarik yang disediakan untuk para pengunjung.

Berkunjung kembali ke Melaka selepas menamatkan zaman persekolahan menggamit pelbagai memori indah. Melaka pastinya destinasi wajib untuk dilawati kerana masa itu tidak banyak lokasi menarik untuk dilawati, tidak seperti sekarang.








Gambar-gambar di dalam Muzium Samudera yang merupakan replika kapal Flor de La Mar yang dibina pada awal tahun 1990



Menara Taming Sari, hanya sesi bergambar sahaja sebab gerun tengok ia berpusing 360 darjah dan perlahan-lahan naik ke atas, lagipun we all memang gayat dengan ketinggian.
Menara Taming Sari nampak dari kejauhan, sewaktu di puncak bukit di Kota A'Famosa.

Dengan bayaran rm5 seorang, kami berpeluang menaiki bot menyusuri pesisiran Sg. Melaka.
Bilik penginapan kami adalah berhadapan Eye On Melaka dan Uptown Melaka, suasana malam sangat meriah kerana banyak aktiviti di sana berlangsung sehingga pukul 2 pagi. Peluang menaiki Eye On Malaysia juga pasti tidak dilepaskan, apatah lagi harga tiket jauh lebih murah berbanding Eye On Malaysia di Tasik Titiwangsa.
Tapi visual kurang memuaskan kerana gambar diambil ketika sudah menghampiri waktu maghrib.





Tiara Beach Resort, PD

Posing dulu di Teluk Kemang sebelum meneruskan perjalanan ke hotel.


Mak dan ayah mertua sakan bergambar, tapi tak mandi pun.

Awal pagi, aku dan abang asyik berkaraoke, rupanya imal keluar main air dengan Pak Usunya tanpa menukar pakaian tidur.

Gambar di apartment sebelum balik.



Satu Malam Di Costa Rica PD


Pemandangan kolam renang dari Tingkat 8, semua orang dah tak sabar nak main air.








Hujai renyai, hanya dapat meluangkan masa sebentar cuma di kolam renang.