Friday, September 12, 2008

Jawapan Tag Untuk TulipMerah

Hari ni saya tak de mood. Mengantuk sebab tidur lewat, dalam pukul 2 pagi. Temankan abang tengok movie di Astro Kirana, tapi saya tak tengok sangat pun, teman sembang jer. Masa bangun sahur, rasa di awang-awangan. Lepas sahur, saya sambung lena sekejap, akibatnya bangun pagi agak kelam kabut, jalan jem dan saya lewat 15 minit sampai ofis.

Paper Dana Khas belum sampai ke tangan saya lagi, bolehlah saya jawab tag dari tulip merah:

3 perkara tentang Ramadhan:
1) Berikan pendapat mengenai Pasar Ramadhan di tempat anda.
Rumah saya berhampiran dengan Pasar Ramadhan di Stadium Shah Alam, so memang banyak pilihan, sampaikan saya tak tahu nak yang mana satu. Tapi saya cuma ke sini waktu hujung minggu sahaja. Kalau hari bekerja juadah berbuka puasa suami saya beli di Seksyen 17 sebab dekat jalan keluar dari tempat kerjanya.

2) Apa yang anda suka di bulan Ramadhan yang tiada di bulan lain.
Tentunya solat Terawih. W/pun saya selalu buat sendiri di rumah, tapi inilah keistimewaan yang tiada di bulan lain. Rumah saya berhampiran surau, saya teringin membawa anak saya ke surau, tetapi saya maklum anak saya kalau jumpa kawan2, nanti dia lupa dunia, bising dan tak makan saman. Dan di bulan ni juga saya akan berusaha mengkhatamkan Al'Quran.

3) Siapa anda di bulan Ramadhan ini
Masih seorang anak, isteri dan ibu serta hamba-Nya yang sentiasa berusaha menjadikan hari ini lebih baik dari hari semalam

3 perkara tentang Syawal
1) Keutamaan Syawal saya untuk ...
Pastinya untuk anak dan suami ... serta keluarga di kampung.

2) Dengan suasana ekonomi sekarang, adakah ianya akan menjejaskan syawal anda?
Mungkin ada, tetapi tidak begitu disedari kerana kami mengamalkan kesederhanaan dan ikut kemampuan masa kini.

3) Visi selepas Syawal
Ada rezeki, mungkin melanjutkan pengajian dalam bidang pendidikan dan menambah zuriat.

No comments: