Sunday, September 14, 2008

14 Ramadhan

Tak ada apa yang menarik untuk hari ini. Mak dan ayah mertua tak jadi datang umah, sebab ada adik beradik abg yg lain balik kampung.

Macam biasa pagi Ahad, kami akan mengunjungi pasar stadium. Tak ade perancangan untuk membeli belah, sekadar cuci mata, tapi akhirnya sehelai tikar buluh sarawak dan 2 helai baju t-shirt kubawa balik. Sehelai untuk adik di kampung dan sehelai untukku.

Petang, abang touch-up cat semalam. kemaskini mana2 yg kurang ... ikmal layan TV dan aku lena diulit mimpi ... he..he... layan mata beb! Untuk buka puasa, masak nasi saja, lauk pauk aku beli di Cafe Ami, TTDI Jaya. Menu terubuk bakar, masak asam pedas, kerabu mangga dan daging masak kicap. Untuk supper, ada mee kari.Gi sorang2 je sebab abang penat.

2 comments:

Tulip Merah said...

pegi jugak pasar stadium? larat betul korang ni...

seroja-08 said...

tak larat ... panas giler ... rasa nak teguk 100+