Thursday, September 30, 2010

Kelas Beku

Kelas dibekukan lagi hari ini ... so maknanya guru kelas perlu berada di kelas sendiri sepanjang masa ... ramai guru tiada kerana menyertai lawatan ke Kuala Lumpur, berkursus dan cuti sakit ... kebetulan cuaca hujan sejak awal pagi lagi ... kedatangan murid juga nampaknya kurang memberangsangkan.

Apapun hari ini aku bernasib baik ... kebetulan ada 3 subjek untuk hari ini diajar oleh guru yang tidak pegang kelas ... jadilah banyak la sedikit masa senggangku ... sambil menyiapkan buku adab, aku teringat blog yang sudah lama dilupakan ...

kay ... nak siapkan tanda buku dan buku adab yang masih berbaki ...

Kembali

Rasanya dah terlalu lama rumahku ini dibiarkan kosong tanpa sebarang catatan ... banyak yg ingin kuabadikan ... tapi entahlah ... jari seakan kaku dan idea seakan ketandusan ...

Alhamdulillah ... kini sudah memasuki bulan ke-10 aku bergelar guru ... dalam pahit dan getir, tetap banyak manisnya. Aku bersyukur kerana diberi kesempatan untuk mencurahkan sedikit bakti buat anak bangsaku ... walau kehadiranku mungkin tidak memberi impak yang besar kepada warga SKBJ ... namun aku pasti masih banyak ruang untuk aku berbakti selagi terdaya ...

selepas ini ... insyaallah ... walau kekangan masa ... aku tetap ingin membuat catatan sebagai kenangan di masa akan datang ...

Tuesday, August 31, 2010

Salam Ramadhan dan Salam Kemerdekaan yg ke-53

Salam Merdeka untuk semua. Tahun 2010 ini kita menyambut hari kemerdekaan yang ke - 53 dalam bulan Ramadhan. Tema tahun ini ialah "1 Malaysia Menjana Transformasi". Sebagai rakyat Malaysia seharusnya kita tau serba sedikit sejarah negara kita, apa makna sebuah negara tanpa sejarah. Moga negara kita sentiasa berada dalam keadaan aman sejahtera hendaknya...Elak kan lah dari persengketaan terutama yang bersifat2 perkauman.. Dengan nama Allah s.w.t , kita laungkan dengan penuh semangat.

Merdeka bukan sahaja membebaskan diri dari penjajahan ... memang luas skop kemerdekaan ini ... tapi bagi aku, aku bernekad sempena bulan yang mulia ini untuk membebaskan diri daripada unsur2 negatif dalam diri yang masih membelenggu diri selama ini ... kemalasan, sifat bertangguh2, tidak fokus, cepat marah dan naik tangan terutamanya dengan anak sendiri dan lain2 penambahbaikan yang perlu kupertingkatkan ... insyaallah ...

Sunday, May 16, 2010

Facebook | Jamaayah Abdul Rahman

Facebook Jamaayah Abdul Rahman:

GURU ...
Dalam ajarnya ada harapan,
Dlm tegurnya ada doa,
Dlm marahnya ada sayang,
dlm tawa ada mesranya,
dlm tangannya kita TERBINA!

SELAMAT HARI GURU buat guru2ku di SK Parit 9, SAM pekan Psr Panjang, SAM Rawang & SAMT KKB ...
juga buat rakan2ku yang kini bergelar GURU ....
tidak lupa buat warga KPLI-IPGMKBM-2009 ... dan warga guru SKBJ - Guru Jutawan Akhirat

Monday, May 3, 2010

Coretanku

Kini sudah masuk 5 bulan aku bergelar guru lepasan KPLI. Banyak jerit dan peritnya bergelar seorang guru ini ... bukan sekadar mengajar tapi juga mendidik ... bukan setakat mendidik anak murid ... malahan mendidik diri sendiri ke arah model yang terbaik utk jadi ikutan.

Kalau dahulu aku selalu terfikir betapa seronoknya bergelar guru ... boleh kerja sekerat hari ... tapi kini setelah menceburi alam pendidikan ini ... baru kusedari betapa besarnya pengorbanan seorang guru ... dan setelah dibekalkan dengan buku 'Guru Jutawan Akhirat' ... ketahuilah di saat segala keperitan ini ... banyak kemanisan yang menanti di akhirat nanti.

Thursday, April 15, 2010

KUNING tetap Juara

Berakhirnya Sukan Tahunan SKBJ ... dan Rumah Kuning @ Temenggung berjaya mengekalkan kejuaraannya buat kali kedua. Juara keseluruhan, wakil Olahragawan dan Olahragawati, Johan Perbarisan dan tempat ke-3 hiasan khemah. Tahniah buat anak2 muridku dan guru2nya yang bertungkus lumus sebelum ini.

Gambar2 sekitar temasya dilangsungkan.


Saat2 indah menjulang piala kejuaraan.




Ros, Kak Saidatul, Izan dan kak Kathy


Guru2 penyokong kuat rumah Kuning ...



berkongsi kegembiraan ...
Gambar sekitar perbarisan ...













juga ... johan Tarik Tali mengalahkan rumah Hijau ...

Wednesday, April 7, 2010

Sukan SKBJ

Lama tak menjenguk umah sendiri ... dilanda kemalasan yang melampau ... ditambah dengan keletihan kerana sibuk dengan Sukantara, saringan dan sebagainya lagi ... menghilangkan mood dan keghairahanku utk mencatat di blog ini ...

Ahad ni ... berlangsungnya Sukan Tahunan bagi SKBJ ... dan tugasan yang diamanahkan sebagai pengurus pemenang ... ehm ... tu lebih baik daripada tugasku sepanjang minggu ini ... sebagai pengurus peserta utk Tahun 4,5 dan 6. Kebetulan rakan setugas yg merupakan Ketua Rumah Kuning sibuk dengan mesyuarat ... terpaksa minta tolong guru2 yg lain.

Sukantara selama 2 hari ni ... rumah Kuning berada di tangga kedua ... esok final untuk 200M Tahun 5 dan acara tarik tali. Radzi masih kena quarantin siapkan data ... so sekali lagi aku diamanahkan untuk jadi pengurus peserta rumah Kuning ... harap Kuning tetap bersinar secerahnya tahun ini seperti tahun lepas ... Kuning ... Kami datang, Kami gempur ... Kami juara.

Thursday, March 11, 2010

Salam

Lama rasanya tak mencoret kat rumah kesayanganku ini ... nak kata bizi sangat ... ehm.. kira bolehlah ... baru lepas mesyuarat PIBG dan sekarang minggu exam UB1. Dan nampaknya tahun ni sibuk sikit selepas dilantik sebagai AJK PIBG. Insyaallah aku akan memegang S/U Biro Media dan ICT.

esok juga hari terakhir untuk UB1 dan minggu persekolahan ... pas ni mula bercuti seminggu ... insyaallah semua kertas2 penulisan BM aku angkut sekali balik kampung.

Sunday, February 21, 2010

Aktiviti Hari Ini

Memandangkan cuti dah hampir ke penghujung ... aku merajinkan diri mengemas rumah apa2 yang patut ... mop lantai ... kerjakan bilik air ... lipat kain baju ... dan lain-lain. Hubby lak ... lepas solat Subuh dan tengok berita ... terus cuci kereta ... yg bestnya hubby cucikan kereta mama sekali ... ehm ... ni yg bertambah2 sayang ni ...

Siap berkemas ... operasi kat dapur lak ... masak dan makan ... dah lewat tengahri ... kitaorg berkejar sekejap ke pasar stadium ... ada benda yang nak dicari ... tapi tak de ... sudahnya dalam takde duit ... 2 helai tudung aku sapu ... sorry papa ...

dan hari ni antara kenangan terindah ... tengah khusyuk pilih poster yang menarik untuk kelas ... aku terdengar satu suara yg sudah lama tak kudengari, tetapi masih kuingati ... suara Kak Hawa ... salah seorang kenalan rapat/kawan karib/kakak angkat semasa aku menjadi guru sandaran 13 tahun dahulu ...

dahulunya, kami sama2 guru sandaran di SK Sg Plong dan SK Merbau Sempak ... kemudian aku mendapat tawaran belajar di UPM dan kak Hawa mengikuti diploma pendidikan di Miri Sarawak. Sejak dari itu, kami hanya berutus surat dan bertemu semasa majlis perkahwinanku. Kami pernah bertembung sekali lagi ... tetapi dalam keadaan tergesa2 hingga tak sempat bertukar alamat. Insyaallah ... semoga pertemuan hari ini menjadi titik awal tautan kemesraan kami semula ...

Selepas tu, aku ke Kompleks PKNS Shah Alam ... bayar duit kereta ... dah nak masuk 2 bulan tak bayar kereta ... konon nak tunggu gaji ... sebab hari tu kerani tu bagitau gaji masuk bulan 2, lewat seminggu dari yang lain. tunggu punya tunggu ... tak masuk gak ... terpaksa la perabih saki baki duit nak bayar kereta ... sebelum harta kesayanganku itu berisiko kena tarik ... ehm ...

Dari Kompleks PKNS, terus ke rumah kak Wati ambik langsir yang ditempah tempohari ... satu keping rm5, so 6 keping kena bayar RM30 ... kira murah la tu sebab tu sanggup berkejar ke Alam Megah.

Memandangkan petang nanti hubby ada janji nak ke Hospital Putrajaya melawat isteri Rozamri yang masuk ICU sebab asma, balik rumah Kak Wati terus ke SKBJ untuk pasang langsir kelas ... nak harap aku pasang sendiri ... tak cukup ketinggian la pulak w/pun dah panjat meja ...

Balik rumah sekejap ... tunaikan solat Zohor yg nak sampai ke penghujung, kami terus ke Putrajaya ... dah ramai kawan2 hubby berkumpul depan lobi ... lama tak jumpa Sofi, Kak Piah, wife Hanafi dll ... sejak masuk KPLI ... xtvt cuti2 Malaysia yang biasanya diatur tiap kali cuti sekolah ... dibekukan sementara waktu ...

Masa melawat ... kesian dengan Rozamri dan babynya yg baru berumur 3 bulan ... bila lihat keadaan isterinya yang direhatkan dan diberikan bantuan pernafasan ... apa yg aku dengar, masuk hospital sejak Khamis, tapi keadaannya dah beransur pulih ... malahan semalam sudah boleh berbual ... tapi pagi tadi sesak nafas kembali ... dan dimasukkan ICU. Insyaallah semuanya akan bertambah baik dan baik ...

Malam rasa penat sangat ... dan masih ada kerja2 sekolah yang tertangguh ...

Saturday, February 20, 2010

Menghias Kelas

Ari ni aku ke sekolah bersama Ikmal ... mengemas balik kelas selepas operasi mengecat semalam ... langsir baru belum ambil lagi ... jadi hari ni cuma susun meja, sapu sampah, pasang border, poster dan hiasan kelas.

Ikutkah hubby, suruh pasang balik langsir lama yang aku dah basuh ... tapi rasa tak sdap hati lak ... sebab dah janji dengan anak murid nak tukar langsir dan cat baru.

Banyak kali pasang ... buka ... pasang ... buka ... tapi border yg aku pasang masih senget benget ... walaupun aku dah ikut line pemisah cat atas & bawah ... aku call hubby dan hubby setuju nak datang lepas habis mesyuarat PIBG kat sekolah dia ... hubby datang siap bawa benang dan tali tape lagi ... tolong pasangkan sekali ... dan ehm ... barulah nampak cantik.

Sedar tak sedar ... hampir kul 4 pm, baru siap kerja2 mengemas dan menghias ... cikgu2 lain yg tadinya ramai kat kelas masing2 pun dah sunyi sepi ...

Thursday, February 18, 2010

Hubby dan Ikmal dah mula bersekolah ari ni ...

Masa jemput Ikmal dari sekolah agama, ajak abang ke kedai cat di TTDI Jaya, malangnya banyak kedai masih lagi tutup. Risau lak ... sedangkan janji dengan Adi tukang kebun sekolah untuk hantar cat petang ni. Call Adi dan bagitau tak dapat hantar cat petang ni ...

Petang, pegi Nagoya Shah Alam dengan Ikmal untuk beli kain langsir kelas. Beli yg semeter RM3.80 sahaja. Memang untuk keceriaan kelas, PIBG bagi RM200 untuk setiap kelas, tapi tolak pasu bunga RM40, nak beli cat, nak bayar upah mengecat, kain langsir dan upah menjahit ... rasanya tersasar jauh daripada jumlah yg diberikan ... terpaksa la guna duit sendiri ... tapi murid2 pun dah berjanji nak bagi sumbangan untuk kelas. Harap2 kutipan sumbangan kelas dapat tampung perbelanjaan yg telah aku gunakan ...

Selepas tu berkejar ke Seksyen 27 untuk hantar kain langsir ... minta tolong Kak Wati jahitkan ... hubby bising sebab tak jahit sendiri ... tapi aku masih banyak keje sekolah yg tak settle ... pelan kajian tindakan BM tahap 2 pun tak buat lagi ...

Petang, abang call bagitau dah belikan cat dan border untuk kelas ... Thanks hubby ...

Tuesday, February 16, 2010

Baru sampai dari kampung ... nak ikutkan aku masih bercuti, tapi hubby dan Ikmal mula bersekolah esok ... Ikmal sekolah agama sahaja yang bermula esok ... sekolah kebangsaan sama seperti mamanya, cuti seminggu.

Di kampung mertua, diadakan majlis cukur jambul untuk 2 ahli keluarga terbaru, Mohd Akif Iman dan Mohd Ammar Hafiy. Makanan secara katering, so tak la penat sangat memasak seperti biasa. Tapi mengemas selepas kenduri pun, memenatkan.

Pagi Isnin, baru ke rumah keluargaku ... singgah sekejap di Sg Besar nak beli langsir untuk kelas, tapi banyak kedai yg tutup. tak de banyak pilihan ... sama seperti petang Sabtu bila aku dan hubby pusing satu Shah Alam untuk beli cat ... tapi semua kedai cat/ hardware dah tutup sempena CNY. nasib baik hubby jenis tak membebel bila benda yg nak dicari tak de.

Sampai rumah, aku sayu sangat bila tengok keadaan nenek yg semakin uzur , nampak cengkung sangat. Mak kata nenek tak nak makan nasi ... dalam 10 hari dah ... kupanjatkan doa semoga nenek cepat sembuh dan dipanjangkan umur ... dalam pada masa yg sama aku kasihan dengan mak yg sendirian jaga nenek tanpa bantuan adik beradik yg lain. Selain mak, cuma ada Pak Ngah sahaja yg tinggal, tapi Pak Ngah jauh dan susah untuk jenguk nenek, jadi semuanya terpikul di atas bahu mak seorang.

Semoga mak dikurniakan kesihatan yang baik ... walau sukar untuk kulafazkan di hadapan mak, tapi sesungguhnya aku amat menyayangi & mengasihi insan yang kupanggil mak ini ...

Tuesday, February 9, 2010

Hari-hariku ...

Dah agak lama aku meninggalkan alam blog ni ... selalu juga menjengah, tpi sekadar singgah lalu sahaja ... mungkin bebanan keje menyebabkan aku hilang mood w/pun banyak perkara yang ingin dikongsikan bersama.

Esok bermulanya latihan sukan untuk rumah kuning ... mungkinkah rumah kuning berpeluang menjadi juara seperti tahun lepas ... tunggu dan lihat. Dengarnya saingan terkuat sekarang adalah rumah biru berdasarkan ranking selepas larian SKBJ tempohari. Ramai atlit muda yg berbakat ada dalam rumah biru, tapi pastikan kuning tetap gah mengaum ...

Sementara tu, kesibukan yg lain tetap bertali arus. Lantikan terbaru sebagai AJK PIBG untuk sesi 2010 (mesyuarat PIBG dah semakin hampir), penyelaras untuk Lost & Found (kertas kerja pun tak buat2 lagi ), dan juga pelan kajian tindakan untuk Tahap 2. Semuanya menambah bebanan tugas yg dah memang banyak.

Semoga aku diberi jiwa setabah Aisyah ...

Sunday, January 24, 2010

Salam Takziah

Hari ni aku menerima satu perkhabaran yang menyedihkan. Salah seorang rakan semaktab kpli, Faridah Majid baharu sahaja kehilangan suami tercinta akibat denggi berdarah pada hari Rabu tanggal 20hb. baru-baru ini. Berat kita yang mendengarnya, berat lagi bahu yang memikulnya. Semoga Ida tabah dan dikuatkan semangat menerima dugaan ini.

Aku dimaklumkan suaminya hanya demam biasa2 sahaja selama 4 hari, dan masih pergi bekerja seperti biasa. Cuma pada hari Selasa, semasa di tempat kerja, arwah balik ke rumah kerana pening yang teramat. Malamnya pergi ke Hospital Serdang dan hasil pemeriksaan, keadaan denggi berdarahnya sudah di tahap yang membimbangkan. Esok pagi, dimasukkan ke ICU dan dalam 10 pagi, arwah tidak sedarkan diri kerana jantung sudah tidak berfungsi sehinggalah meninggal dunia. Begitu mudah perginya dan mengejutkan semua orang.

Buat FM, tak ada kata-kata yang mampu akak ucapkan, semoga Ida tabah dan menerimanya dengan hati yang terbuka.

Takziah juga buat Aman Shah yang baru menerima kematian ayahanda tercinta pada 22hb. dan kini berada di Sabah bersama-sama keluarganya.

Sesungguhnya hidup ini hanya sementara ... setiap yang hidup akan mati ... datangnya tidak diduga ... cuma tambahkan ilmu dan amal, semoga kita semua di bawah lindungan restu dan payung rahmat-Nya.

Tuesday, January 19, 2010

Program Maju Diri

Esok bermulanya Program Maju Diri iaitu satu program motivasi untuk murid Thn 4, 5 & 6. Para guru yang akan menjadi fasilitatornya. Program ini berlangsung selama 3 hari sepanjang masa persekolahan. Untuk esok aku ditugaskan untuk mengendalikan slot "Teman Mesraku" bagi Tahun 4 dan "Lambang Diri" dan "Teka Silangkata" untuk murid Tahun 6. Pengalaman pertama bagiku memandangkan program ini diadakan setiap tahun di SK Bkt Jelutong pada setiap bulan pertama persekolahan bermula.

Nampaknya malam ni aku kena study sikit cara2 utk mengendalikan slot2 tersebut. Bagi guru2 lama mungkin mereka tiada masalah, tapi bagi aku, tanpa taklimat dan hanya dibekalkan sehelai kertas sebagai panduan, banyak yang perlu aku pelajari.

Hari Sabtu ini pula merupakan sekolah ganti. Nampaknya tak dapatlah nak balik kampung minggu ni. Rasa rindu sangat nak balik walaupun baru minggu lepas jumpa mak masa kenduri rumah abg Mas tempohari.

Sunday, January 17, 2010

Cerita Minggu Ini!

Berakhirnya minggu ke-2 alam perguruanku ... banyak tugasan yg aku bawa balik utk dilunaskan dalam 2 hari bercuti ni ... tapi masalahnya satu apa pun aku tak usik. Malam ni aku nekad nak menyiapkan sebahagian yg termampu. Sepanjang minggu ni mood aku dalam zon di awang-awangan. Sebabnya ... biarlah rahsia buat masa ini! Tiba masanya ... aku pasti umumkan.

Ikmal juga sudah seminggu memulakan persekolahan di SK Bkt Jelutong ini. Nampaknya dia happy sangat, maklumlah satu sekolah dengan mamanya dan persekitaran sekolah yang jauh bezanya dengan sekolah di Sg. Tengi. Aku mengajar sesi pagi dan Ikmal bersekolah sesi petang. Setiap pagi papanya akan menghantar dan menjemputnya di sekolah agama di TTDI Jaya, kemudian barulah menghantar ke sekolah kebangsaan sebelum bergegas ke Seksyen 17. Terima kasih yang tidak terhingga buat papa yang banyak memudahkan urusanku. Dan menjadi tugasku setiap hari untuk menjemput Ikmal setiap kali pulang dari sekolah.

Hari Khamis baru2 ni, enjin kereta tak boleh hidup setelah aku parking untuk menjemput Ikmal. Masa tu aku dah teringat bateri kereta yang dah 2 tahun usianya. Dan memang tak syak lagi, memang bateri kereta dah kong. Terpaksalah call hubby yang berkejar balik untuk tengokkan kereta, dan hendak tak hendak dalam keadaan kewangan yang runcing, terpaksa juga la beli bateri kereta yg baru. Seperti satu kebetulan pula, semasa minggu kedua aku bekerja di Kementerian Kewangan dahulu, keretaku tak boleh dihidupkan selepas aku mengisi minyak, bateri habis. Dan kini, minggu kedua aku bergelar guru, kejadian yang sama berulang.

Ehm.. sebelum terlupa, hari Isnin aku menerima seorang lagi anak buah lelaki. Dilahirkan di Hospital Sg Buloh dan diberi nama Muhamad Ammar Hafiy. Tahniah untuk adik iparku Haslinawati dan Hisyam dengan kelahiran cahaya mata yang kedua.

Sunday, January 3, 2010

Muhamad Akif Iman

Tahniah buat adik iparku Mohd Zulhisyam & Liya dengan kelahiran putera sulung mereka ... merupakan cucu MIL yang ke 10 ... MUHAMAD AKIF IMAN dilahirkan pada 24 Disember 2009.

Kebelakangan ni aku malas sangat nak upload gambar2 kat blog ... sebab tu gambar masa pergi Cameron tu hari masih tak terusik ... tapi disebabkan keterujaan dengan baby comel ni ... tak sabar nak tayang gambar Akif ni ... he..he... nak tunggu adik Ikmal lambat sangat ... dapat tunjuk anak buah pun jadi la.

Thanks buat MIL yang merakamkan gambar2 ni masa berkunjung ke Marang. Nak tunggu kitaorang berkunjung jauh sangat ... kirim kamera je la.


Saling tak tumpah muka si ibu!


Kulit putih melepak, hidung mancung, rambut tebal ... ehm sekali tengok macam baby girl lak ...