Saturday, September 13, 2008

13 Ramadhan

Hari ni bersahur dalam masa-masa kecederaan. Terlewat bangun, nasib baik lauk balance buka puasa ada lagi. Biasa la kalau dah tidur sekitar 2 pagi, jam loceng berbunyi tapi tak bangun jugak. Lepas bersahur, lepak dengan abang depan ruang tamu.

Pukul 6 pagi, Ikmal bangun tapi muka masam jer. Marah la tu sebab tak kejutkan sahur. Buatkan air susu dan coco crunch, konon2 sahur la tu.

Hati terasa nak balik kampung buka posa dengan mak, tapi abang ada plan lain. Berhajat nak tukar cat biru dekat ruang makan dan dapur. Abang nak cat yg agak keputihan, tapi aku lebih suka warna lembut tapi bukan putih la. Akhirnya sepakat beli cat Dulux - Almond.

Lepas Terawih, abang mulakan operasi mengecat. Aku dan Ikmal tolong tengok jer.

4 comments:

Tulip Merah said...

bilalah encik abg saya tu nak mengecat umah ni....

seroja-08 said...

tak pe la TM, selagi mata dia masih sedap memamdang ...

Tulip Merah said...

mata bini dia ni dah tak sedap memandang dah

seroja-08 said...

cam tu beli sendiri cat ... tentu aleem tak sampai hati