Tuesday, June 30, 2009

Kasihan Anak Mama!

Ikmal sedang melalui satu saat yg agak sukar baginya ... Ammar iaitu teman, sepupu dan adik sepermainan yg selama ini menemaninya selama lebih kurang 6 bulan di kampung ... sudah balik ke rumah ibu dan abahnya di Klang ... selama ini Ammar dalam jagaan neneknya kerana ibunya(adik hbby) ada masalah penjagaan sewaktu di KL dan bila rumah mereka di Klang siap ... tentunya mereka ingin memulakan kehidupan baru dengan anakanda tercinta.

Ikmal kutinggalkan dengan raut muka yang terbayang kesedihan. Ikmal tentunya sunyi kerana teman mandi, makan dan bermain dah tak ada. tinggallah atuk dan nenek je sebagai teman. Semalam, puas memujuk rayu supaya aku dapat balik sekejap ke kampung ... ehm ... bukannya dekat ... lagipun hbby sudah mengajar petang kembali.

Semoga kesedihan ini menjadikan Ikmal lebih tabah menghadapi hari muka. Mama dan papa amat menyayangimu ... forever ...

Friday, June 26, 2009

Minggu Pertama Praktikum

Alhamdulillah ... sudah masuk hari ke-5 aku menjalani praktikum ... pelbagai rasa yang berbaur ... antara takut, risau, gementar... namun berbekalkan keyakinan yang sedikit ini ... aku kuatkan semangat untuk menjejakkan kaki ke sekolah ... melunaskan syarat wajib sebelum bergelar pendidik ...

SK TTDI Jaya ... selama 12 minggu kita kan bersatu ... menumpahkan jasa dan keringat yang tidak seberapa ini untuk mengutip seberapa banyak pengalaman sebelum bergelar pendidik. Walau banyak dugaan dan cabaran ... moga aku tabah dan berjaya mengharungi dengan sebaiknya.

Untuk minggu ini, aku dan guru pembimbing berbincang mengenai tajuk pengajaran, buat RPH tetapi P&P dijalankan oleh guru pembimbing. Mungkin untuk mendedahkan aku kaedah2 dan corak pembahagian bab2 mengikut masa2 yang telah ditentukan. P&P sepenuhnya akan bermula minggu ke-2 nanti.

Namun, setelah aku makin selesa dengan guru pembimbing, selesa dengan murid2 dalam kelas yang bakal kukendalikan, aku diberitakan oleh GPK bahawa aku akan mendapat jadual baru, guru pembimbing baru dan kelas yang baru. Guru pembimbing lama akan dipindahkan ke Tahun 6 untuk menggantikan guru yang cuti bersalin dan aku akan mendapat guru pembimbing dan kelas yang lain.

Belum sempat berkenalan dengan guru pembimbing baru ... tapi aku tetap berfikiran +ve ... walau siapapun orangnya ... harap kami dapat berkolaborasi dengan baik. Baru semalam aku ke IPGM hantar jadual waktu dan taqwim sekolah ... nampaknya kena ke sana lagi sekali.

Ehm ... malam tadi aku mendapat satu perkhabaran sedih ... salah seorang tenaga pengajar di IPGM KBM telah kembali ke rahmatullah pada petang semalam, Khamis ... dengarnya ke luar negara untuk menghadiri majlis konvo si anak ... namun rupanya perjalanan hidupnya berakhir di sana ... al-fatihah buat arwah Puan Khalijah maimon ... semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi ...

Sunday, June 21, 2009

Minggu Terakhir Cuti

Akhirnya cuti 3 minggu sudah sampai ke penghujungnya ... aktiviti penuh sepanjang minggu ini ... Isnin tu aku ke IPGM untuk hantar tugasan Dr. Supian dan kalau ada rezeki, boleh jumpa Dr. Roshani, bakal pensyarah pembimbingku nanti.

Selasa dan Rabu ... rumah berselerak kerana pasang plaster siling dan cornish ... kebetulan abang demam ... dan dapat MC 2 hari. so tak de la aku risau kena tengokkan mamat2 indon tu buat kerja. Malam Khamis, aku dan abang bertungkus lumus bersihkan rumah ... Kesian abang, 2 hari MC tapi tak dapat berehat dengan sebaiknya.

Khamis ... Aman ajak ke IPGM jumpa Pn Yati untuk dapatkan tips sebelum praktikum. Kebetulan memang nak jumpa Eta, so kami janji jumpa di sana sahaja. Ramai2 kawan turut datang sekali. Pn Yati sibuk mesyuarat, hanya dapat peruntukkan masa jumpa kami sewaktu makan tengahari.

Dan satu kebetulan yang baik, Dr. Roshani telefon sewaktu aku di sana. So terus jumpa sekali dan dapatkan nasihat dan bimbingan.

Jumaat, pergi ke SK TTDI Jaya, sekolah aku akan jalani praktikum Isnin nanti. ... jumpa Pn Fuaziah. Aku kena mengajar b. Melayu tahun 5 Intan dan Kajian Tempatan tahun 4 Dahlia. Malangnya aku terpisah dengan patner praktikum, Fida kerana dia akan mengajar sesi petang, kemungkinan Tahun 3.

Sabtu, plan balik kampung awal pagi, tapi abang kena menghadiri kursus LADAP. Dalam 3 petang, bertolak balik kampung. Kami balik kampung aku dulu, sebab aku teringin nak jumpa mak dan minta restu sebelum jalani praktikum ... dan kul 7pm bertolak ke Sg Tengi untuk jumpa Ikmal pulak.

Tengok keputusan periksa pertengahan tahun Ikmal ... semua keputusan dapat markah 90% ke atas, kecuali Math yg hanya dpt 66%. Tapi lihat kertas periksa, memang tak sesuai Tahun 1 ... apapun aku bangga kerana Ikmal dapat no. 3 di sekolah kebangsaan dan juga untuk sekolah agama.

Ahad, dalam 8.30 pagi, kami bertolak balik ke Shah Alam. Abang ada mesyuarat koperasi guru di Seks. 7 ... tapi bukannya nak kejar mesyuarat tu, tapi elaun kehadiran RM70 dan elaun makan RM10.

Dan esok ... insyaallah ... aku akan memulakan praktikum di SK TTDI Jaya ... semoga aku dapat menjalaninya dengan jayanya ... Amin ..... juga untuk rakan2 yg lain ... selamat berpraktikum !

Monday, June 15, 2009

MOF

12 hb Jun, hari Jumaat ... ditemani Eta ... kami menjejakkan kaki ke MOF. Urusan bayaran duit emolumen terlebih bayar tempohari ... Walaupun kena bayar balik ... namun aku amat bersyukur kerana masih menerima gaji utk bulan Januari tempohari ... apatah lagi waktu tu memang amat2 memerlukan duit sementara menantikan elaun masuk.

Eta parking kereta di belakang ofis Kastam ... parking MOF penuh ... tak tau pula rupanya kat situ kena bayar ... nasib baik cuma RM1 per hour ... kenalah dlm Rm3.

Terlerai rindu dgn rakan2 lama di Bajet ... CC Bib, Nana, Wahidah, Jalilah, Irma, En. Rahman, Mas dan ramai lagi ... juga buat En. Huzaini, bos lamaku yg kini jadi BRO utk KKLW selepas MECD dimansuhkan menggantikan tempat En. Burn yg kini sambung pelajar. Semua cakap aku nampak kurus, tapi aku rasa biasa jer ... muka makin hitam adalah.

Baru 6 bulan tinggalkan MOF ... dah 4 orang bekas anak buahku yg kini dah bergelar isteri ... tahniah buat Mas, Jalilah, Zira, Irma ... Nana dan Ina dengarnya akan menyusul tak lama lagi.

Utk Fiza dan Onie ... sabarlah menghadapi saat2 sukar kalian ... mungkin ada hikmah di sebaliknya. Fizah, terimalah karenah Puan Ros seadanya ... Puan Ros ok sebenarnya ... yg penting kena pandai sesuaikan diri dan tak faham jumpa jer cc Bib dan Nana. Insyaallah, banyak ilmu dan pengalaman yg dapat ditimba. Peluang keemasan dapat handle MKN ni ... dapat berkenalan dan beramah mesra dgn MB dan KM. Jen juga tgh sibuk utk Bajet 2010 nanti.

Plan seterusnya nak ke pasar tani ... malangnya sebab Eta kesuntukan masa ... Eta balik dulu sbb Allem nak solat Jumaat, kena jaga anak2 lak ... cadang nak gi sorang2 jer ... nak ajak Zie tapi dia tgh attend meeting ...tapi pas tu Zie call bagitau meeting dah selesai ...

Zie nampak makin cantik sekarang ... dan memang dari dulu pun memang cantik ... malu tengok Zie yg semakin anggun ... tapi aku lak semakin berkilat muka. Simpati dgn Zie yg tak jadi berangkat utk menyusul suaminya ygkini study di Australia kerana ayahnya sedang menderita kanser usus. Tak sampai hati nak tinggalkan. Zie dan anak2 akan ke sana bulan Disember nanti.

Semasa nak balik ... bertembung dgn Fuzah ... pengantin baru kita ... dengarnya tak sihat ... harap2 ada berita gembira nanti.

Eta ... lupa nak sampaikan ... Zie dan Fuzah kirim salam ...

Bermula Kembali Persekolahan

Hari ni buat pertama kali dapat hantar Ikmal ke sekolah di kampung. Ikmal nampak sedih sangat nak berpisah dgn mamanya ... dah 2 minggu berkepit dengan mamanya ... tipulah kalau aku tak sedih ... ikut perancangan awal ... aku nak sekolahkan Ikmal di Shah Alam kembali ... tapi hbby tak bersetuju ... MIL pun tak bagi ... suruh habiskan juga Tahun Satu di sana.

Sepanjang cuti 2 minggu ... macam2 tempat we all bawa Ikmal jalan2 ... ke Penang, Sg Petani dan juga singgah ke Bukit Merah Laketown Resort. Asalnya nak ke Tambun, Ipoh tapi entah camana menyimpang ke Bukit Merah ... ada nostalgia sambut anniversary yg pertama 8 tahun yg lalu. Tapi keadaan tak sama seperti dulu ... malam minggu tidak semeriah kunjungan kami yg pertama. Juga air di taman tema agak keruh. Namun bagi Ikmal & 5 orang sepupunya ... tetap menyeronokkan.







Balik dari Bukit Merah, kak Zah meneruskan perjalanan ke Cameron Highland, tapi kitaorg terpaksa balik ke Shah Alam sebabnya kena datang IPGM sempena lawatan Ment. Pendidikan pada 3 Jun tempohari. Kemudian balik kampung tolong family buat persiapan utk majlis perkahwinan adik pada 6 Jun.

Semasa minggu kedua cuti ... hampir setiap hari bawa Ikmal jalan-jalan dri tghari sampai ke malam. Puaskan hatinya menikmati suasana malam di bandaraya Shah Alam dan Kuala Lumpur. Walau hanya 2 minggu ... aku merasa puas dapat menghabiskan masa bersamanya.

Thursday, June 11, 2009

Hari yang terus berlalu ...

Cuti sudah semakin menghampiri penghujungnya ... namun banyak tugasan wajib yg belum kusempurnakan. Pensyarah pembimbing juga belum dapat kupastikan ... sebelum ni aku di bawah penyeliaan Dr. Tuan Jah ... kemudian bertukar dengan Pn Kamaliah kerana rumah Dr.Tuan Jah di Ampang ... jauh dengan Shah Alam. Kemudian aku dihubungi oleh Pn Kamaliah memaklumkan bahawa aku di bawah seliaan Dr. Roshani pula.

Waktu lawatan TPM merangkap Men. Pendidikan ke IPGM KBM, aku ke hulu hilir ingin menemui Dr. Roshani ... malangnya beliau sibuk ... panggilan tidak berjawab dan pintu bilik sentiasa tertutup ... rasa kecewa pun ada ... dapat pula pasangan praktikum yg asyik bergantung harap pada aku sahaja ... suruh call pensyarah pembimbing ... macam2 alasan.

Sepanjang cuti ni pun, aku sibuk sangat ... maklumlah nak terima orang baru dlm keluarga ... so bila dah selesai semuanya ... rasa lega sikit ... ingat nak ke IPGM KBM jumpa Dr. Roshani ... malangnya panggilanku masih tidah bersambut. Sudahnya satu apa pun tak buat lagi utk praktikum.

Semalam mempelai datang berkunjung dan tidur rumah. Balik je mempelai, baru nak pegang2 buku ... MIL dan ipar duai pula datang berkunjung ... sibuk acara masak2 dan makan2 ... badan pun dah rasa hilang tenaga ... penat sangat ... tu yg malam ni sibuk layan blog ... tugasan utk Dr. Supian tak mula pun lagi. Tajuk tugasan ingat ... tapi kertas soalan yg lengkap pula hilang ... puas belek2 fail ... tapi tak jumpa gak ... tu hari sebelum cuti ada contoh untuk tugasan ... tapi yg tu pun entah kat mana simpan ... parah..parah!!!

Wednesday, June 10, 2009

Selamat Pengantin Baru Padil & Nurul

Sabtu, 30 Mei 2009 ... detik bersejarah buat seorang lagi adik lelakiku ... Abdullah atau lebih dikenali dgn nama Padil dlm keluarga yg akan melafazkan akad nikah bersumpah setia dengan insan yg kini bertakhta di hati ...

Bagi sesiapa yg masih ingat ... runtuhnya ikatan janji dengan gadis Johor dahulu bukan sesuatu yg mudah utk diterima ... namun kini kami sekeluarga berharap semoga kebahagiaan yg digapai ini akan berkekalan selamanya ...

Selamat Pengantin Baru buat Padil & Nurul Liyana ...




Selepas majlis akad nikah ...

Majlis perkahwinan keesokan harinya ...



6/6/2009 ... majlis sambut menantu di rumah keluargaku ...

Bonda tercinta dan Pak Ngah

Ambil peluang bergambar dengan mempelai ...

Antara kaum keluarga ...

Tuesday, June 9, 2009

Jamuan Perpisahan Kelas 1A


Sempena hari2 terakhir utk semester 1 ni ... diadakan jamuan perpisahan buat rakan2 sekelas. Antara menu ... laksa, spagetti, nasi lemak, bihun goreng dan macam2 lagi ... sementara menanti ketibaan lecturer ... sesi fotografi la ... gambar makanan lupa nak ambik ...

bersama lecturer Pn Nur Rol Azlifah ... ajar minor utk Kajian Tempatan ...

Bersama Dr. Supian ... lecturer Bahasa Melayu Kini ... lecturer yg memenangi undian pensyarah paling popular sempena Hari Guru baru2 ni ...

ehm ... lecturer kesayangan kami ... Pn Norhayati Md yatim ... lecturer Bahasa Melayu Kom. ... ramai lagi lecturer yg tak dapat hadir kerana terikat dengan pelbagai komitmen terutamanya totur tersayang ... Pn Noriza yg sedang menghadiri konvokesyen di Putrajaya.

yg satu ni ... saja selitkan gambar bersama rakan tersayang ... eta ... sewaktu perjumpaan terakhir PPIM dan penyerahan folio dan kraftangan ... frem gambar tu buat tergesa2 bila dapat tahu pensyarah nak buat penilaian pada masa tu juga ... kelam kabut masuk kelas siapkan frem gambar tu ... he..he..