Tuesday, September 2, 2008

Buat Hal Sendiri

Hari ini tak banyak sangat yang dapat ku lakukan ... ada kerja yang menanti sebenarnya, tapi ia tak dapat kulakukan sendirian tanpa bantuan staf yang menjaga Dana Khas Trengganu. Fail-fail yang berkaitan ada di dalam bilik fail, dan aku kurang arif mengenainya.

Serba salah aku dibuatnya, En. Ramzi memerlukan laporan itu dengan segera, tapi stafnya sibuk dengan persiapan untuk mesyuarat MKewN negeri Khamis ini. Untuk Khamis nanti, aku hanya bertugas sebagai penyambut tetamu. Syukur sangat, aku risau kalau ditugaskan sebagai pencatat minit, sebab banyak hal mengenai MKewN tidak ku ketahui.

Apatah lagi masa mesyuarat persiapan MKewN tempohari aku sedang bercuti di kampung. So banyak mengenai perjalanan mesyuarat MKewN tiada dalam pengetahuanku. W/pun mesyuarat MKewN ini diadakan setiap tahun, inilah kali pertama aku terlibat, maklumlah tahun pertama di sini.

Ikmal aku hantar ke rumah pengasuh lamanya, Mama Liza kerana Ikmal bercuti hari ini sempena konsert tahunan tempohari. Letih gak nak menjemputnya di Seksyen 28 nanti.

No comments: