Saturday, September 6, 2008

6 Ramadhan

Hujan sepanjang hari. Cuaca yang sejuk memungkinkan kami untuk menyambung tidur selepas sahur. Ikmal turut serta sahur, kononnya nak puasa ... tapi pukul 1 dah minta biskut sebab lapar ...

Aktiviti mengemas rumah ... vakum habuk bawah katil dan belakang almari, juga punggah barang dalam kabinet dapur untuk hapuskan saki baki lipas yang kian beranak pinak... aku tolong sikit2 je ... mastermind adalah my hubby.

Lepas solat Asar, pergi Bazar Ramadhan Stadium. Pening kepala tak tau nak makan apa, so aku dan abg beli asing2 ikut selera sendiri. Abang beli nasi ambang dan keu teuw basah( cam salah eja jer), sementara aku ambik nasi kerabu+paru dan bubur kacang utk Ikmal.

Plan nak terawih kat surau, tapi hujan, so terawih kat umah jer. Tapi abang cam biasa la, mesti ke surau punya ... lagipun depan umah jer ...

No comments: