Saturday, January 31, 2009

Jimmy Dah 2 Tahun ...


Boring giler ngadap PC siapkan assignment yg tak siap2 ni ... he..he...

teringat si jimmy ni ... rindu lak ngan dia.

26 jan. baru-baru cukup la si jimmy ni 2 tahun ... happy belated birthday ... teringat masa aku jaga time kecik2 dulu ... dri baby sampai cukup setahun ... memang banyak dugaan ... tapi best sangat ... terutamanya bila tengok senyuman dia yg manis sangat tu ...

Buat my sis ... tengok la aksi si jimmy masa baru belajar merangkak ni ...




Ni gambar masa kat kampung time tahun baru tu ari. My hbby tengah sibuk tebang pokok, yg lainnya sibuk memancing ... so jimmy pun apa lagi ambik peluang kacau orang.

Sblm ni ada gambar mama jimmy memancing ... update punya update terus terdelete ... sorry aaaa...








Thursday, January 29, 2009

Cuti semakin hampir ke penghujung ... tapi assignment satu pun tak selesai lagi ... BMK buat sikit ... PGS pun buat sikit ... Math dan PIM langsung tak usik lagi ... entahlah ... dari pagi menghadap komputer tapi arah hala tugasan masih tak menentu ...

Tadi terima sms dari Siti Hairun Nisa'... memaklumkan yg Dalila dapat panggilan ke-2 utk KPLI di Melaka ... jurusan Pendidikan Khas ... akan mula mendaftar 3 Feb. ini ... aku tumpang gembira untuknya ...

Bermula minggu hadapan ... ada perubahan jadual ... subjek Ilmu Pendidikan yg sebelum ini diajar oleh Mr. Lee akan digantikan oleh pensyarah lain ... kitaorg satu kelas rasa sedih ... sbbnya Mr Lee adalah tenaga pengajar yg amat kami senangi ... gaya pengajaran dan kuliah yg disampaikan memang A+++ ...

Subjek IP ini akan diganti oleh seorang pensyarah yg sudah pegang 2 subjek lain utk kelas kami ... entahlah ... sbbnya 1 jam pembelajaran kami sudah terasa kebosanan ... apatah lagi utk mengendalikan subjek IP yg berlanjutan selama 3 jam ... apapun kami redha ... tak baik utk berburuk sangka dengan tenaga pengajar ... cuma luahan perasaan selagi kita bernama manusia ... apapun harap aku dpt berikan komitmen yg terbaik utk semua subjek nanti.

Selepas cuti ini juga ... bermula hari yg membebankan bagi kami ... pembentangan utk semua tugasan ... selain latihan bgi acara sukan, Gerko, Olahraga,Unit Beruniform dan juga permainan ... Sukan IPG akan diadakan bulan Mac ini di Kompleks Sukan Bukit Jalil ... oleh itu kami akan menjalani latihan lari pecut, lontar peluru, lompat jauh & tinggi ...

Bagi permainan, aku terpilih utk menganggotai Bola Keranjang ... satu permainan yg amat asing utkku ... dilantik sebagai Setiausaha yg pastinya perlu menyiapkan kertas kerja utk cadangan pertandingan bola keranjang tertutup ... sebagai kerja kursus... rasa takut sgt tak terkejar nanti ...

Bagi unit beruniform ... aku dan Eta terpilih menjadi ahli Persatuan Puteri Islam ... nanti ada pertandingan kawat dan perkhemahan ... tahun lepas PPIM adalah pemenang utk pertandingan kawat... inilah satu2nya xtvt yg melibatkan kami bersama ... yg lainnya semua terpisah ... kelas yg berbeza, masa yg berbeza dan permainan yg berbeza ...

Kebanyak xtvt koku. akan berakhir pukul 7 ptg ... aku tak leh bayangkan kesesakan yg bakal kutempuh ... sedangkan keluar dari IPG pukul 6.30 ptg pun sampai rumah 8 malam ... balik rumah dah teramat letih ... kena study utk kuliah keesokannya lagi ... dan tugasan2 yg menanti ... sememangnya kena kuatkan fizikal n mental utk hadapi semuanya ini ...

Wednesday, January 28, 2009

Awal pagi ... berkejar ke Klinik Kesihatan Putrajaya utk buat medical check-up ... dpt set appoiment pun atas jasa baik sorg member yg bertugas di sana. Malangnya semasa pendaftaran, aku dan Eta dimaklumkan bahawa caj yg dikenakan utk pemeriksaan doktor bagi melanjutkan pelajaran adalah sebanyak RM80 ...

Fikir punya fikir, kitaorg cancelkan utk buat medical check-up di KK Putrajaya ... sebabnya bayaran lebih kurang sama dengan buat kat private dan biasanya makan masa sampai ke petang ... apatah lagi tengok lautan manusia yg sedang menunggu utk mendapatkan rawatan. Pengalaman last year masa buat check-up utk keje di MOF pun dari pagi sampai ke petang ... tapi masa tu bayaran cuma RM1 sahaja.

Selepas tu kami ke MOF utk dapatkan pengesahan borang perjanjian ... ingat nak menyinggah ke Bajet Dept, teringat kat budak2 kat bajet ... tapi sebab dah kesuntukan masa ... kami hanya ke bhgn PSM utk jumpa bos Eta, En. Abu Shamsi ... minta pengesahan ... dan menyinggah kat ofis Diana dan Ida sekejap ... tanya khabar dan minta sampaikan salam buat yg lain2 ... call zie ... tapi tak de jawapan ... juga call cc Bib, Jennifer dan Fizah.

Eta balik ke Puchong dan aku singgah di Klinik Famili di Seksyen 27 Shah Alam utk buat medical check-up ... dan tak sampai 1 jam semua urusan selesai ... beli makanan utk tengahri dan terus balik rumah.

Dalam perjalanan ... terima call dri my hbby ... rupanya hbby dah belikan note book Ben-Q S32B Series ... berharga RM2199 ... rasa terharu sangat ... sebabnya notebook amat kuperlukan utk semua tugasan2 yg menanti ... dan juga mesti menggunakan PowerPoint 2007 utk pembentangan tugasan. Thanks hbby atas keprihatinanmu ... i luv u very much ... ever dan forever ...

Tuesday, January 27, 2009

Tragedi Tahun Baru Cina

Hari ni ... aku baru sampai dari kampung ... 4 hari di kampung, kalau nak ikutkan memang tak cukup ... tapi mengenangkan banyaknya tugasan yg menanti ... terpaksa la balik juga w/pun cuti masih berbaki 7 hari ... kebetulan my hbby pun memulakan tugasnya esok.

Jika semalam kami seolah menyambut kenduri dengan keriuhan adik beradikku yg berkumpul ... w/pun hanya 6 drpd 12 adik beradik ... tapi dengan keluarga masing2 ... sudah memadai utk menggamatkan suasana riuh sekampung.

Apatah lagi kemeriahan memasak utk menerima kehadiran bakal adik ipar sekeluarga dri Penang ... labu+umbut kelapa masak lemak, ikan sambal, ayam goreng, sambal belacan dan ulam-ulaman ... cukup utk membuatkan para tetamu tidak segan silu menambah nasi ...

Namun hari ini ... sesuatu yg menyedihkan ... dan begitu menginsafkan ... sejurus bertolak dari rumah mak ... dlm perjalanan tidak jauh dri rumah ... kami bertembung dengan kejadian kemalangan yg baru sahaja berlaku ... sebuah kereta dan motosikal bertembung ... keduanya terhumban ke dalam parit ... dlm suasana kelam kabut, kereta kami ditahan utk menghantar seorang mangsa yg berlumuran darah+air ke hospital ...

Semasa di awal perjalanan ... masih terdengar dengusan2 kesakitan ... namun suara itu semakin lama semakin perlahan dan hilang ... bimbang terjadi sesuatu ... kami singgah di klinik swasta yg berhampiran ... namun doktor yg bertugas menyarankan kami agar meneruskan perjalanan ke hospital Tg Karang ...

Namun Tuhan lebih menyayanginya ... sebaik sampai di hospital ... kami diberitahu bahawa mangsa sudah kembali ke pangkuan-Nya ... masih terlalu muda ... berusia 15 tahun ... adalah pembonceng motosikal bersama rakannya ... yg dikhabarkan mengalami patah kaki ...

Punca kemalangan, menurut saksi disebabkan motosikal tidak berhenti di simpang jalan ... pemilik kereta adalah seorang perempuan yg kini menuntut di UPSI Tg Malim ... yg membawa ibu dan ahli keluarganya yg lain... menangis trauma dan khabarnya terus pengsan pabila kami khabarkan kematian arwah ...

Al-fatihah buat arwah adik Mohd Zul Fazli bin Sazali ... semoga rohnya dicucuri rahmat. Buat kaum keluarga arwah ... kami sudah melakukan yg terdaya ... namun jika sudah ketentuan-Nya ... apalah daya kita ...

Kepada semua ... awasilah pergerakan anak anda sehabis mungkin ... terutamanya di kampung2 yg mana anak2 muda di bawah umur menunggang motosikal secara merbahaya dan tidak memakai topi keledar. Nasihatilah mereka kerana kita tahu ... malang tidak berbau ...

Saturday, January 24, 2009

Geng2 di MOF

Gambar ni diambil sehari sebelum hari terakhir di MOF. Sorry la sebab tak sempat2 nak postkan ... apa yg pasti ... rindunya dengan u all semua ...

Utk Ain ... akak ada kejutan utk ko ... he..he..







Member Lama

Sebenarnya entry ni dah lama buat ... cuba tak publishkan ... kononnya nak edit nanti ... tapi masa dah semakin mahal dan berharga sekarang ... ada orang yg tertunggu2 ...

Ni gambar2 sewaktu singgah di rumah sahabat baikku Fid ... teman sekampung dan satu sekolah. Fid ni tinggal di Gambang, so bila kena meeting kat Kuantan tu hari ... kira satu peluang keemasan utk terjah rumah... kebetulan cuti sekolah ... Fid cuma di rumah sambil tanda kertas exam SPM ...

W/pun masa tu we all dah membedal ikan patin masak tempoyak di Hentian Rehat Temerloh ... tapi bila dihidangkan dengan mee Hailam kat bawah ni ... laju jer ... tak tolak punya. Sedap ... dah dapat satu petua bila nampak Fid blend ubi kentang utk pekatkan kuah mee hailam ...


Fid ... sorry tak sempat nak emel gambar2 kat bawah ni ... so kalau nak, copy daripada blog ni jer jer.




Tuesday, January 20, 2009

Bermulanya Kesibukan ...

Baru hari ke-2 bermulanya kuliah ... sudah banyak tugasan yg harus dilaksanakan. Alang2 cari bahan utk tugasan ... rindu utk menjenguk rumah kecilku ini ... banyak yg ingin dicoretkan ... tapi hanya masa yg tak mengizinkan.

Insyaallah ... minggu depan kami direhatkan seminggu dari menghadiri kelas ... dari 24hb. hingga 2hb. Februari ... namun bukan rehat semata2 ... kerana banyak urusan yg perlu diselesaikan.

Selain menyiapkan tugasan yg berderet utk pembentangan selepas raya Cina ni ... pada 28hb. ni aku dan Eta ada appointment di Klinik Kesihatan Putrajaya bgi medical check-up ... dan boleh juga menyinggah di MOF utk jumpa rakan2 dan minta sain pegawai utk jadi saksi bagi Borang Perjanjian Guru.

Disebabkan aku dan sahabat baikku, Eta berlainan kelas dan juga diajar oleh lecturer yg berbeza ... jarang dapat luangkan masa bersama ... masing2 sibuk dengan hal masing2 ... utk permainan Eta dalam pasukan badminton, sementara aku dalam pasukan bola keranjang. Rezeki utk Eta sebab itu pilihan pertamanya, sementara ketiga2 permainan yg aku pilih tak mengena.

Utk unit beruniform dan persatuan belum ditentukan, harap2 ada peluang utk kami bersama2 dalam satu kumpulan ...

Tadi kelas pertama utk subjek minor utama... subjek Matematik ... u all tahu la ... semua P&P dalam bahasa Inggeris ... nak faham tu bolehlah ... tapi nak mengajar tu entahlah ... apatah lagi sepanjang kelas terlalu banyak aktiviti2 dan tugasan ... rasa risau la jugak ... utk minor yg ke-2, aku dapat Kajian Tempatan, manakala Eta dapat subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

Friday, January 16, 2009

Seloka Merpati Sejoli

Inilah seloka yg dihasilkan utk malam persembahan kebudayaan ... saja cuba bakat ... dalam masa yg amat singkat ... hasil tak segah mana ... namun bila dipersembahkan dengan sketsa dan lakonan ... berjaya menambat hati juri ...

Dengarkanlah ceritera cinta
Kisah bermula di sebuah desa
Pertemuan uda dan dara tercipta
Jelingan manja mencuit jiwa
Si jejaka mencipta rasa

Indahnya perkenalan
Bila hati terpaut sayang
Mengikat janji sehidup semati
Moga bahagia kekal abadi

Merpati sejoli ... ingatlah
Adat resam budaya dijunjung
Yang tua, tetap terus disanjung
Restu dipohon, cincin disarung
Menanti saat jiwa tercantum

Hari ini...
Sejarah tercipta ...
Paluan kompang riuh bergema
Mempelai tersenyum si singgahsana
Ingin dikhabar seluruh dunia
Bahagianya hidup bila berdua

Bila berdua ...
Ingatlah ... merpati sejoli
Isi alam melihatmu dengan ria
Tersenyum malu di singgahsana
Menjadi raja menentu keluarga
Sepenuh jiwa ...

Moga dapat kau mengekal
Budaya ini tradisi ini
Dalam gema metal dan irama asli
Dan moga dapat kau jalin
Sejarah diri

Moga dapat kau pertahankan hidup
Yang masih jauh di hadapan
Dan perjalanan yang penuh jurang
belum pasti

Moga di jalan berliku
Mana persimpangan tak menentu
kau bisa menuju
Jalan yang lurus dan satu ...

Sekitar Malam Persembahan Kebudayaan

Berdebar sebelum memulakan persembahan


Group2 KPLI


Group KPLI dan PISMP bergabung tenaga dalam kumpulan 13 semasa sesi latihan


Penyajak pertama, Liza selepas nyanyian gurindam ...


Penyajak kedua ...

Hidayah, pelajar PISMP merupakan seorang yang cukup berpengalaman dalam penyampaian sajak ...

Acara tarian yang menggamatkan suasana ... diiringi dengan dendangan lagu 'Selamat Pengantin Baru' ... aha ... kalau nak tau, pasangan yg tengah tu la kawan kita si Eta ... bersama pasangannya Amir.






Sajak Guru Oh Guru, nukilan Usman Awang sebagai penutup dipersembahkan dengan penuh bertenaga oleh Ahmad Faiz, wakil PISMP dan Haslinaz, sebagai wakil pelajar KPLI.

Selamat Berorientasi ...


Alhamdulillah ... akhirnya aku berjaya mengharungi minggu orientasi pengurusan pelajar baru KPLI di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGM KBM) dengan jayanya ... setelah 5 hari meninggalkan rumah ... kini aku kembali ke rumah yg penuh ketenangan ini di dalamnya.

Majlis penutupan tamat dalam 12.30 tghari ... sesiapa yg tinggal berhampiran dibenarkan pulang dengan syarat mesti menghadirkan diri keesokan harinya (Sabtu) yg merupakan hari ganti cuti Tahun Baru Cina nanti. Kami dikehendaki tiba IPGM KBM pukul 7.30 pg. Pelajar KPLI ada aktiviti gotong royong, sementara pelajar PISMP akan memasak bubur as'syura ...

Mengimbas kembali saat2 orientasi ... memang rasa letih sangat. Selepas solat Subuh, ada aktiviti senaman pagi dan joging ... aktiviti joging benar2 mencabar keupayaanku ... kerana IPGM KBM adalah kawasan berbukit ... apatah lagi dengan keadaan badan yg semakin memberat ini ...

Selepas sarapan pagi, tepat pukul 8.00pg, mesti sudah berada di Dewan dengan pakaian formal ... 12.30 tghari utk lunch dan solat Zohor sebelum kembali ke dewan tepat pukul 2.00 ptg. Pada jam 4-5 ptg, adalah utk waktu minum petang dan solat Asar ... dan pukul 5-6.30 ptg adalah aktiviti riadah ...

Makan malam mula disediakan pada pukul 6.30 ptg ... mandi, solat maghrib dan tepat pukul 9 mlm, semua dikehendaki kembali ke dewan dengan pakaian formal. Biasanya acara tamat pada jam 10.30 - 11 malam ...

Ehm ... lupa nak citer ... sepanjang orientasi pelajar perempuan diwajibkan memakai tudung biru yang disediakan dan pelajar lelaki memakai tali leher berlambang IPGKBM.

Aku, Eta serta seorang lagi teman, Zaidatul Akma, ditempatkan di asrama Bukit Pantai, di bilik 607, iaitu di tingkat 6. Tahniah buat Akma yg menerima surat tawaran sebagai pensyarah di Kolej Komuniti Bkt Beruang Melaka di bawah KPT sewaktu sedang menjalani minggu orientasi KPLI. Nampaknya aku akan kehilangan seorang teman yg baru kekenali di IPG ini.

Selain itu aku ingin berkongsi kegembiraan kumpulanku iaitu kumpulan 13 yg menjadi johan pada malam persembahan kebudayaan dengan tema puisi di majlis perkahwinan. Tidak kami jangka persembahan yg diberi masa hanya 2 jam utk membuat persiapan mendapat pujian semua dan dianggap persembahan terbaik dalam masa 10 tahun di IPG KBM ini.

Dengan kemenangan itu, kami dikehendaki membuat sekali lagi persembahan di hadapan pengarah pada majlis penutupan pada hari Jumaat. Persembahan kami dimulai dengan bacaan syair, sajak dan tarian. Aku termasuk antara 3 orang yg mendeklamasikan sajak yg diikuti sketsa2 ... sementara Eta antara penari yg mendapat tepukan yg paling gemuruh. (gambar akan disertakan kemudian)

W/pun amat gemuruh dan takut ... inilah pengalaman pertamaku yg terindah beraksi di pentas. Mungkin selepas ini,kami dikehendaki melibatkan diri dalam banyak acara2 kebudayaan dan adat Melayu sebagai kerja kursus.

Sunday, January 11, 2009

Kesedihan itu berlanjutan .....

Ini adalah entryku yg terakhir sebelum meninggalkan status penganggur selama 11 hari ini ... kerana esok pagi aku akan mendaftar di IPG Lembah Pantai ... dan seterusnya menjalani minggu orientasi selama seminggu ... sebelum bergelar pendidik di usia yg kian menjauh ini ...

Ikmal sudah ditinggalkan di kampung dengan 1001 kesedihan dan sebak yg tak berpenghujung ... malas nak citer panjang ... hanya menambahkan dan membuatkan diriku terus larut dlm tangisan ... Ikmal amat manja dan sentiasa memelukku menyatakan rindu dan sayang ... sehinggakan masa kereta nak bergerak, Ikmal masih atas ribaan seolah2 ingin ikut balik ... sedangkan kebiasaannya Ikmal amat suka tinggal di kampung ... berat jiwa dan ragaku ... namun itulah keputusan yg diambil bersama ...

Tapi ada satu lagi yg memberatkan diriku utk meninggalkan rumah ... kaki abang yg tertusuk sesuatu semasa memesin rumput pada cuti sempena tahun baru tempohari ... kian membengkak dan menegang ... dan kini melarat sehingga tak boleh dibengkokkan dan berjalan ... sebelum ni abg hanya makan ubat tahan sakit dan bengkak ... agak pulih ... tapi semasa di kampung ... kaki abang kembali sakit dan tegang ...

Tiba daripada kampung ... kami ke Klinik Dr Zaini di Bkt Jelutong ... abg diberikan suntikan antibotik(EES tak salah) dan ubat-ubatan lain ... dan diberikan cuti rehat selama 3 hari. Sampai di rumah ... kaki abang semakin membengkak sehingga kelihatan seperti sakit untut ... belum reda kesedihan meninggalkan Imal di kampung ... kini ditambah dengan kesedihan melihat keadaan abang yg hampir tidak boleh berjalan dan bergerak ... apatah lagi meninggalkannya sendirian di rumah selama seminggu ini.

Esok aku akan memulakan pengajian ... bagaimana harus aku meninggalkan abg sendirian di rumah ... entahlah ... aku betul2 rasa down ... kalau abang mahu ... mungkin aku akan suruh abang berehat di kampung sahaja ... sekiranya terjadi apa2 yg tak diingini ... setidak2nya ada orang yang memantau dan boleh juga menjaga makan minumnya...

Tuhan ... peliharalah kesihatan suamiku dan semua ahli keluargaku ... berilah aku kekuatan dan ketabahan menghadapi semua ini ...

Saturday, January 10, 2009

Tak tau nak citer apa ... tapi hari2 terakhir sebelum Ikmal bersekolah kat kampung dan aku start bergelar pelajar ni ... rasa sedih sangat ...

Jumaat selepas hantar Ikmal sekolah di TTDI Jaya buat kali terakhir bagi tahun 2009 ... ,aku sibuk mengemaskinikan borang2 utk masuk maktab ... selesai satu urusan ... aku mula mengemaskan baju2 dan barang2 Ikmal ... masa ni tanpa sedar air mataku menitis tanpa sedar ... rasa tak sanggup berpisah dengan buah hatiku yg sorang tu ... sedangkan duduk seminggu masa cuti sekolah pun aku dah menangis sepanjang perjalanan pulang ... inikan pula setahun.

Ikmal pun sekarang terlalu kerap mengungkapkan rindu dan sayangnya pada mama ... sikit2 cakap 'imal sayang mama' ... dan mama pun teramat menyayangimu sayang ... Ya Allah ... tabahkan hatiku ini ...

Hari ni juga ... aku dah kemas sikit barang2 utk ke maktab ... kerana petang ni dah nak balik kampung hantar Ikmal ... sedihnya .... uwaaaaa ....

Friday, January 9, 2009

Ari ni internet macam ada problem jer ... dari pagi aku cuba on-line ... tapi tak leh masuk gak ... nasib la dah malam ok sikit.

Sedar tak sedar dah seminggu lebih aku tinggalkan MOF ... jadi penganggur sementara ... tapi disebabkan sibuk dengan urusan rumahtangga, masak, mengemas, membasuh, hantar anak sekolah ... tak la terasa sangat masa berlalu ... cuma bila baca2 blog member kat MOF ... rasa rindu membara di jiwa dengan kawan2 terutamanya di bajet.

Teringat kenangan kat MOF ... lunch time ari jumaat ... confirm gi Alamanda atau pasar tani ... maklumlah time rehat dri 12.15 sampai 2.45 ptg ... cuma sejak si tulip merah sibuk dengan meeting post cabinet ... dan aku pun banyak hal minggu2 terakhir kat MOF ... ngan meetingnya ... bercutinya dan macam2 hal ...

Selain tu juga aku masih terima beberapa panggilan dari MECD tanya sapa wakil bajet utk attend meeting ... rasa kelakar gak ... maknanya kalau aku still keje ... itulah rutin biasa kena hadapi ... pegawai dri PKEN Perlis pun ada call bagitau nak jumpa kat MECD nanti. Agaknya nak bagi barang yg aku beli masa kat Padang Besar tu hari ... tapi sbb balik naik flight ... diaorg offer nak bagi kalau datang Putrajaya nanti ... tapi sebenarnya aku dah sedekahkan pada As atau Wani sbb tak sampai hati nak susahkan diaorang.

Tapi buat masa sekarang tak sesibuk waktu nak Bajet RMK-10 nanti ... tak dapat la nak merasa suasana dan bahang sebelum pembentangan Belanjawan oleh MKwgn yg baru ... mesti kelam kabut masa tu ... Jen, Fizah, Ila dan Onie ... lepas ni merasa la u all meeting sana sini utk dapatkan maklumbalas/pemantauan dri kementerian. Bulan Mac ni pembentangan pertama utk penyediaan Bajet RMK-10 nanti ... jgn lupa citer pengalaman yer.

Thursday, January 8, 2009

Hari2 yg terus berlalu ...

6 Jan. 08, hari ke-2 sekolah ... aku terlewat sampai sekolah waktu Ikmal rehat ... tau2 dia dah beli hotdog dan makan ngan kawan2 dia ... w/pun nampak mamanya ... jumpa sekejap jer ...pas tu lari nak main ngan kawan2 ... mamanya yg terkejar2 datang ni macam tak dilayan ...

Entahlah ... kadang2 aku rasakan anak aku ni macam kecik lagi ... tapi bila tengok betapa cepatnya dia sesuaikan diri ... aku maklum bahawa Ikmal kini semakin menginjak dewasa ... takpe la ... memang niatku nak perhatikan dia dri jauh jer ...

7 jan.08, Ikmal n hbby bercuti hari ni ... kami ke Pej. Pdidikan Daerah, Kuala Kubu Bharu utk proses pertukaran sekolah Ikmal ke kampung ... Ikmal kelihatan sedih dan berulang kali cakap nak sekolah kat sekolah skrg ... entahlah berbelah bahagi dibuatnya ... mungkin sbb sekarang dia ada ramai kawan yg dikenalinya ...

Kembali ke KKB setelah hampir berbelas tahun tidak menjejakkan kaki ke sini ... 1993-1994 di SAMTKKB, menggamit pelbagai suka duka waktu bersekolah di sini. Persekitaran yg sejuk dan menyamankan, masih seperti dahulu ... seolah2 masih terasa betapa dinginnya air di air terjun Pertak yg kerap kami kunjungi ...

Itulah namanya kenangan ... segala pahit n manis yg tercipta, menjadi manis semuanya. Ustazah Mariatulkiftiah, Ust. Jais, Ust. Tamyes, Ustzh Khairunnisa' dan Ustzh Rosni... antara insan2 yg mencorak keperibadianku seperti ke hari ini ... memberi bimbingan dan tunjuk ajar tanpa jemu ... betapa kalian kukenang dan kukagumi selamanya.

Selesai urusan di KKB, kami bergegas ke SK Sg Tengi ... perjalanan memakan masa lebih 40 minit ... bertujuan menguruskan sedikit sebanyak utk memudahkan persekolahan Ikmal di sini nanti ... di sini hanya ada 2 buah kelas tahun 1 berbanding di SK TTDI Jaya, ada 6 buah kelas yg setiap satunya memuatkan lebih 30 orang murid. Satu kelas hanya dalam 20 lebih sahaja ... harap cikgu dapat memberikan penumpuan yg lebih. Ikmal di tempatkan di Kelas 1 O ( tak pasti O utk apa ... tpi mcm susah nak disebut...ha..ha)

Makan tengahri di rumah MIL ... lepas solat Zuhur ... ke sekolah rendah agama pula ... mendaftar kemasukan dan bayar yuran serta buku2... kalau sekolah kebangsaan bayaran dlm rm7.50 sahaja ... tpi utk sekolah agama dalam RM105 ... tapi kami maklum kerana sekolah agama tidak menerima sebarang bantuan kerajaan ...

Selepas tu ... menjenguk ke kelas Ikmal iaitu kelas 1 bijak ... memang kami yg minta Ikmal ditempatkan di kelas ini kerana pendedahan Ikmal pada Jawi terlalu sedikit ... hanya bergantung pada ajaran mengaji hbby sahaja ... inilah salah satu kekurangannya kalau hantar anak ke sekolah Inggeris yg dipelopori oleh bangsa lain. Semua guru di Kindergarten Cahaya adalah Indian kecuali seorang guru China yg mengajar bahasa Cina.

Alang2 sampai kampung ... ajak MIL ke rumah mak bidan utk urut Ikmal yg mengadu sakit kaki. Patut pun sakit kaki dan urat nampak tegang ... rupanya kakinya terseliuh ... inilah akibat asyik berlari2 masa sekolah, puas ku nasihat jgn berlari2 ... ehm ... baru 2 hari sekolah ... dah terseliuh kaki ...

Selepas Maghrib ... bertolak balik ke Shah Alam ... Ikmal tertidur sepanjang perjalanan ... aku n hbby turut merasakan keletihan yg amat ... semuanya tertidur awal malam tadi.

Tuesday, January 6, 2009

Kisah Ikmal di Hari Pertama Sekolah

Hari pertama persekolahan ... cuma aku sorang jer yg hantar Ikmal ... sbb hbby juga seorang guru ... mana leh minta cuti kan ... Alhamdulillah ... Ikmal dapat menyesuaikan diri dengan cepat dekat sekolah barunya ...

Ikmal sekolah sesi petang ... kul 12.30 tghari aku keluar rumah ... dah ramai ibu bapa yg dah sampai ... Semua murid2 berkumpul di dewan sebelum masuk kelas masing2 ... aku perhatikan Ikmal dari tingkap jer ... Ikmal ditempatkan di kelas 1 Mutiara ... aku dimaklumkan mereka akan mengikuti aktiviti transisi selama 2 minggu sebelum diagihkan kelas mengikut tahap pencapaian mereka.

Ramai gak ibu bapa yg bertenggek tepi kelas utk lihat anak masing2 ... cuma ada sorang murid yg menangis memanggil ibunya, yg lain2 ok jer ... tunggu lebih kurang setengah jam sebelum aku balik ke rumah... nak solat n rehat ... tapi ramai gak yg tunggu sampai balik.

Kul 3.20 ptg aku bergegas kembali ke sekolah ... utk ajar Ikmal membeli di kantin. Akibat ramai budak2 di kantin ... aku kehilangan jejak Ikmal ... kelam kabut mencarinya ... akhirnya jumpa Ikmal tengah duduk makan kerepok lekor dengan kawan2nya ... bila tanya, Ikmal jawab dia beli sendiri RM1 ... cek poket memang duit dah kurang rm1. Kawan2 dia makan bihun dan nasi goreng.

Aku bersyukur, setidak2nya ini menunjukkan Ikmal dah pandai berdikari ... tapi sepanjang minggu ni aku still akan pantau Ikmal utk membeli di kantin ... terutama utk makanan yg harganya ada baki atau lebih dari RM1.

Monday, January 5, 2009

Selamat Menempuh Alam Persekolahan 2009

Hari ni dah masuk hari ke-5 utk tahun baru 2009 ... juga bermakna sudah 5 hari aku bergelar pengganggur terhormat ... tapi bagi anak2 yg dilahirkan pada tahun 2002 ... bermulalah satu hari yg menjadi kenangan dlm lipatan sejarah hidup mereka ... bermulanya langkah awal dalam satu perjuangan yg berterusan ... terjun ke alam persekolahan ... yg pastinya menjanjikan seribu satu cabaran ...

Tak terlepas bagi anakku Ikmal Hakim ... seawal usia 6 tahun 1 bulan 10 hari ... kau akan mula menempuh detik2 bergelar pelajar ... sebagai seorang ibu, pasti berbangga dan besar pengharapan buatmu agar menjadi seorang yg berguna di masa depan ... belajar rajin2 dan doa seorang ibu tidak putus2 terhadapmu ... permata hatiku selamanya.

Juga buat Eta, Zie, Tengku, Kak As, kak Siah dan semua yg mempunyai anak yg memasuki alam persekolah hari ini ... pastinya debaran dan harapan kita sama ... sentiasa mendoakan yg terbaik buat mereka. Amin!

Saturday, January 3, 2009

Hari Orientasi Tahun 1 SK TTDI Jaya

2 Jan. 09 ... satu hari yg bersejarah buat anakandaku Ikmal Hakim ... yg mengikuti Hari Orientasi Tahun 1 di SK TTDI Jaya ... permulaan bagi langkah2 yg seterusnya ... dalam bidang pelajaran dan moga jadi insan yg cemerlang dan terbilang ... di dunia dan akhirat.

FYI, Ikmal hanya bersekolah di sini selama 1 minggu sahaja ... kerana kami dalam proses penukaran sekolah ke kampung di SK Sg Tengi ... rentetan kesukaran pabila aku memulakan pengajian/pembelajaran di IPG Bahasa Melayu Malaysia di Lembah Pantai pada 12 Jan. nanti.

Sukar utk membuat keputusan, namun aku pasrah mungkin ini yg terbaik buat masa ini ... kesibukan menjalani kuliah, praktikum dan sebagainya ... di samping kesibukan hbby yg tak dapat dijangka ... ikmal lebih selamat di bawah pengawasan neneknya. Lagipun jarak dengan kampung hanya 1 jam suku perjalanan ... pastinya hujung minggu dan waktu kelapangan, mama pasti akan mengunjungimu ... sayang ...

Sedih, pilu dan pelbagai rasa yg berbaur ... namun aku mesti bertahan selama 1 tahun ini.

Di hadapan SK TTDI Jaya, tersemat harapan seorang ibu yg menggunung ...


Ikmal ditempatkan di Kelas 1 Mutiara di bawah bimbingan Pn Aryati.


Mula2 macam kekok ... tapi lepas tu bukan seronok lagi usik mengusik dengan kawan2 baru.

Thursday, January 1, 2009

Selamat Tahun Baru 2009

Salam Maalhijrah 1430H & Selamat Tahun Baru 2009 buat semua yg mengenali dan pembaca blog ini ( kalau ada la) ... semoga sinar tahun ini lebih bercahaya dan gilang gemilang.

Tahun ini juga membuka lembaran baru buatku ... sebagai seorang pelajar(setelah hampir 9 tahun kutinggalkan) dan bakal pendidik anak bangsa. Walau banyak rintangan dan cabaran di hadapan, semoga aku kuat dan tabah menghadapinya ... doa dari restu rakan2 kupohon ...