Tuesday, September 2, 2008

U/Tahun Perkahwinan dan Hari Pertama Puasa

Semalam hari pertama puasa dan juga ulang tahun perkahwinan kami yang ke-8. Tepat jam 12 tgh malam kami saling berbalas sms dan ucapan ulang tahun. Untuk abang , baju t-shirt putih kegemarannya kuhadiahkan, manakala untukku cukuplah sepasang kurung ungu yang dibelikannya siang tadi.Tapi tahun ini agak menyedihkan, aku tak berpeluang menikmati awal Ramadhan mungkin juga penutupnya nanti.

Abang sahur sorang2. Kunci jam pukul 4.45 pagi, tapi sedar2 dah pukul 5.10pagi dan abang sedang menikmati hidangan sahur sendirian. Walau abang tak kisah, aku rasa bersalah sangat. Buatkan milo panas sambil menemankan abang sahur. Imal nak puasa, tapi puas ku kejutkan tak bangun juga. Sedangkan tahun lepas cukup senang dia bangun sahur.

Aku menghabiskan masa dengan mengelap semua tingkap2 yang berhabuk manakala abang seharian menyudahkan kerja menanda soalan ujian murid2.

Petang selepas hujan reda, kami ke Bazar Ramadhan di Stadium Shah Alam membeli juadah buka puasa. Nasi Briayani, nasi ayam, laksa kuala perlis dan kebab dan kuih sagu untuk Ikmal.

1 comment:

Cikgu Eta said...

ooo. tak puasa ye... selamat ulangtahun ke8