Wednesday, November 25, 2009

Happy Birthday Ikmal

Hari ini hari ulangtahun yang ke-7 buat jantung hatiku Ikmal Hakim. Betapa kelahirannya 7 tahun yang lalu merupakan saat2 terindah buat aku dan suami ...

Momen-momen indah ...








Insyaallah ... majlis sambutan harijadi Ikmal kami langsungkan sekali pada hari Jumaat nanti ... sekaligus dengan majlis Qurban. Lagipun ramai sepupu Ikmal boleh join sekali.

Teringat kembali saat-saat ulang tahun Ikmal yang pertama ... yang jatuh tepat pada sambutan Aidilfitri 7 tahun yang lalu....

Saat Terakhir di IPGMKBM

Ujian Akhir KISSM sudah selamat ku jalani ... alhamdulillah ... rasanya aku dah jawab sebaik mungkin dan tak de apa yang perlu kubimbangkan. Insyaallah.

Habisnya UAK, bermakna berakhirlah sudah perjuanganku selama setahun di gedung ilmu ini. Berat rasa hati nak berpisah dengan rakan-rakan seperjuangan d kelas 2A ... namun itulah hakikat yang perlu dihadapi ... kini kami hanya dalam penantian untuk mengetahui tempat untuk berposting.

Habis exam ... ada majlis perjumpaan dengan Pn Yati di Dewan Amir Hamzah ... pratonton rakaman Kembara Budaya tempohari ... sebak dan pilu mendengar amanat2 terakhir dari Pn Yati ... betapa kami amat terasa dihargai dengan ketulusan hatinya ...

Insyaallah ... ada kesempatan aku akan uploadkan gambar2 yang banyak tertangguh ... gambar jamuan raya, Kembara Budaya di Melaka dan macam2 lagi.

Salam Aidil Adha buat semua.

Saturday, November 21, 2009

Tugasan KISSM

Aku dan hubby ambik keputusan tak balik kampung minggu ni ... banyak tugasan yang menanti ... lagipun hanya tiga hari lagi sebelum aku menamatkan kursus KISSM yang menjadi fasa terakhir KPLI. Rasa gembira, takut, risau dan teruja ... gembira dapat tamatkan pengajian, takut dan risau mengenangkan tempat posting dan teruja untuk berbakti pada anak-anak bangsa.

Alhamdulillah, sehari suntuk menghadap komputer, akhirnya semua tugasan kini melalui proses terakhir iaitu pengeditan dan penerbitan. 2 tugasan individu dan 2 tugasan kumpulan, hanya memerlukan sentuhan terakhir untuk diselesaikan. Selepas ini, aku perlu memberikan penumpuan untuk ujian akhir KISSM pada 25 Nov. ni. Moga aku dapat melaluinya dengan baik dan cemerlang.

Wednesday, November 18, 2009

Tawaran Surat Pelantikan GST

Semalam kami menerima kunjungan pegawai dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KPM untuk memberi taklimat berkenaan pelantikan sebagai Guru Sandaran Terlatih yang bertarikh 1 Disember 2009. Ini bermakna kami harus melapor diri di sekolah pada awal Disember ini ... cuma persoalannya di mana kami akan ditempatkan belum diketahui lagi kerana penempatan adalah bidang tugas Bahagian Sekolah Harian.

Sebelum disahkan jawatan, gred kami adalah DC41 dan menerima elaun bulanan sebanyak RM1901.80. Elaun2 lain hanya akan dilunaskan bila kami menerima surat pengesahan jawatan bergred DG41 setelah lulus interview SPP dan juga lulus Kursus Induksi yang sedang kami lalui sekarang. Walau bagaimanapun, surat pelantikanku terpaksa dikembalikan kepada pihak BPSM,KPM kerana ada kesilapan pada ejaan nama ...

Apapun ... debaran yang paling besar sekarang ialah untuk mengetahui tempat utk dipostingkan ... semoga dipermudahkan olehNya ...

Tuesday, November 17, 2009

Kursus Induksi SSM

Bermula 6 Nov hingga 25 Nov 2009 ... kini sudah memasuki hari yang ke-8 aku menduduki Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia(KISSM). Naik kematu punggung duduk di kerusi kayu di Dewan Rahim Kajai dari pagi sampai ke petang ... namun banyak ilmu yang kuperolehi ... sebagai persediaan untuk menjadi penjawat awam ... juga bekalan untuk penilaian pada hari terakhir nanti.

Lulus periksa KISSM ini amat penting untuk seorang penjawat awam sebelum disahkan jawatan ... Risau dan seriau ... terutama bila aku lihat contoh2 soalan ... objektif dan esei ... semuanya perlukan fakta2 yg tepat dan meyakinkan ... bukannya boleh goreng2 ...

Kami juga menerima tugasan ... 2 tugasan individu dan 2 tugasan utk kumpulan ... untuk individu, baru siap satu tugasan, yg lain2 bahan dah ada tinggal edit dan buat penambahbaikan. Harap aku dapat siapkan semuanya minggu ini juga. Sebab lepas ni aku nak mulakan study utk exam hari terakhir nanti.

Monday, November 16, 2009

Result Exam

Hari ini aku terima satu berita yang menggembirakan ... result exam Ilmu Pendidikan ... alhamdulillah ... aku termasuk dlm 4 rakan sekelas yg dapat A ... thanks pada pensyarah Puan Sabariah yang sudi melayan karenah student bertanyakan result melalui sms ... cuma bagi no angka giliran sahaja ...

Sebenarnya aku rasa frust sangat masa exam ... ingatan dah tak sekuat dulu ... baca macam2 sampai naik tepu dan tak ingat sangat ... semuanya samar2 ... maklumlah baca last minute ... dan semuanya rasa nak dikejar ... so bila dapat tau result, aku rasa bersyukur sangat2 ... rakan2 yg lain pun ramai yg ok dan ada juga kurang ok ... tapi yg pastinya semua lulus ...

Selain IP, aku juga berdebar dengan paper major BM ... Puan Yati ada bagitau kesedihannya bila ramai yang terkeluar daripada konsep ... terutamanya untuk soalan wajib bagi pengacaraan majlis ... soalan minta majlis perasmian penutupan, tapi kebanyakannya membuat teks pengacaraan bagi majlis perasmian ... termasuklah aku ... 20 markah beb! rasa nak nangis jer ... tu belum lagi jawapan2 merapu yg bagi soalan2 yg lain tu ... aku tak fikir nak dapat bagus ... minta lulus jer ... entahlah ... malas nak fikir lagi ...

Thursday, November 12, 2009

Hanya Berdua!

Menikmati saat-saat berdua ... makan di The Chicken Rice Shop ... rasa lain macam sikit ... biasanya makan dengan anak ... bila berdua ... terkenang saat2 bercinta dulu... apa pun terkenang juga ngan Imal ... tentu lagi riuh rendah kalau dia ada ... rindunya kat dia.

Makanan bukan main banyak ... tercungap2 menghabiskan ... kesudahannya adalah la yg tak usik langsung ... bungkus la bawa balik ... he..he..






Wednesday, November 11, 2009

11 November Datang Lagi ...

11 Nov datang lagi buat kesekian kalinya ... kupanjatkan kesyukuran pada Ilahi kerana masih berpeluang menempuh dan mengingati , detik di mana aku dilahirkan 34 tahun yang lalu. Terima kasih Tuhan atas anugerah kesihatan dan nikmat kehidupan ini. Tidak terkecuali buat bonda tersayang, Habshah Kadri kerana melahirkan, membesarkan dan sentiasa mendoakan kejayaan anakmu ini ... kasih sayang dan pengorbananmu sentiasa menemani diriku.

Jua buat suamiku Abdul Halim ... betapa aku amat menyayangimu dunia akhirat. Terima kasih kerana menerima diriku seadanya ... sabar dengan kerenahku ... kaulah semangat dan kekuatanku selama 9 tahun usia perkahwinan kita ... dan Ikmal Hakim ... cinta hati kita berdua selamanya. Semoga impian kita menambah bilangan ahli keluarga dimakmulkan Tuhan.

Buat rakan-rakan, terima kasih atas ingatan u all ... betapa aku amat menghargai persahabatan ini ...