Thursday, September 25, 2008

Mood Raya

Hari2 terakhir puasa ni tak ada keje sangat kat ofis ... muka masing2 happy nak menunggu saat nak balik kampung ... Tempahan coklat dari LADA juga diterima hari ini.

Amin pasang takbir raya ... terasa sayup mendengarnya ... setakat lagu raya dah biasa sangat dengar ... tapi alunan takbir raya cukup menusuk ke jiwa ... staff yg lain pun tak sanggup dengar... masing2 suruh offkan ...

Bila tak de keje .. selain surfing internet ... of course novel adalah teman setiaku. Tengah khusyuk layan novel ... tau2 En. Zam tercegat depan mata ... he..he.. tak sempat nak sorokkan. Just tanya bila balik kampung n ucap selamat hari raya. Petang ni dia ada meeting dan esok dah start bercuti. Kerani En. Zam, Zira juga akan berkhidmat buat kali terakhir di MOF hari ini. Selepas raya, Zira sudah bertukar ke bahagian JPM di Kelantan.

W/pun baru 3 bulan di bhgn bajet di MOF ini, tapi kemesraan yg terjalin semakin erat dan sukar dipisahkan. Sesuatu yg pasti ku ingat tentang Zira adalah mulutnya yg sentiasa membebel kalau terlalu banyak keje, apatah lagi sebelum pembentangan Bajet 2009 tempohari. Zira juga antara bunga mekar di Sektor A kerana raut wajahnya yg manis dan ayu, tak jemu memandang.

No comments: