Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru 2010

Selamat tinggal 2009 ... selamat datang 2010 ... banyak kenangan manis yang kutinggalkan untuk tahun 2009 ini ... tahun 2009 memberikan sesuatu yang bermakna dan membawa perubahan besar dalam diari kehidupanku ... iaitu bergelar pelajar 'kpli'.

Hampir 8 tahun dalam sektor swasta ... sebelum bekerja di Kementerian Kewangan, merasa dipanggil 'puan', merasa bahang kehangatan menyiapkan Bajet 2009 /RMKe9, terbang secara percuma dan lain-lain lagi ... kemudian diterima belajar di IPGMKBM dan kini ... 2010 ini, aku akan terlibat secara terus dalam bidang pendidikan dan seterusnya dipanggil 'cikgu' ...

Insyaallah ... bermulanya sesi persekolahan ini, aku akan mula berkhidmat di SK Bukit Jelutong. Pastinya azamku tahun ini ... untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak-anak didikku ... ingin menjadi guru yang baik dan terbaik. Kupohon pada Ilahi ... semoga aku diberi kekuatan, ketabahan, kesabaran, kecekalan dan semangat juang yang tinggi untuk menghadapi segala cabaran, kecil ataupun besar ...

Buat rakan-rakan, tahniah dan semangat bertugas. Semoga kita dapat memberikan yang terbaik kepada sekolah dan negara amnya. Terlalu banyak tohmahan dan kritikan yang ditujukan pada lepasan KPLI, marilah bersama-samalah kita buktikan bahawa kita tidak seburuk yang dicanang. Sekiranya memang ada kelemahan pada kita, berilah peluang pada kita membetulkan sejajar dengan peredaran masa yang berlalu.

Selamat berjuang semua!!!!!!!!

Tuesday, December 29, 2009

Perihal Posting Lagi!

Semalam aku terima sms drpd sorang member sekelas ... Efa memaklumkan bahawa dia dapat penempatan di SK Taman Tun 1. Tahniah untuk Efa sebab sekolah tu berhampiran dengan rumahnya.

Ada member call bagitau sapa yang dapat Kuala Lumpur, pegi jabatan pendidikan, kita boleh pilih sendiri sekolah mana yang kosong. Sesuatu benda tu akan mudah jika dipermudahkan dan menyenangkan kedua-dua pihak. Entahlah ... aku berharap sangat semoga aku dapat sekitar Shah Alam juga.

Berita terkini yang diterima, penempatan posting boleh diketahui pada 30hb, iaitu esok. Dari sehari ke sehari ... aku serahkan semuanya pada Ilahi ... semoga penantian ini menjadi takdir yang trbaik untukku.

Petang ni, MIL akan datang Shah Alam dan tidur di rumahku. Adik ipar baru menerima cahaya mata yang pertama di Marang, Terengganu. Jadi ayah dan mak akan ke sana melihat cucu yang ke 10. Tiket bas pukul 9.30 pagi esok. Cadangan asal nak naik bas malam, tapi lepas kes accident bas di Ipoh tempohari, rasa bimbang nak naik bas waktu malam. Sepanjang minggu ni abang ke sekolah, jadi menjadi tugasku untuk menghantar MIL ke stesen bas Seksyen 17. Sebenarnya dah lama sangat aku tak memandu sendiri sejak habis belajar KPLI.

Bercerita pasal kemalangan bas tempohari, salah seorang mangsa kemalangan maut itu merupakan adik ipar kepada sepupuku. Berasal dari Sg Besar dan baru menamatkan matrikulasi sebelum menyambung ijazah. Merupakan anak bongsu daripada 2 beradik. Sedih sangat bila dengar ibu arwah yang pengsan berkali2 kerana terkejut. Apapun, ajal dan maut sudah ditentukan. hanya Al-Fatihah untuk arwah dan mangsa yang lain2.

Monday, December 28, 2009

Kembali Bersiaran!

Hari ni aku kembali menulis di rumah kecilku ini setelah seminggu tidak bersiaran ... menikmati cuti2 Malaysia tanpa sebarang gangguan luar dan tiba di Shah Alam petang semalam. Hubby dah mula busy ... menghadiri mesyuarat guru dan panitia.

Penempatan negeri untuk KPLI juga sudah kuketahui ... terima kasih buat Eta yang tolong cek namaku masa pergi ke Putrajaya tempohari. Aku dapat penempatan di Selangor, cuma daerah dan nama sekolah yang belum dikeluarkan. Kebanyakan rakan2 yang sudah berkahwin dapat di negeri pilihan masing2, kecuali 3 rakan perempuan yang masih bujang dan seorang yang baru berkahwin pertengahan tahun (FN) dengarnya akan ke Johor dan Madi ke Sarawak.

Cerita mengenai percutian ke Cameron Highlands, insyaallah akan menyusul kemudian.

Thursday, December 17, 2009

Maal Hijrah 1431H



Salam Maal Hijrah ...
Akhirilah tahun 1430H dengan doa dan mulakan tahun 1430H dengan doa jua ... moga hidup kita dan keluarga dalam lindungan-Nya selalu.

Jangan lupa doa akhir tahun Asar ni dan juga awal tahun maghrib nanti.

Tuesday, December 15, 2009

Rezeki !!!

Alhamdulillah ... hari ni kami menerima kunjungan seorang rakan lama ... hampir 2 tahun juga tak berjumpa sejak kali terakhir kami bertemu pasal urusan beli tanah tempohari. Aku dan rakan berkongsi beli satu tanah lot di Bkt Lanchong.

Datang untuk ambil surat perjanjian jual beli tanah tersebut dan juga bayaran duit peguam. Dalam saat2 sesak tak bergaji ni ... dapat duit ni ... mulalah berkira2 untuk cuti2 Malaysia ... he..he..

Sunday, December 13, 2009

Nak Citer Apa??????

Dah hampir 3 minggu aku bercuti ... nak kata boring ... rasanya istilah itu tak sesuai untuk aku buat masa ni. Masa berlalu tanpa sedar ... banyak xtvt yang dilakukan setiap hari ... kemas rumah, masak memasak ... layan TV, internet, novel, anak dan suami ... keluar cuci mata setiap petang & malam ... nikmat berehat ini akan kumanfaatkan sepenuhnya.

Yang tak bestnya, aku terasa dah semakin mengembang ... makan dan makan ... oh tidak!!!!!!

Hajat hati nak bercuti di Kedah minggu ini ... tergendala ... tapi yang bestnya my mum, adik dan Najmi datang berkunjung. Hujung minggu ni kami akan ke Tapah ... dan seterusnya minggu berikutnya ke Ipoh ... semuanya bersama family mertua.

Dan sebelum cuti berakhir ... PD dan Melaka ... nantikan kunjungan kami buat kesekian kalinya.

Wednesday, December 9, 2009

Layan Je???

Tak de xtvt yang menarik yg aku lakukan hari ni. Bangun awal pagi, aku sediakan mee goreng untuk sarapan. Tapi Ikmal nak makan nasi la pulak pagi2 ni. Gorengkan telur dan nugget sebagai lauknya. Rindu nasi kot ... sebab malam semalam aku cuma buat bihun tomyam dan puding karamel.

Sambil kemas2 rumah ... terpandang VCD 'Kuch-Kuch Hota Hi '. Lama tak tengok ... apa lagi aku layan la sampai habis ... puas la tergelak, tersenyum dan bergenang air mata tengok citer yg pernah menyebabkan fenomena Bollywood melanda dunia.

Tengahari ... tengah asah bakat berhempas pulas kat dapur menyediakan hidangan tengahri ... gas pulak habis ... kacau daun betul ... setengah jam lagi baru gas yg diorder sampai ... layan internet kejap!!!

Monday, December 7, 2009

Posting?

Aku pasti tentunya semua rakan KPLI Ambilan Jan. 09 ternanti2 penempatan untuk dipostingkan. Kalau mengikut surat pelantikan jawatan tempohari, sepatutnya kita semua sudah melapor diri di sekolah pada 1 Disember 2009.

Banyak info dan sms yg kuterima dari rakan2 ... ada yg call KPM dan dapat maklumat 15hb atau 20hb Disember. Dalam hal ini, aku hanya mampu berdoa supaya dipermudahkan dan dilapangkan dadaku dalam urusan posting ni.

Ikmal juga sudah kembali ke Shah Alam. Lapang rasa dada bila melihat anak ada di depan mata. Cuma tempat bersekolah belum dapat dipastikan, ikut mama atau papanya.

Aktiviti sepanjang minggu juga sudah tersusun. Cadangnya dalam waktu2 gawat ni nak bawa Ikmal bercuti di tempat2 yg dekat sahaja ... tapi Jumaat ni ada urusan di Kedah, mungkin kami akan menyinggah di mana-mana destinasi.

Wednesday, December 2, 2009

Tinggal Kenangan

Alhamdulillah ... akhirnya Ikmal berjaya menghabiskan persekolahannya di Tahun 1 di SK Tengi. Insyaallah, tahun depan Ikmal akan meneruskan persekolahan Tahun 2 di Shah Alam. Sama ada sekolah mama atau papanya ... tak tahu lagi ... bergantung pada tempat mamanya dipostingkan.

Aku dan hbby amat berterima kasih pada atuk n neneknya yg sabar melayan karenah Ikmal, menghantar dan menjemput setiap hari tanpa jemu ... pengorbanan mereka berdua kusanjung hingga akhir hayat.

Aku tahu bukan mudah jaga Ikmal ... punya karenah yg pelbagai ... manja sangat dengan nenek ... manja yg dibuat2 supaya neneknya fed-up dan menyampah ... satu taktik supaya dihantar semula bersekolah di Shah Alam ... makan bersuap ... mandi disiram ... dan bermacam ragam lagi. Satu perilaku yg amat berbeza kalau kami pulang ke kampung ... semua buat sendiri ... makan, mandi, bersiap dan semuanya buat sendiri ... betapa sabarnya MIL melayan karenah Ikmal.


Inilah Ammar, sepupu @ merangkap adik kesayangannya selain jimmy ... pun neneknya yg jaga .. memang kamceng sangat berdua ni ...

si bujang trang trang bersedia nak ke sekolah agama ... sejak duduk kampung ni kulit pun dah semakin gelap ... main dan main ... dan cari belalang ... rutin harian Ikmal





Add Image
membonceng motor atuk untuk ke sekolah ...

sewaktu majlis penyampaian hadiah ... dpt no. 8 ... masa ptengahan tahun no.3 ... apapun still dalam kelompok 10 terbaik ... juga dapat hadiah utk subjek Sains terbaik ... tahniah buat anak mama ...

ni untuk penyampaian hadiah di sekolah agama ... dapat no.3 dalam kelas dan no.8 utk keseluruhan ... sesuatu yg membanggakan sbb Ikmal tiada asas agama dan Jawi di tadika. Hanya basic semasa di nursery dan juga buku Iqra' ...


persembahan nasyid ... aku pun tak pasti Ikmal yg mana ... sebab lelaki bahagian belakang ... muka pun tak nampak.

Berdua Lagi!

Hari Ahad kami dah bertolak balik ke Shah Alam. Hbby terlibat jaga exam SPM. Malangnya buah hati pengarang jantung kami tinggal lagi kat kampung ... terpengaruh dengan hasutan sepupu2nya supaya bercuti kat kampung ... Hbby bagi can seminggu lagi kat kampung.

Ikut perancangan awal ... kami nak buat sambutan hari jadi Ikmal pada hari raya pertama tempohari ... kebetulan semua sepupunya ada ... tapi kami hanya balik ke Sg Tengi pada petang raya kedua ... sampai2 je si Ammar sepupu @merangkap adik kesayangan Ikmal dah siap nak bertolak ke rumah nenek satu lagi ... so apa lagi neneknya terus kerah Ikmal untuk potong kek time tu jugak ... tak sempat nak buat apa2 persiapan ...



kek hari jadi Ikmal ... beli kat kedai kek kat luar Giant Sek. 13 ... sori ye anak mama ... pergi lewat, ni jer satu2nya kek yg tinggal ... nak order lain ... kena ambik kul 10 pagi keesokannya ... sedangkan pagi2 kami dah bertolak balik ... biasanya banyak kek ... tapi sebab ada offer 40%, kek 1kg boleh dapat dalam 20 ringgit lebih jer ...


budak2 kalau jumpa belon ... bukannya ingat benda lain ... sibuk ngan belonnya jer ... masa ni si Ammar pun dah mengamuk ... sebabnya dia sibuk nak potong kek ... tapi yg lainnya sibuk tiup belon ... apa2 pun layan gambar je la ...





Salam Aidil Adha 1430H

Dah beberapa hari Aidil Adha berlalu ... rasanya tak terlalu lewat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Sempena raya ... saja tukar design baru rumah ... malangnya aku terlupa yg aksesori2 tambahan ikut berubah dah hilang ... ini hasilnya rumah baruku yg putih bersih ... tulus mulus ... he..he..

Tahun ni kami turut berkorban di kampung hubby di Sg Tengi, berkongsi dengan adik beradik yg lain. Tapi sebab turn beraya di Sekinchan, cadangnya nak bertolak ke Sg Tengi lepas solat Jumaat ... sebab 2 ekor lembu akan ditumbangkan lepas Jumaat di rumah ayah mertua.

Ehm ... tapi biasalah kalau dah berkumpul adik beradik aku ... berat je hati nak balik cepat. Lepas sembahyang raya ... ziarah kubur arwah abah ... lepas tu beraya rumah adik beradik sampai ke malam. Tengahari Sabtu baru bertolak ke Sg Tengi.

Kay ... layan la ada sikit gambar time raya tu hari ...








Wednesday, November 25, 2009

Happy Birthday Ikmal

Hari ini hari ulangtahun yang ke-7 buat jantung hatiku Ikmal Hakim. Betapa kelahirannya 7 tahun yang lalu merupakan saat2 terindah buat aku dan suami ...

Momen-momen indah ...








Insyaallah ... majlis sambutan harijadi Ikmal kami langsungkan sekali pada hari Jumaat nanti ... sekaligus dengan majlis Qurban. Lagipun ramai sepupu Ikmal boleh join sekali.

Teringat kembali saat-saat ulang tahun Ikmal yang pertama ... yang jatuh tepat pada sambutan Aidilfitri 7 tahun yang lalu....

Saat Terakhir di IPGMKBM

Ujian Akhir KISSM sudah selamat ku jalani ... alhamdulillah ... rasanya aku dah jawab sebaik mungkin dan tak de apa yang perlu kubimbangkan. Insyaallah.

Habisnya UAK, bermakna berakhirlah sudah perjuanganku selama setahun di gedung ilmu ini. Berat rasa hati nak berpisah dengan rakan-rakan seperjuangan d kelas 2A ... namun itulah hakikat yang perlu dihadapi ... kini kami hanya dalam penantian untuk mengetahui tempat untuk berposting.

Habis exam ... ada majlis perjumpaan dengan Pn Yati di Dewan Amir Hamzah ... pratonton rakaman Kembara Budaya tempohari ... sebak dan pilu mendengar amanat2 terakhir dari Pn Yati ... betapa kami amat terasa dihargai dengan ketulusan hatinya ...

Insyaallah ... ada kesempatan aku akan uploadkan gambar2 yang banyak tertangguh ... gambar jamuan raya, Kembara Budaya di Melaka dan macam2 lagi.

Salam Aidil Adha buat semua.

Saturday, November 21, 2009

Tugasan KISSM

Aku dan hubby ambik keputusan tak balik kampung minggu ni ... banyak tugasan yang menanti ... lagipun hanya tiga hari lagi sebelum aku menamatkan kursus KISSM yang menjadi fasa terakhir KPLI. Rasa gembira, takut, risau dan teruja ... gembira dapat tamatkan pengajian, takut dan risau mengenangkan tempat posting dan teruja untuk berbakti pada anak-anak bangsa.

Alhamdulillah, sehari suntuk menghadap komputer, akhirnya semua tugasan kini melalui proses terakhir iaitu pengeditan dan penerbitan. 2 tugasan individu dan 2 tugasan kumpulan, hanya memerlukan sentuhan terakhir untuk diselesaikan. Selepas ini, aku perlu memberikan penumpuan untuk ujian akhir KISSM pada 25 Nov. ni. Moga aku dapat melaluinya dengan baik dan cemerlang.

Wednesday, November 18, 2009

Tawaran Surat Pelantikan GST

Semalam kami menerima kunjungan pegawai dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KPM untuk memberi taklimat berkenaan pelantikan sebagai Guru Sandaran Terlatih yang bertarikh 1 Disember 2009. Ini bermakna kami harus melapor diri di sekolah pada awal Disember ini ... cuma persoalannya di mana kami akan ditempatkan belum diketahui lagi kerana penempatan adalah bidang tugas Bahagian Sekolah Harian.

Sebelum disahkan jawatan, gred kami adalah DC41 dan menerima elaun bulanan sebanyak RM1901.80. Elaun2 lain hanya akan dilunaskan bila kami menerima surat pengesahan jawatan bergred DG41 setelah lulus interview SPP dan juga lulus Kursus Induksi yang sedang kami lalui sekarang. Walau bagaimanapun, surat pelantikanku terpaksa dikembalikan kepada pihak BPSM,KPM kerana ada kesilapan pada ejaan nama ...

Apapun ... debaran yang paling besar sekarang ialah untuk mengetahui tempat utk dipostingkan ... semoga dipermudahkan olehNya ...

Tuesday, November 17, 2009

Kursus Induksi SSM

Bermula 6 Nov hingga 25 Nov 2009 ... kini sudah memasuki hari yang ke-8 aku menduduki Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia(KISSM). Naik kematu punggung duduk di kerusi kayu di Dewan Rahim Kajai dari pagi sampai ke petang ... namun banyak ilmu yang kuperolehi ... sebagai persediaan untuk menjadi penjawat awam ... juga bekalan untuk penilaian pada hari terakhir nanti.

Lulus periksa KISSM ini amat penting untuk seorang penjawat awam sebelum disahkan jawatan ... Risau dan seriau ... terutama bila aku lihat contoh2 soalan ... objektif dan esei ... semuanya perlukan fakta2 yg tepat dan meyakinkan ... bukannya boleh goreng2 ...

Kami juga menerima tugasan ... 2 tugasan individu dan 2 tugasan utk kumpulan ... untuk individu, baru siap satu tugasan, yg lain2 bahan dah ada tinggal edit dan buat penambahbaikan. Harap aku dapat siapkan semuanya minggu ini juga. Sebab lepas ni aku nak mulakan study utk exam hari terakhir nanti.

Monday, November 16, 2009

Result Exam

Hari ini aku terima satu berita yang menggembirakan ... result exam Ilmu Pendidikan ... alhamdulillah ... aku termasuk dlm 4 rakan sekelas yg dapat A ... thanks pada pensyarah Puan Sabariah yang sudi melayan karenah student bertanyakan result melalui sms ... cuma bagi no angka giliran sahaja ...

Sebenarnya aku rasa frust sangat masa exam ... ingatan dah tak sekuat dulu ... baca macam2 sampai naik tepu dan tak ingat sangat ... semuanya samar2 ... maklumlah baca last minute ... dan semuanya rasa nak dikejar ... so bila dapat tau result, aku rasa bersyukur sangat2 ... rakan2 yg lain pun ramai yg ok dan ada juga kurang ok ... tapi yg pastinya semua lulus ...

Selain IP, aku juga berdebar dengan paper major BM ... Puan Yati ada bagitau kesedihannya bila ramai yang terkeluar daripada konsep ... terutamanya untuk soalan wajib bagi pengacaraan majlis ... soalan minta majlis perasmian penutupan, tapi kebanyakannya membuat teks pengacaraan bagi majlis perasmian ... termasuklah aku ... 20 markah beb! rasa nak nangis jer ... tu belum lagi jawapan2 merapu yg bagi soalan2 yg lain tu ... aku tak fikir nak dapat bagus ... minta lulus jer ... entahlah ... malas nak fikir lagi ...

Thursday, November 12, 2009

Hanya Berdua!

Menikmati saat-saat berdua ... makan di The Chicken Rice Shop ... rasa lain macam sikit ... biasanya makan dengan anak ... bila berdua ... terkenang saat2 bercinta dulu... apa pun terkenang juga ngan Imal ... tentu lagi riuh rendah kalau dia ada ... rindunya kat dia.

Makanan bukan main banyak ... tercungap2 menghabiskan ... kesudahannya adalah la yg tak usik langsung ... bungkus la bawa balik ... he..he..






Wednesday, November 11, 2009

11 November Datang Lagi ...

11 Nov datang lagi buat kesekian kalinya ... kupanjatkan kesyukuran pada Ilahi kerana masih berpeluang menempuh dan mengingati , detik di mana aku dilahirkan 34 tahun yang lalu. Terima kasih Tuhan atas anugerah kesihatan dan nikmat kehidupan ini. Tidak terkecuali buat bonda tersayang, Habshah Kadri kerana melahirkan, membesarkan dan sentiasa mendoakan kejayaan anakmu ini ... kasih sayang dan pengorbananmu sentiasa menemani diriku.

Jua buat suamiku Abdul Halim ... betapa aku amat menyayangimu dunia akhirat. Terima kasih kerana menerima diriku seadanya ... sabar dengan kerenahku ... kaulah semangat dan kekuatanku selama 9 tahun usia perkahwinan kita ... dan Ikmal Hakim ... cinta hati kita berdua selamanya. Semoga impian kita menambah bilangan ahli keluarga dimakmulkan Tuhan.

Buat rakan-rakan, terima kasih atas ingatan u all ... betapa aku amat menghargai persahabatan ini ...

Thursday, October 29, 2009

Berlalunya interview spp

Alhamdulillah ... hari ini aku dah berjaya mengharungi interview spp dgn jayanya ... ehm ... berjaya ker ... entahlah ... yg pastinya aku dah cuba sebaik mungkin ... dan rasanya tak mengecewakan.

Plan nak gi sendiri ke Putrajaya ... tapi biasalah hbby selaku pendorong setiaku ... pastinya tak mahu ketinggalan bagi sokongan ... sanggup jadi driver dan penemanku ... thanks hubby ... dlm kul 9.30 pagi aku dah selesai hadapi interview ... sembang2 dengan member ... kemudian hubby ajak makan kat cafe Pinjaman Perumahan.

Asalnyanya dah janji dgn budak2 Bajet nak jumpa ... tapi sbb hubby yg hantar ... terpaksa cancel niat nak jumpa bdk2 tu ...

Esok ... kelas 2A ada projek Kembara Budaya di Melaka Bandaraya Bersejarah ... dalam keterujaan nak pergi tu terselit gak rasa bimbang ... maklumlah ketika rakan2 KPLI yang lain berhempas pulas study utk final exam ... tapi kelas kami masih sempat anjurkan lawatan ... he..he.. semoga 'Menitip Sejarah Aspirasi Budaya' berjalan sebagaimana yg dirancang.

Ahad Nan Indah!

Gambar kat kampung suami ... betapa terujanya dapat kutip sendiri durian yg gugur di belakang rumah ... dan juga petik buah rambutan yg baru nak bermula musimnya ...


Hbby berkejar bila dengar bunyi buah durian jatuh ... dan inilah hasilnya yg berbaloi-baloi. Tak sia-sia bertarung dengan nyamuk yg asyik menghisap darah ...















aku pun tolong gak ... tolong posing dan tolong kumpulkan durian yg hubby kutip dari pokok ...

















hubby tunjuk bakat mengopek durian. dan aku menunggu dengan penuh ketidaksabarannya ....

ehm ... rasanya memang lain dri yg selalu beli tu ... rasa lemak, segar dll ...





















Dan ini aktiviti petang ... petik buah rambutan ... Inilah syoknya tinggal di kampung ... tapi macam kampung aku yg di kelilingi sawah padi ... hanya merasa semua ni selepas berkahwin jer la ... ha..ha ... Imal tengah rajin tolong papanya bersihkan rambutan yg banyak semut ... aku tolong ambik gambar jer la ...

sementara we all sibuk dengan rambutan, Ammar sibuk mengotorkan diri dengan main air ... cuaca baru lepas hujan ... seronok sangat dia hentak2 kaki kat air tu ... letih neneknya ngajak naik ... tapi tak dilayannya langsung ...



Saturday, October 24, 2009

Jamuan Raya

atas permintaan ... Selasa 20hb. aku adakan rumah terbuka utk rakan2 sekelas 2A ... terima kasih atas kesudian menghadirkan diri ... menu laksa dan nasi ... berlaukkan sup tulang, ikan bakar dan ulam ... semua menu aku siapkan malam sebelum ke kelas ... so habis kelas terus datang umah ...

buat rakan2 ... kenanglah saat2 ini .. bagaimana perjalanan datang tak sampai setengah jam ... tapi bila balik boleh jadi sesat mesat ... perjalanan sampai 2 jam lebih utk ke maktab ... apa tidaknya terikut member yg nak balik ke Damansara ... bila perasan masing2 dah kelam kabut ... sudahnya masing2 terpisah ... kesian korang ... jgn serik nak datang lagi sudah la ...

juga buat eta dan anak2 ... terima kasih sudi datang dan menghabiskan lauk pauk yg ada ...






Thursday, October 15, 2009

Balik Kampung!

Esok sudah mulai bercuti untuk Deepavali. Seronoknya ... rindu sangat nak balik kampung ... kampung mertua tiap minggu balik ... yg ni balik kampung sendiri la ... walaupun raya tu hari dah berlama2 kat kampung ... tapi cam lama jer tak balik ... rindu sesangat dengan bonda ... dengan keindahan sawah padi yg sedang menghijau ... hembusan anginnya yg penuh kesegaran ... merupakan terapi terbaik utk menghilangkan segala keluh kesah ...

Sekurang2nya, sebulan sekali aku mesti balik kampung ... rasa lain sangat kalau lebih dri sebulan tak balik. Sepanjang belajar, bekerja dan berkahwin ... aku tak pernah keluar dari Selangor ... dapat mertua pun org Selangor juga ... bila fikirkan yg KPLI hampir ke penghujung ... sesekali risau datang menjengah ... manalah tau tercampak kat mana2 ... uwaaaa!!! Insyaallah ... khidmatku masih diperlukan di Shah Alam... Amin!!!

Keizinan-Mu Jua

Hari ke-2 IC hubby hilang ... puas gak la telinga ni menahan bebelan hubby pasal kadar bayaran denda hilang IC yang tinggi ... kehilangan pertama RM100 dan juga RM10 untuk permohonan ... dan kehilangan kedua dan ketiga akan naik RM100 setiap satunya ...

dah plan2 nak gi buat report ... dan disebabkan aku terpaksa bergegas ke maktab atas sebab2 tertentu ... hubby bercadang nak buat report sekali dengan nak gi sekolah nanti ... sementara tu konon2nya merehatkan diri di atas katil ... tidur la beb!

Dan dengan izin-Nya jua ... rupanya masa hubby tidur tu ... hubby mimpi yang dia berlegar2 di pejabat pos ... dan secara kebetulan terus terjaga ... hubby teringat yg kali terakhir ada perasan IC tu masa nak perbaharui lesen minggu lepas ... hubby pun terus bersiap pergi ke pejabat pos ... dan alhamdulillah ... IC hubby memang ada dalam simpanan ... tunggu masa untuk dipos sekiranya lewat dituntut ...

Alhamdulillah ... syukur sangat bila hubby bagitau yg Ic dah jumpa ... Benarlah ... bila Allah mengkehendaki-Nya ... tiada yg mustahil bagi-Nya. Terima kasih Ya Rahman Ya Rahim ...

Tuesday, October 13, 2009

Hari keempat berpuasa di bulan Syawal ... hari ni hanya ada satu kelas sahaja ... kelas IP ... dlm kul 10.30 pagi dah bertolak balik .

Belah petang nak siapkan assignment Math ... 2 kad manila habis digunakan ... tapi bentuk cone dan cylinder yang aku hasilkan tak menepati standard piawaian ... tak kemas dan tak memuaskan hati ... entahlah ... malasnya nak buat yg lain.

Esok pula sepatutnya ada 2 kelas ... tapi En. Rohimie dan Pn Yati tak de ... tak yah datang maktab la. Ada jemputan hari raya di Bghn Belanjawan, Kmtrn Kwangan ... ingat lagi diorang dgn aku ... tapi nampaknya tak dapat menghadirkan diri ... dah janji dgn hubby nak puasa sampai Khamis ni.

Sekolah Ikmal pula ada sambutan sukan sekolah ... puas pujuk mama dan papanya suruh datang tengok dia berlari ... ikutkan hati aku nak sangat balik ... tak sampai hati dengar rayuan Ikmal ... kebetulan aku pun tiada kelas esok ... tapi mesti abang tak benarkan utk balik kampung sendiri ... aku pujuk abang suruh MC ... tapi abang ingatkan aku tugas seorang guru ... jangan suka2 cuti tanpa sebab ... kasihan murid2 dan juga guru2 lain yang kena relief kelas ...

Ikmal, maafkan mama sayang! Mama harap ikmal berjaya dalam semua acara yg disertai ...

Monday, October 12, 2009

Happy Birthday Papa

12 Oktober 2009 ...
Selamat Ulang Tahun Yang ke-40 ...
Seiring pertambahan usiamu, semakin kukuh kasih sayang ini untukmu. Semoga papa dipanjangkan umur, sihat dan ceria selalu.

-with luv-
ikmal dan papa

Friday, October 2, 2009

Kembali Bergelar Pelajar

Dah seminggu berlalu ... kini aku kembali menempuh traffic jam untuk ke maktab ... maklumlah sepanjang 12 minggu menjalani praktikum ... perjalanan tak sampai 5 minit utk ke sekolah ... tapi sejak bergelar pelajar ni ... terpaksalah keluar awal pagi utk ke maktab.

Bagaimanapun, jadual pengajian utk semester 2 ni hanya separuh hari sahaja ... subjek major dan minor, dan juga Ilmu Pendidikan ... dan hanya tinggal sebulan sebelum exam akhir ... yg dijadualkan bermula 3 November nanti.

Sementara untuk temuduga spp (Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran), aku dan rakan2 sekelas 1A (skrg dah jadi 2A) adalah pada 29 Oktober 2009 ... sama ada sesi 7.30 pagi atau 10 pagi. Aku dapat sesi 7.30 pagi ... sebelum ni aku ada masalah sikit kerana nama tiada utk senarai temuduga sedangkan semua rakan ada ... bila cek dengan HEP ... rupanya no IC pada HEP salah ... nasib baik benda ni cepat disedari dan aku pun dah menghubungi pegawai di spp utk membetulkan no IC.

Malasnya nak study utk exam dan juga temuduga spp tu ... sesapa yg ada tips utk temuduga, bolehlah berkongsi yer!

Saturday, September 26, 2009

Salam Aidilfitri 1430H

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua ... maaf zahir dan batin atas segala silap dan dosa ...

Raya kali ni turn rumah mertua ... pagi Jumaat, kebetulan dah cuti, sebelum bertolak balik, aku dan suami kemas rumah sikit2. sapu sawang, lap tingkp dan tukar apa2 yg patut ... he..he... dan lepas solat Jumaat barulah bertolak balik kampung. kami bertolak ke rumah mak aku dulu utk tolong berkemas dan bantu mak masak2 serba sedikit utk raya ... memang itu rutin kami setiap tahun. kalau turn rumahku, kami akan ke rumah mertua dulu dan begitulah sebaliknya. dah habis berkemas dan tolong mak kat dapur sekejap ... lebih kurang kul 4, barulah bertolak rumah mertua.

gambar2 sekitar raya ... susah sangat nak upload ... line tak berapa ok ...












hari ni ... aidilfitri dah masuk hari ke-7 .. dan aku dah balik ke shah alam sejak hari ke-5 lagi... kasihan dengan ikmal yang dah rindu sangat dengan rumahnya ... kebetulan kaum kerabat pun nak datang berkunjung sebelum habis cuti ...

hari ni aku masak bihun tom yam je ... ada 3 keluarga lagi tak sampai ... mungkin hari ni tapi tak confirm lagi ... tu yg malas nak masak lebih2 ... kalau tak jadi dtg ... kami dok perabih sendiri je la ...

Isnin ni aku dah kembali ke maktab ... refleksi keseluruhan praktikum sebagaimana yang diminta oleh Doc. Roshani langsung tak buat lagi ... esok dah kena kembali ke kampung hantar ikmal ... cepatnya masa berlalu.