Monday, October 6, 2008

Kenangan Raya

Selamat hari raya buat semua. Hari ni merupakan hari ke-6 kita menyambut Syawal ... 9 hari di kampung ... ditambah kesibukan beraya tidak mengizinkan aku utk membuat sebarang catatan di blog ini ... apatah lagi rakan2 yg lain tentunya sibuk dengan xtvt berziarah di hari raya ...

Tahun ni rasa puas juga beraya ... Sebelum raya, Sabtu dan Ahad aku bermalam di rumah mertua ... hari Isnin pagi bertolak ke kampung halaman ... he..he... tak jauh mana pun ... dalam 1 jam lebih perjalanan ... tinggal di Selangor dan berkahwin juga dengan orang Selangor ... aku dan suami memulakan xtvt mengemas rumah di kampung ... maklumlah dalam keadaan rumah yg sedang dalam ubahsuai, barang bersepah2 ... tima kasih pada suamiku yg ringan tulang membantu mengemas rumah ... tolong susun atur perabot ... basuh 2 bilik mandi ... dan tolong kupaskan bawang2 ... he..he.. bab kupas bawang ni yg aku paling lemah sekali ... kupas 2 /3 biji pun air mata dah meleleh ... inikan pula kalau nak buat rendang.

Petang sebelum raya ... hanya aku, kak zah(5 org anak) , dan 2 orang adik lelaki yg ada di kampung ... walaupun mempunyai 12 adik beradik ... masing2 sudah berkeluarga dan anak2 yg sudah besar ... mereka lebih senang membuat persediaan raya di rumah masing2 yang terletak tidak jauh dari rumah orang tuaku ... elok juga kerana kalau serentak berkumpul di kampung ... dengan anak buah yg berjumlah 41 orang ... mahu jadi tongkang pecah kat rumah ... belum campur lagi dengan ipar duai ... sorang adikku Milah tak de ... raya di rumah sendiri sebab family mertua dari Kelantan beraya di rumahnya.

Juadah pagi raya, hanyalah lemang, nasi impit, rendang ayam dan rendang daging ... tapi seperti biasa pabila menjelang petang, pelbagai jenis juadah akan dibawa oleh anak2 mak yg lain. malam raya kedua ... rumah penuh sesak dengan anak menantu mak yg lain ... sampai terpaksa berbahagi tidur di rumah kak As yg terletak tidak jauh dari rumah mak. Habis semua sudut rumah mak dibentang toto dan tilam untuk tidur ... agaknya kalau berjalan dalam gelap mahu terpijak badan orang ...he..he... Ikmal pun bila banyak geng ... tak nak tidur dengan mama kesayangannya ... tidur dengan sepupu2nya depan TV.

Selepas solat raya, rumah di kampung tak putus2 dikunjungi orang ... berbondong2 kereta keluar masuk ... maklumlah nenek berada dalam jagaan mak ... so semua sanak saudara, pak cik makcik akan membawa anak menantu, cucu masing2 menziarahi orang tua yg masih ada. Aku dan kak zah banyak kali tertangguh untuk keluar beraya kerana kereta tak dapat keluar dan kasihan dengan mak dan adik yg sentiasa berdiri depan sinki cuci gelas dan cawan. Petang baru dapat berkunjung ke rumah adik beradik yg tinggal di kampung ... sampai ke malam baru balik rumah. Paling best kat rumah kak As sebab dapat makan laksa kegemaranku ...

Raya ke2, giliran beraya bersama2 keluarga sebelah mertua ... kebetulan kampung nenek/atuk, pakcik makcik abang tidak jauh dari rumahku di kampung ... Kak zah, anjang, kak as, kak minah dan lain2 konvoi ke rumah abg long yg mengadakan open house sempena berpindah ke rumah baru, tapi tak boleh la nak join sebab dah janji nak beraya dengan family abang.

Sebelum tu pagi2 sempat beraya di rumah Maizatul ... kawan sekolah yg dalam pantang anak ke2 ... dan berjumpa dengan bestfriend masa sekolah, Fidah ... Fidah mengajar di Kuantan manakala Maizatul di Sarawak. Hajat di hati juga ingin ke rumah Noraini yg juga sedang dalam hari ... namun masa tak mengizinkan ... Malamnya, family abang balik ke Sungai Tengi manakala kami kembali ke rumah mak ... sampai rumah lebih kurang 11 malam ... penat dan mengantuk ... perut pun rasa nak meletup akibat terlebih makan.

Raya ke3, kami konvoi 3 buah kereta ke rumah saudara mara ... kali ni dapat bawa mak sekali ... itupun masa tengah bersiap 2 trip rombongan datang beraya ... semuanya nak jumpa nenek ... tak kenal sangat ... walau pun tiap tahun ada sesi suai kenal sedara mara ... tapi ingat kejap jer ... pas tu mesti lupa balik ... kecuali saudara mara yg rapat sahaja ... kali ni beraya sampai ke Jeram, Kapar. Plannya nak balik ke rumah mertua belah petang ... tapi macam2 hal ... sampai tak sempat balik.

Raya ke4 ... barulah kami dapat balik beraya ke rumah family abang ... semua adik beradik abang ada berkumpul ... riuh rendah rumah ... Ikmal la paling seronok dapat main dengan sepupu2 yg hampir sebaya dengan dia. Kalau sebelah aku, kebanyakannya dah memasuki sekolah menengah ... tapi ada juga la yg kecik2 cuma tak seramai belah abang yg memang baya2 Ikmal. Sakan menghabiskan lebihan mercun dan bunga api. Petangnya, beraya di rumah sedara mara abang lagi ... sebelum bertolak patutnya nak ambik gambar keluarga kebetulan semuanya berkumpul ... tapi disebabkan mak datang ke rumah abg longku yg tidak jauh dari situ ... aku pun ke rumah abg longku sebelum join dengan yg lain. So tahun ni tak de la gambar raya dengan family mertua.

Raya ke5 ... tengahari kami sudah bertolak ke Shah Alam sebab abang banyak keje sekolah yg belum settle ... exam akhir tahun utk budak2 pun dah makin hampir ... sambil tu boleh la aku kemas rumah yg pastinya berhabuk sebab diitinggalkan ... takut macam tahun lepas ... tetamu menunggu kami di taman permainan kanak2 ... lepas tu kelam kabut masukkan biskut raya dalam bekas ... masa tu juga anak2 jiran mengetuk pintu ... haru biru jadinya.

Satu hal yg mengecutkan isi perut ... pasti berat badan bertambah2 ... maklumlah makan tak beringat ... semuanya sedap ... semuanya aku telan ... kena cepat2 buat puasa syawal utk kurangkan berat badan ...

2 comments:

Cikgu Eta said...

wa.. panjangnya...........

seroja08 said...

ehm ... kan banyak hari tak entry