Wednesday, October 8, 2008

Ucapan Raya

Buat teman2 semua ...
lapangkanlah dada...
pinta dan berilah kemaafan...
kerana kemaafan adalah sesuatu yg terindah...
terima kasih teman ...

Antara ucapan aidilfitri dan kemaafan yg kuterima;

Dalam gurau ada terkata
dlm bicara terkasar bahasa
dlm tindakan terguris rasa
dlm hidup tak lepas dari dosa

Setenang hati yg tiada rasa benci dan dendam,
jika tangan tak sempat berjabat,
jika wajah tak sempat bertatap,
bukakanlah pintu maaf utkku
slm lebaran, salam penuh kemaafan

Pejam celik pejam celik,
dah lama tak jumpa,
pejam celik dah 30 hari pose,
makin dipejam celik,
makin banyak salah dan dosa,
sementara masih celik,
banyak2lah buat pahala,
sebelum pejam tak celik2,
harap maaf jika tersalah kata.

Tangan dihulur tak kesampaian,
senyum kuukir tak kelihatan,
sms kukirim tanda ingatan,
di aidilfitri kita bermaafan.

Walau langkah tak bertemu,
tangan tak berjabat,
ucap tak terdengar,
mata tak bertatap,
tapi izinkan hati memohon maaf,
terkasar bahasa tersilap kata,
mohon dimaafkan,
seikhlas hati Salam Aidilfitri diungkapkan.

Kad raya sudah ku beli,
tapi tak sempat ku poskan,
hanya sms jadi pengganti,
mohon maaf dari kejauhan.

Salam dihulur tangan dijabat,
pintu maaf sudah dibuka,
hanya pintu rumah masih berkunci,
selamat hari raya aidilfitri...

Syawal menjelma kegembiraan dirasa,
pada yg Esa jgn dilupa,
moga rahmatNya sentiasa mengiringi langkah kita,
selamat hari raya dri kami sekeluarga ...

Dan di bawah ni ucapan raya dalam bahasa Banjar, amacam agak2 boleh faham tak ...

Wadai kiping, kalakatar,
gegatas balungan hayam,
kad raya kulir menghantar,
sms pun jadiam ...

Tulak ka kadai tahaga kulaan,
bertapeh hanyar kadak bergigik,
jom pang kita barilaan,
kolukok kadak tahaga lagik...

Tulak sakolah basango dodol,
tahaga upeh diulah kurita,
puasa kan talah raya pula mencongol,
talabih takurang barilaanlah kita ...

he..he.. jgn tercengang ... tak faham tanya ...

3 comments:

Cikgu Eta said...

ada gak pantun raya saya tu...

bahasa banjar mmg tak faham... sy dapat gak pantun bahasa jawa... nasib baik sy faham

seroja08 said...

ada... bestfren kasi ... kena la letak ...

org jawa, faham pantun jawa ... yg akak ni banjar kena faham bahasa banjar ... sikit2 leh la

Unknown said...

izin copy pantun last skali tu Tulak sakolah basango dodol,
tahaga upeh diulah kurita,
puasa kan talah raya pula mencongol,
talabih takurang barilaanlah kita ...nk hanta kat member...mohon redho selamat hari raya maaf zahir batin