Tuesday, October 7, 2008

7 Syawal

Hari ke2 bekerja selepas raya ... jalan sudah semakin sibuk berbanding semalam, begitu juga ofis agak riuh rendah menunjukkan ramai yg sudah menjenguk diri selepas puas beraya. Habis raya di kampung, barulah warga kota menganjurkan rumah terbuka ... tahun ni aku tak planning lagi bila nak buat ... tengok bila ahli keluargaku dari kampung ada kelapangan ... weekend ni belum terima jemputan open house lagi ... tapi biasanya dah dekat mesti ada punya... berderet2 sampai tak tahu nak tuju ke mana.

Kat luar cuaca hujan ... menambah kedinginan aku kat ofis ni ... sudah la abang sidai kain baju semalam yg lembap kena tempias hujan dekat luar ... nampaknya hari ni pun makin teruk tempiasnya sbb hujan dan angin menderu2 ... bertambah basah la gamaknya ...

Alhamdulillah ... hari ini aku dan abg memulakan puasa syawal ... hajat nak buat sendirian ... tapi dah ada yg nak temankan ... pucuk dicita ulam mendatang ... boleh la buka dan sahur bersama2 ... utk sahur cuma gorengkan ikan kering buat penambah lauk sambal udang malam tadi ... utk buka tak plan lagi ... mungkin masak sendiri ... he..he... raya punya pasal duit pun makin susut ...

Teringat aku peristiwa malam semalam ... seusai balik dri kampung ... kami ke Giant utk mencari barang dapur dan lauk basah ... habis dalam rm200. Balik dari Giant buat catatan tentang wang yg dah kami gunakan sepanjang raya ... bermula dari hari Sabtu kami memulakan perjalanan balik kampung ... duit minyak dan perbelanjaan menjelang raya ... macam tak caya bahawa kami telah membelanjakan sebanyak rm1800 ... tu belum kira perbelanjaan utk kain baju/ tukar duit raya sebelumnya ... kalau nak ikutkan kami berdua berasal dari Selangor ... entah macamanalah kalau kampung nun jauh di utara, timur atau selatan ... tu belum payment utk kereta, bil2 dan macam2 lagi ... ehm ... tu baru anak sorang ...

Tapi sebenarnya kalau rezeki kita berkat ... yg sikit pun boleh jadi cukup ... terpulang pada kita bagaimana mengendalikan kewangan ... bukan aku nak bermegah ... tapi alhamdulillah buat masa ini rezeki kami masih dipermudahkan ... dulu gaji lagi sikit ... still boleh berbelanja seperti orang lain ... begitu juga sekarang bila ada duit lebih kat tangan ... makin banyak la kehendak kita ... sememangnya banyak mana pun duit, kita sentiasa merasa tak cukup ... itulah namanya manusia.

No comments: