Friday, October 31, 2008

Ronda2 Tengah Panas!

Panas2 pun ... jenguk juga ke pasar tani ..... inilah xtvt tghari Jumaat ... gi ramai2 dgn tm, zie & d'gang ... sibuk membelek ... zie & d'gang dah menghilang ... tinggallah aku dgn si tulip merah.

Tulip merah beli sandal utk anak dara kesayangannya ... aku cam biasa belek sana ... belek sini ... tapi kesudahannya tak beli apa pun.

Sblm balik si tulip beli nasi berlauk ... aku cukup sekadar apam balik dan keropok lekor ... dan 3 tongkol jagung manis utk direbus petang nanti. My hbby memang suka sgt makan jagung ... kira tenguk jer jagung mesti ingat dia .. ha..ha..

Keje tak sempat siap ... kena angkut balik umah la gamaknya ... memang la tak sempat siap ... kejap2 asyik membelek blog aje ... salah sapa ....... terkena batang hidung sendiri yg tak berapa mancung ni jugak!!!

Rajin Ker?

Atas nasihat seorg teman ... hari ni aku merajinkan diri menjenguk ke dapur di awal pagi ... gorengkan popia otak2 utk 2 jejaka tampan kat umah ni ... he..he .. panaskan segala macam lauk pauk ... siap tapau lagi popia dan nasi +ikan goreng sambal ...

Sempena ari jumaat yg berkat ni jugak ... aku bawa kuih raya bersama bekas2nya ke ofis ... almond london dan tart nenas ... sedekah kat member2 ... sampai habis Syawal ... kuih aku tak luak2... banyaknya cam tu jugak ... ha..ha.. aku memang tak pandai sgt makan biskut2 ni ... yg ada kat kepala otak aku ... nasi.. nasi ... nasi ... tu yg badan dah makin mengembang sana sini ...

Popia dah makan 2 ketul ... nasi tak usik2 ... rasa kenyang lak ...

Malam tadi my son dah terbocorkan rahsia hadiah harijadi utkku ... he..he ... 2 minggu je lagi ... dah tak suprise la jawabnya. Ikmal main bisik2 dgn papa dia ... so bila masuk tidur ... aku pasang jarum ... dan Ikmal dengan penuh jujurnya bagitau apa yg papa dah belikan utk mama ... w/pun dah tau ... bila papa bungkus cantik2 ... buat la konon2 excited ... kang kecik hati lak... he..he..

Lunch nanti ada orang belanja nasi beriyani bungkus ... ada BRO kat sini akan bertukar ke Kastam ... apa2 pun makan kat cafe juga ... kesian my friend tu nanti ...

Thursday, October 30, 2008

Ayat Al-Quran, Doa Tangani Karenah Anak

p/s : sumber dari petikan emel seorang kawan ... may be boleh dimanfaatkan bersama.

Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan baiti jannati. Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak.

Semua kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

Di sini, saya ingin berkongsi doa yang biasa amalkan dalam menangani kerenah anak sendiri dan anak jagaan di taska dan tadika. Ia adalah kumpulan doa yang banyak saya petik hasil daripada pembacaan selama ini, terutama daripada Nasiyah Abdul Razak, pengasas Rumah Qiraati Nurhidayah, Taman Melawati Selangor.

Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran,
baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali
diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”

Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.

Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.

Begitu juga, Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.

Bagi ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik, elok amalkan ayat 38, Surah Ali-Imran iaitu doa Nabi Zakaria bermaksud: “Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya:
"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”

Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Petua membaca doa dan harapan ketika anak baru lelap kerap saya amalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.

Selepas solat lima waktu, saya mengamalkan doa daripada
ayat 74, Surah al-Furqan bermaksud: “Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa.”

Ayat 40, Surah Ibrahim bermaksud: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”

Jadikanlah doa cara berkesan membentuk peribadi anak-anak. Doa itu senjata mukmin.

Seperti Biasa ...

Semalam balik keje ... singgah kopitiam belikan soto utk family mertua yg ada kat umah ... bila masuk umah ... cuma ayah mertua jer ada ... Ikmal dan neneknya ke kedai depan rumah ... ehm ... kalau tak menagih mainan tiap2 hari bukan la Ikmal anak bujang aku tu ... dah faham sgt karenah dia.

First time beli soto kat kedai tu ... kuah sup dia pelik sikit ... warna mcm kemerahan dan rasanya agak manis ... tapi bila dah masukkan kicap pedas ... rasanya back to normal ... Lepas minum petang, family mertua bertolak balik ... Ikmal diam tak berkutik depan TV, salam pun macam nak tak nak jer ... cam tu la style dia kalau sedih orang tinggalkan ...

Kasihan aku tengok lagak Ikmal ... tak de kawan ... selalu dia tanya kenapa dia tak de adik ... apa yg boleh aku katakan ... sedangkan di hatiku sarat dengan seribu rasa ... sedih, pilu, hiba ... bukan kami tidak berusaha ... tapi kalau belum diberikan rezeki ... takkan aku nak meraung ... meratap ... setidak2nya aku bersyukur masih punya sorang permata hati ... serta seseorang yg boleh aku berpaut dan mengambil kekuatan darinya ... terima kasih hbbyku ...

Kalau nak bercerita tentang rasa hati ... beribu patah perkataan tak dapat menjelaskan semuanya ... cuma aku redha dengan takdir ini ... aku kena kuatkan semangat dan tetap berusaha tanpa jemu ... kerna di luar sana masih ada insan lain yg diduga lebih hebat dari kami sekeluarga ...

Wednesday, October 29, 2008

Bangun Lewat

Ari ni agak terkocoh2 gi keje ... dkt 6.30 baru terbangun ... ni la padahnya tidur balik lepas tutup jam loceng ... letih sikit sebab malam tadi family abg ramai berkumpul dekat rumah.

Smlm balik keje singgah pasar dpn ofis ni ... kononnya nak cari popia otak2 ... tak jumpa ... akhirnya beli kuih donat dan roti John untuk minum petang.

Penat2 fikir nak masak apa malam ni ... rupanya MIL dah bawa bekal dri kampung ... nasi hujan panas satu periuk, ayam masak kari, dan ikan tongkol masak sambal ... adik ipar datang bawa telur bungkus dan ayam masak merah ... sementara abg lak dah rebuskan tulang buat sup ... ehm ... sampai tak tau nak pilih lauk yg mana satu ...

Sebelum gi keje sempat buatkan air jer ... utk breakfast pandailah MIL buat apa2 ... bertuah sungguh menantunya ... apa nak buat dah terlewat bangun ... family mertua akan ke PICC Putrajaya utk majlis konvo adik yg bongsu ... dia baru sahaja lulus interview di SPA ... belum dapat surat penempatan di kementerian apa ... sekarang keje sementara di LHDN ...

Tadi jumpa dengan BRO ... BRO bagi masa seminggu utk settlekan tugasan tu hari sebelum mesyuarat ... alhamdulillah ...

Tuesday, October 28, 2008

Cepatnya Masa Berlalu

Syawal dah hampir ke penghujung. Tak lama lagi bermulanya keberangkatan bagi orang yg akan menunaikan haji. Dekat surau MOF ada bacaan Yassin utk bakal jemaah haji kul 1 tghari nanti. Tahun ni ada sorang pakcik abg yg akan berangkat ke sana.

Ari ni bizi sikit ... BRO cuti ... assistant la asyik kena mengadap big bos ... tugasan tu hari pun tak siap lagi ... konon nak buat time cuti weekend ... tapi sbb balik kampung ... sempat buat sikit jer ... tu yg sampai tak sedar nak dekat lunch time ... kononnnnn ...

Ptg ni MIL datang ... esok adik ipar ada konvo kat PICC ... dlm sibuk2 pun kepala otak sibuk plan nak masak apa la malam ni ... my MIL tak kisah pun sebenarnya ... menantu dia jer panik tak tentu hala ...

Sat gi nak lunch dgn TM ... sambil tu nak pulangkan buku kat library ...

Hbby dan Ikmal masih lagi bercuti. Esok hbby dah start bertugas, tapi sekolah Ikmal hanya bermula 30 Okt., tak tahu mana nak hantar Ikmal. Nak suruh MIL bawa ke PICC, hanya budak atas 12 tahun yg dibenarkan ... nak hantar ke pengasuh lama di Sek.27, jauh la pulak ... apa pun ... akan difikirkan kemudian.

Balik Kampung

Akhirnya tercapai juga hajat nak balik kampung minggu ni. Asalnya Anjang nak datang rumah bersama dgn mak, tapi sebab Anjang ada hal lain ... tak dapat datang. Memandangkan Isnin cuti Deepavali, dapat la satu malam di rumahku dan satu malam lagi di rumah mertua.

Kami balik Sabtu petang. Sebelum tu sempat singgah di Stadium Malawati ... jualan gudang Metrojaya. Macam biasa abg beli 2 helai baju keje dan sehelai utk adik yg bakal menjadi penjawat awam tak lama lagi. Yg lain2 tu adalah sehelai dua baju utk Ikmal.

Hari Ahad, mak ajak beraya ke rumah mak cik di S.Bernam, tapi abang sibuk dengan paper exam akhir tahun budak2, aku pun bawa balik keje dri ofis ... rasa serba salah gak ... harap mak faham.

Milah datang dengan Najmi ... seronok betul abang adik tu dapat jumpa ... yg kelakarnya masa nak makan Najmi duduk atas riba Ikmal ... badan dah la besar sampai nak terbalik si abang tu dibuatnya ... tu la bdn kurus sgt ...

Petang Ahad bertolak ke rumah mertua. Singgah pasar T.Karang, beli soto dan pecal ... favorite bapa mertuaku ...

Petang Isnin balik ke Shah Alam ... bertolak awal sikit sebab nak terus ke rumah terbuka si TM ... apa pun dapat sekejap jer kat umah TM sebab ada masalah sikit dengan pak guard ... ada satu lagi umah terbuka di S.17, tapi dah lewat sgt ... malas nak gi ... sudahnya melencong ke jualan gudang Metrojaya lagi ... dan abg dapat sepasang kasut idaman hati ... he..he..

Friday, October 24, 2008

MaLam SaBTu YanG BoriNg!

Awat la malaih sangat malam ni
perut terlebih kenyang diisi nasi
niat hati nak layan tv
tapi tak de yg menarik di hati

keje konon banyak nak dibuat ...
tapi satu apa pun tak jugak start2 ...
kain baju dah seminggu tak lipat ...
basuh dan basuh ... lipatnya tak jugak buat ...

si Imal sibuk ngan Astro Ceria ...
suruh ambik buku ... esok cuti katanya ...
tak habis2 ngan ultraman tiga dan dyna...
sampai mamanya dah naik loya ...

my hbby lak tersadai penat ...
bebelnya jalan jem yang teramat ...
terkocoh2 sebab waktu maghrib yg singkat ...
nasib baik masih sempat ...

keje ofis pun dah menanti ...
tugasan tempohari tak sudah lagi ...
konon nak buat di masa cuti ...
tapi mood tak mari2 ...

entah apa2 la aku merepek ni ... layan diri sendiri ... kalau hbby tak bizi ... ingat nak ajak balik kampung esok ... rindunyaaaaaaaa!!!

Bingkisan Untukmu

Sempena majlis perpisahan YB Datuk Latifah ... kami abadikan khas buku scrap yg mengandungi ayat2 cinta dan ucapan penghargaan dari kami semua warga Bajet ...










En Nasir ... PPKB(K)1 akan bertukar ke kastam mulai Disember.

Zira, turut menerima penghargaan dari Bhgn Belanjawan ... kini bertugas di Kelantan ...
Saat2 akhir bersamamu ... thanks 4 everthing ...

Jamuan Raya KKBB


Biasa la kalau jamuan ni ... makan, makan, makan , snap,snap,snap ..
upacara potong kek ... oleh KSP, Yg.Bhg Datuk Rahamat Bivi dan YG.Bhg Datul Latifah... gambar tak clear ... may be sbb ngadap cermin kot ...


ex-PBB dan KSP

KSP dan big bos baru PBB

bersama ila dan onie

fizah, ila dan onie


dengan cc bib...

imee shahnaz, fieza, suhaili dan yusliza

nasi minyak ni orang sebelah punya .... tolong snap jer ... aku nya yg kat bawah tu ... soto n sate ... nak ambik nasi ... ramai sgt yg que ...



amboi main suap2 lak ... baik ko suap kumbang yg lena kat bawah ni ... ada gak pekdahnya ...



kat bawah ni ... gambar sakan lepas perut dah kenyang ...

puan normas bersama anak buah, irma dan desmond

zira, ex-kerani En Zam, diterbangkan khas dri kota bharu ... utk jamuan raya dan perpisahan



2 mamat yg perasan hensem ... nampak jer camera ... terus sengih2 ... ada makna la tu ...

Tetamu Jauh

Petang tgh menikmati kelunakan bebudak belajar mengaji kat TV9 , hbby sms ada kawan nak datang malam ni ... jauh datangnya ... dari blok depan umah... he..he... tu hari masa buat masak2 dah jemput diorang tapi tak dpt datang sbb ada hal lain ...
Kat dapur tak de bahan utk masak bagi jamu tetamu... setakat ayam beku 2 3 ketul tu nak buat apa jer ... baru nak tekan punat2 h/phone nak call hbby, masuk satu sms ' ... tak yah buat2 apa, makanan abg beli ...' selamat satu hal ...

Tengku Azlan n Iza ... kunjungan pertama kat umah kitaorg ... tapi kitaorg yg selalu ulang alik umah dia ... tiap tahun dia buat open house dan birthday party utk anak ...

Tepi dinding tu ... Alias@ijas ... still available tau ... rumah dah ada ... tinggal cari orang umah jer ...


Citer apa tu bang ooiii ... muncung2 mulut ngan mata terpejam2 tu ...


Bujang kecik 2 orang ni ... tak yah makan pun dah kenyang kalau bab main ...

Sembang punya sembang ... jam pun dah 11 lebih ... ni je la yg tinggal ..... ha..ha..



Thursday, October 23, 2008

Pening n Pening

Pagi breakfast mee goreng ... bawa bekal dri umah ...
lunch hour lak ... kuar makan dgn Jen dan Fizah ... dah lama tak join diaorg makan kat cafe ...

Meeting kat KL tangguh lagi ... Mara minta tangguh... elok gak sbb banyak hal tak settle ... naik pening n berpinar mata ni menengok banyak sgt masalah2 yg tak dijangka ... kena discuss gak ngan bos camana nak solve this problem ...

Wednesday, October 22, 2008

Rezeki Raya

Baru jer plan nak turun makan ngan tulip merah , dpt call utk acara makan2 kat sektor E ... sorry yer tulip ... memenuhi jemputan ni hukumnya dituntut ... selagi tak de halangan ... he..he... perut memg dah berkeroncong pun ...

macam2 ada ... makan nasi minyak+ayam masak merah ... dan sate 5 cucuk ... sekejap jer join kat bawah ... tak biasa sangat dengan yg lain2 ... borak kejap ... terus naik atas ...

Bergerak Pantas ...

Semalam sejurus habis meeting dgn Yg.Bhg Datuk PBB ... ada satu ungkapan yg disebut dgn kuat .... ' bergerak pantas ' ... agaknya ni motto baru kot ... mungkin satu pengharapan dari PBB agar anak buahnya dpt bekerja lebih efisen ...

Hari ni ungkapan tu berlegar balik kat kepala bila teringat banyak lagi keje nak kena buat ... asyik meeting ... makan n makan ... udahnya keje tak siap sedangkan patutnya petang ni dah finalized sblm bawa g meeting ngan MARA esok ...

Dapat memo tentang family day KKBB utk bln Dis. nanti ... ada 6 tmpt yg di listkan ... Bukit Merah Resort , Cherating, PD, Langkawi, Sg Klah Perak dan Tekam Resort Pahang ... mana nak pilih yer ... rasanya nak pilih Bukit Merah kot ... nak mengimbas balik kenangan sambut anniversary yg pertama kat sana ...

Tuesday, October 21, 2008

Jamuan Raya Lagi dan Lagi

Jamuan raya lagi ... kali ni jamuan raya sektor A ... menu pelbagai ... lemang dan sate kitaorg order ... yg lain2 semua org kena bagi sumbangan ...

Aturcara jamuan dah bertukar ... ikut plan sebelum jamuan ada majlis ringkas, ucapan Timbalan Sektor dan majlis penyampaian cenderahati utk k/tgn yg berpindah ke bhgn lain ... tapi sbb habis meeting ngan PBB dah lewat ... perut masing2 dah berkeroncong ... semua serbu makanan ... sudahnya makan dulu ... baru ucapan ... he..he.. janji perut kenyang.



Dadih ni jer la yg terdaya i sumbangkan ... dadih mangga dan grape ... pastu masukkan isi nata di coco ... jgn tak tau ... habis satu shah alam pusing nak cari bekas tu ... awat la musim2 raya ni bekalan kureng ...


macam2 dessert ada ... sampai tak tau nak makan yg mana ...



Ni la tetamu kehormat we all ... YG.Bhg Datuk PBB yg baru ... dapat hadir kejap jer ... besa la bizi memanjang ... gmbr kureng jelas ... silau ngadap cermin tu kot ...


selain lemang dan sate ... menu pilihanku ... of course laksa utara ... ehsan dri Nana ... yg lain2 ada nasi impit, rendang tok, ayam masak merah, sambal udang, sambal ikan bilis, roti jala, kari ayam, makaroni, kuah kacang, kuah lodeh dll ...


ehm ... encem man ni la TPB kitaorg ... payah nak snap gambar dia ... nasib baik kali ni sporting giler ...


Pn Normas, En Azmi, En Ramzi dan En Rahman

ni antara timbalan2 sektor kat Bajet , Mr Giva-TPB Dasar, En. Yusoff -TPB Sosial dan my ex-bos Tuan Syed- TPB(A) ...









Mengabadikan kenangan dengan my ex-bos yg mula2 sekali kat Bajet ni ... En Rahman sebelum dia bertukar sebagai Timbalan bg sektor K.