Saturday, September 26, 2009

Salam Aidilfitri 1430H

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua ... maaf zahir dan batin atas segala silap dan dosa ...

Raya kali ni turn rumah mertua ... pagi Jumaat, kebetulan dah cuti, sebelum bertolak balik, aku dan suami kemas rumah sikit2. sapu sawang, lap tingkp dan tukar apa2 yg patut ... he..he... dan lepas solat Jumaat barulah bertolak balik kampung. kami bertolak ke rumah mak aku dulu utk tolong berkemas dan bantu mak masak2 serba sedikit utk raya ... memang itu rutin kami setiap tahun. kalau turn rumahku, kami akan ke rumah mertua dulu dan begitulah sebaliknya. dah habis berkemas dan tolong mak kat dapur sekejap ... lebih kurang kul 4, barulah bertolak rumah mertua.

gambar2 sekitar raya ... susah sangat nak upload ... line tak berapa ok ...












hari ni ... aidilfitri dah masuk hari ke-7 .. dan aku dah balik ke shah alam sejak hari ke-5 lagi... kasihan dengan ikmal yang dah rindu sangat dengan rumahnya ... kebetulan kaum kerabat pun nak datang berkunjung sebelum habis cuti ...

hari ni aku masak bihun tom yam je ... ada 3 keluarga lagi tak sampai ... mungkin hari ni tapi tak confirm lagi ... tu yg malas nak masak lebih2 ... kalau tak jadi dtg ... kami dok perabih sendiri je la ...

Isnin ni aku dah kembali ke maktab ... refleksi keseluruhan praktikum sebagaimana yang diminta oleh Doc. Roshani langsung tak buat lagi ... esok dah kena kembali ke kampung hantar ikmal ... cepatnya masa berlalu.

Thursday, September 17, 2009

Gambar2 Praktikum

Bersama group praktikal dari Maktab Teknik, Anis dan Suffiah dan juga Fida.

Bergambar bersama YDP PIBG, En. Nasa dan Guru Besar TTDI Jaya, Hajah Mariah Mahat


Sebahagian daripada murid-murid 5 Mutiara.

Majlis Khatam Quran


Sewaktu penyerahan duit raya dan sumbangan kepada anak yatim dan fakir miskin.


Program Halaqah




Aktiviti mengecat bahagian tepi koridor ... sebagai tugasan sewaktu minggu UPSR ... Bahagian Keselamatan


Kursus Ladap ... Kajian Tindakan Bahasa Melayu ... Teknik Si BuDi


Tamat Praktikum

Syukur alhamdulillah ... akhirnya ... aku berjaya menamatkan praktikum dengan jayanya ... penyeliaan kali terakhir mendapat komen yang amat positif dari pensyarah dan guru pembimbing ... maklumat daripada guru pembimbing ... dapat A+, tapi markah tu patutnya untuk rentasan cemerlang jer kan ... tak kisahlah ... cemerlang atau tak ... yang pentingnya dah lulus ... dah aku perlu menyiapkan diri fizikal dan mental utk menempuh pelbagai halangan lagi sebelum bergelar guru dan juga setelah bergelar guru nanti.

Member2 praktikum semuanya dah cek nama utk interview dgn spp.gov., masalahnya nama aku sorang tak de dalam pangkalan data ... dengarnya interview antara 26-29 oktober ni ... nantilah lepas raya check balik.

Habis penyeliaan terakhir selasa tempohari ... adalah kali terakhir aku dapat masuk kelas 5 Mutiara ... ini kerana Rabu ada majlis khatam Quran, Khamis aku bertukar masa dengan Kak Haida sebabnya bertukar masa dengannya untuk penyeliaan tempohari dan Jumaat sudah bercuti.

Sebabnya dah kesuntukan masa ... aku ambil masa rehat hari Khamis untuk majlis penyampaian hadiah sebagaimana yg aku dah janjikan utk budak2 5M, utk 3 pelajar terbaik peperiksaan Setara 2 tempohari, buku skrap terbaik, pemenang syarahan dalam kelas, hasil kerja terbaik dan juga anugerah utk penglibatan paling aktif dalam kelas. Banyak juga duit yg aku laburkan utk semuanya ini ... tapi aku puas hati melakukan semuanya utk murid2 yang memberikan komitmen yang baik sepanjang aku menjalani praktikum.

Untuk penyeliaan terakhir tempohari, aku jalankan simulasi utk pertandingan syarahan ... ada yg jadi pengerusi majlis, barisan hakim, penjaga masa, dan 4 orang peserta pertandingan. skrip pengerusi majlis, teks syarahan, dan borang pemarkahan aku sediakan sendiri ... perah otak satu malam utk ingat balik suasana pertandingan syarahan ... dan alhamdulillah ... yg lain2 pun bagi kerjasama yang baik ... terutamanya masa susun atur meja kerusi ... risau sangat kalau bising ...
apa2pun ... semuanya berjalan seperti yang dirancang ... dan murid2 yang tak ambik bahagian kena lengkapkan peta minda yang diberi...

Intan Zulaikha ... peserta tunggal wanita ...

Saiful ... pengerusi majlis dan juga ketua kelas 5M yg kena kerah selalu baru bergerak ..


Doc. Roshani dan guru pembimbing , Kak Yati ...

bersama patner praktikal, Fida, doc. Roshani dan kak yati

Saturday, September 5, 2009

Tahniah utk Rentasan Cemerlang

Semalam adalah penyeliaan ke-3 oleh pensyarah pembimbing ... biasanya terjah ke kelas ... cuma kali ni aku dapat makluman awal sewaktu nak masuk ke kelas. dah rezeki aku ... kalau rakan2 yang lain dapat maklumat lebih awal ... tapi aku kena sentiasa bersedia setiap hari ... dengan bbmnya ... dengan harapan pensyarah akan datang ... namun dah dua minggu harapanku tak kesampaian hinggalah semalam barulah doktor menunjukkan mukanya ...

Alhamdulillah ... aku mendapat penilaian yang lebih baik dari minggu ke-2 ... lebih banyak 5 daripada 4 ... dan ketika rakan2 yang lain sudah dicalonkan untuk rentasan cemerlang, aku masih terhutang 2 penyeliaan dengan pensyarah. Minor belum pernah sekalipun diselia dan juga penyeliaan bersama dengan guru pembimbing.

Minggu praktikum hanya tinggal 2 minggu sahaja ... minggu hadapan sudah minggu UPSR ... sebahagian murid dicutikan secara bergilir ... dan banyak aktiviti sempena bulan kemerdekaan akan dijalankan... hendak tak hendak ... hanya minggu yang terakhir sahaja untuk kedua-dua penyeliaan, minor dan juga major utk penyelian bersama.

Apa-apapun ... semoga aku berjaya menghabiskan minggu praktikum dengan jayanya ... Buat Aman Shah dan Nana, tahniah kerana dicalonkan untuk rentasan cemerlang ... semoga jadi wakil kelas 1A sebagai calon cemerlang.

Tuesday, September 1, 2009

Happy Anniversary ...


Happy Anniversary!
Semoga kasih kita abadi selamanya.
9 tahun bersamamu ... merupakan detik-detik indah dalam hidupku ...

Mama dan Ikmal sayang papa selalu!

Sunday, August 30, 2009

Buat Suamiku ...

Di kesempatan ini, mama nak ucapkan banyak2 terima kasih atas semua pengorbanan dan susah payah papa membantu menyelesaikan seribu kekalutan yang berlaku dalam keluarga mama baru2 ini ... mama tahu yang mama tidak pernah tersilap memilihmu sebagai pasangan hidup mama sehidup semati ... yang sanggup mengharungi susah payah keluarga mama ... terima kasih sayangku ...

Buat ibuku ... semoga kita sama2 tabah menghadapi dugaan Tuhan ini ...

Saturday, August 29, 2009

Kisah Awal Ramadhan

Sepanjang minggu ni macam2 hal yang berlaku ... dari kampung bergegas ke Felda Gedangsa untuk hantar nenek ke rumah Pak Ngah ... kemudian ke rumah abang Long di Sg Tengi Selatan ... balik Shah Alam ... pegi Bukit Beruntung dan semalam kami ke Kajang ... baru hari ni berkesempatan duduk di rumah dan masak untuk buka puasa.

Dan dah seminggu juga mak berkampung di rumahku ... saja ku bawa ke rumah supaya mudah ke surau untuk menunaikan Terawih ... maklumlah surau di kampung agak jauh ... dan kesian mak sedikit bermasalah untuk solat Terawih berjemaah.

Menu buka puasa ... simple aje ... ikan terubuk bakar ... cecah dengan mangga muda ... kangkung ikan masin dan cendawan goreng ... kemudian mak masak kuih tepung talam ... ingatkan dah cukup dah ... memandangkan masih ada masa sejam sebelum buka puasa ... tetiba terasa nak pergi Bazar Ramadhan kat Stadium Shah Alam.

Ehm ... kalau dah kat sana ... penuh jugak la tangan membimbit plastik ... roti John, martabak, laksam, sup tulang dll ... kesudahannya ... dah hampir 12 tgh malam ... makanan masih penuh kat atas meja makan ... laksam langsung tak terusik dan banyak lebihan makanan atas meja ... tu pun kuih tepung talam tu dah bawa separuh ke surau masa Terawih ...

Akhirnya bulan yang sepatutnya berjimat cermat ... tercemar dengan pembaziran sebegini ... semuanya kerana nafsu ... sebenarnya inilah yang berlaku setiap kali bulan puasa ... masa menahan lapar ... terasa semua makanan enak belaka ... tapi kita lupa ... kemampuan perut kita terbatas ... terlebih makan ... menyebabkan malas terawih dan mata pun mengantuk ...

Rasanya bukan aku sahaja yang menghadapi masalah ini ... buat rakan2 yang terasa ... marilah kita cuba perbaiki diri supaya dapat mengekang nafsu berbelanja ... membeli ala kadar ... supaya bulan Ramadhan yang mulia ini tidak menjadi bulan pembaziran.

Thursday, August 27, 2009

Layan Perasaan La Pulak ...

Cuti dah semakin ke penghujung ... tapi sebenarnya banyak benda yang nak kusettlekan sepanjang minggu cuti ini ... tapi masih tertangguh ... banyak peristiwa mendukacitakan yang berlaku sepanjang minggu ini ... juga minggu sebelum bercuti ... yang terlalu payah untuk kuluahkan ...

Puasa masuk hari ke-6 ... badan tak sihat dari semalam ... selsema+seram sejuk+pening ... semuanya bercampur baur ... itu yang menyebabkan satu kerja apa pun tak jadi ... tambah pulak dengan cuaca yang sejuk2 ni ... menyebabkan aku terus dibelenggu kemalasan yang tak berkesudahan ...

Tahun 2009 banyak mencatatkan peristiwa besar dalam hidupku ... antara suka dan duka ... antara ria dan tangis ... semuanya bergumpal menjadi satu ... kadangkala menjadikan aku insan yang kian tabah ... namun ada masanya aku rasa bagaikan ingin jatuh tersungkur ...

Habis pengajian 1999 ... bergelumang selama 8 tahun dalam industri warehouse ... juga banyak mencatatkan suka duka ... Tahun 2008 ... berpeluang bekerja di sektor awam ... walau banyak cabaran kerana banyak perkara baru yg perlu kupelajari ... namun banyak pengalaman indah yang kulewati ... pengalaman yg tidak akan aku dapat di mana2 ...

Kini ... tahun 2009 ...setelah lama meninggalkan alam pendidikan ... aku kembali bergelumang dengan buku2 ... banyak manisnya ... namun banyak juga pahitnya ... apa2 pun ...inilah kehidupan yang telah kupilih senekadnya ... dan aku bersyukur kerana terpilih untuk melalui saat2 sukar ini ... kerana di dalamnya banyak kemanisan ... andai aku kuat dan tabah ... pasti kemanisan itu akan kunikmati ...

Wednesday, August 26, 2009

Salam Ramadhan 1430H

Alhamdulillah ... hari ni masuk hari ke5 umat Islam seluruh dunia menunaikan ibadah puasa. Selamat berpuasa buat semua dan semoga Ramadhan kali ini dapat dimanfaatkan oleh kita semua sebaiknya. Kebetulan Ramadhan kali ini cuti sekolah ... dapatlah aku berlama-lama sikit di kampung ... dan baru hari ni aku kembali ke Shah Alam.

Ikut hati malas nak balik ke Shah Alam awal2 ... tapi kesian dengan Ikmal yg dah rindu sangat nak balik rumah sendiri ...

Dan Ramadhan kali ini ... mencatat satu peristiwa yang pahit dalam sejarah keluarga kami ... amat memilukan ... namun mungkin inilah yang terbaik ... semoga ibuku tabah menghadapi segala dugaan yang diberikan Tuhan.

Saturday, August 8, 2009

Aktiviti Gotong Royong Perdana

Hari ni berlangsungnya xtvt gotong royong perdana sk ttdi jaya. selain tu majlis penyampaian hadiah kerana memenangi hadiah pertama kempen kitar semula MPSA ... dan pelancaran derma buku ''drop a book'' ...

aku ditugaskan untuk membersihkan makmal sains bersama seorang guru sains dan 4 orang tunas puteri. Malangnya, guru tersebut MC hari ni ... sedangkan aku berharap dengannya utk memberi arahan untuk membersihkan makmal tersebut ... dan aku hanya membantu .... dan bila masuk ke dalam makmal sains ... tuhan jer yang tahu betapa terkejutnya aku tengok betapa kotor dan berhabuknya ...

diisebabkan aku tak pernah masuk makmal sains ... so tak de satu pun perkakas yang kubawa ... ke sana sini minta kain buruk, sabun dan batang mop ... dan yang nyatanya ... aku teramat-amat letih hari ini.

sekolah abg sks17 adakan karnival mesra hari ini ... pukul 5 petang baru sampai rumah. ikmal ke rumah acik milahnya ... so aku tak balik kampung hari ni ... lagipun banyak kerja sekolah yang tertangguh ... penulisan jurnal dan macam2 lagi ...

Tuesday, August 4, 2009

Penyeliaan Ke-2

Akhirnya ... setelah lebih 2 minggu menanti ... akhirnya pensyarah pembimbing menjenguk mukanya buat kali kedua di dalam kelas ... memang dah rezeki aku gamaknya ... dapat pensyarah yang memang datang mengejut ... redha je la ... walau apapun aku tetap jalankan tanggung jawab sedaya mungkin ... dan alhamdulillah walaupun lecturer datang tanpa amaran ... result penyeliaan kali ini ada peningkatan berbanding sebelumnya ... sebelum ni 3 & 4 ... kali ni dapat la 4 & 5 ... tapi seperti dulu juga ... kesian rakan sepraktikal yang masih menerima komen yang negatif seperti sebelumnya ... semoga dia mendapat pengajaran sebaiknya ... dan dapat melakukan yang lebih baik di sesi P&P yang aan datang.

Wednesday, July 22, 2009

Lama rasanya tak mencoret ... praktikum dah masuk minggu ke-5 ... dan aku juga semakin serasi dengan murid-murid. Taring pun dah semakin keluar ...

Minggu ini adalah minggu ujian Setara 2 ... dapat rehat sikit daripada berhempas pulas siapkan RPH dan BBB ... tapi esok dah habis ujian ... kena berperang lagi macam biasa ... lagi satu pensyarah pembimbing jenis yg datang mengejut ... tau2 terpacak dekat kelas ... hendak tak hendak memang kena sentiasa bersedia ...

Insyaallah ... minggu depan pelatih2 praktikum akan manganjurkan kempen kesihatan ... tempoh masa yang diberikan terlalu singkat ... perlu dilaksanakan awal Ogos ni... perancangan awal kami akan menghubungi pihak klinik kesihatan utk menjalankan pameran ... tetapi kami dimaklumkan bahawa kami perlu membuat tempahan sekurang-kurangnya sebulan sblm hari tersebut ...

Jalan terakhir ... esok baru nak mulakan latihan untuk persembahan ... persembahan pelbagai versi tentang kesihatan ... puisi, dikir barat, lakonan, tarian dll ... ambik masa sedikit selepas perhimpunan untuk dipersembahkan ... laporan kena siap untuk dihantar ke PPD sebelum 4hb. Ogos ...

Sebenarnya ini adalah projek yg diwajibkan oleh PPD kepada setiap sekolah. Memandangkan program perkhemahan unit beruniform yg dijadualkan hujung minggu ini ditangguhkan ke bulan Oktober ... hendak tak hendak kami terpaksa menjalankan satu projek yang lain utk laporan aktiviti praktikum ... dan GPK Koku bagi peluang kepada kami untuk menjalankan kempen kesihatan ini ...

Wednesday, July 1, 2009

Dugaan Pertama

Awal pagi, terima call dari Dr. Roshani. Nak datang utk pra-penyeliaan. Kebetulan pasangan praktikum MC hari ni ... so aku terpaksa handle sorang2, uruskan pertukaran jadual waktu coz doc. nak datang awal pagi ... kebetulan jadual aku adalah 3 masa yang terawal tu ... bawa jumpa GB, GPK1, guru pembimbing dll. Lepas tu ajak doc. makan kat kantin.

habis pra-penyeliaan, doc tanya kalau aku ada kelas lagi selepas ni ... terus nak observe ... rasa tersentap jugak ... patutnya minggu ni hanya penyeliaan oleh guru pembimbing bukannya pensyarah pembimbing ... disebabkan tiada ... doc. ambik keputusan nak datang esok ... takutnya ... tapi aku tahu lambat atau cepat ... aku tetap akan diselia olehnya ...

Doakan aku berjaya melaluinya dengan baik ... Amin.

Tuesday, June 30, 2009

Kasihan Anak Mama!

Ikmal sedang melalui satu saat yg agak sukar baginya ... Ammar iaitu teman, sepupu dan adik sepermainan yg selama ini menemaninya selama lebih kurang 6 bulan di kampung ... sudah balik ke rumah ibu dan abahnya di Klang ... selama ini Ammar dalam jagaan neneknya kerana ibunya(adik hbby) ada masalah penjagaan sewaktu di KL dan bila rumah mereka di Klang siap ... tentunya mereka ingin memulakan kehidupan baru dengan anakanda tercinta.

Ikmal kutinggalkan dengan raut muka yang terbayang kesedihan. Ikmal tentunya sunyi kerana teman mandi, makan dan bermain dah tak ada. tinggallah atuk dan nenek je sebagai teman. Semalam, puas memujuk rayu supaya aku dapat balik sekejap ke kampung ... ehm ... bukannya dekat ... lagipun hbby sudah mengajar petang kembali.

Semoga kesedihan ini menjadikan Ikmal lebih tabah menghadapi hari muka. Mama dan papa amat menyayangimu ... forever ...

Friday, June 26, 2009

Minggu Pertama Praktikum

Alhamdulillah ... sudah masuk hari ke-5 aku menjalani praktikum ... pelbagai rasa yang berbaur ... antara takut, risau, gementar... namun berbekalkan keyakinan yang sedikit ini ... aku kuatkan semangat untuk menjejakkan kaki ke sekolah ... melunaskan syarat wajib sebelum bergelar pendidik ...

SK TTDI Jaya ... selama 12 minggu kita kan bersatu ... menumpahkan jasa dan keringat yang tidak seberapa ini untuk mengutip seberapa banyak pengalaman sebelum bergelar pendidik. Walau banyak dugaan dan cabaran ... moga aku tabah dan berjaya mengharungi dengan sebaiknya.

Untuk minggu ini, aku dan guru pembimbing berbincang mengenai tajuk pengajaran, buat RPH tetapi P&P dijalankan oleh guru pembimbing. Mungkin untuk mendedahkan aku kaedah2 dan corak pembahagian bab2 mengikut masa2 yang telah ditentukan. P&P sepenuhnya akan bermula minggu ke-2 nanti.

Namun, setelah aku makin selesa dengan guru pembimbing, selesa dengan murid2 dalam kelas yang bakal kukendalikan, aku diberitakan oleh GPK bahawa aku akan mendapat jadual baru, guru pembimbing baru dan kelas yang baru. Guru pembimbing lama akan dipindahkan ke Tahun 6 untuk menggantikan guru yang cuti bersalin dan aku akan mendapat guru pembimbing dan kelas yang lain.

Belum sempat berkenalan dengan guru pembimbing baru ... tapi aku tetap berfikiran +ve ... walau siapapun orangnya ... harap kami dapat berkolaborasi dengan baik. Baru semalam aku ke IPGM hantar jadual waktu dan taqwim sekolah ... nampaknya kena ke sana lagi sekali.

Ehm ... malam tadi aku mendapat satu perkhabaran sedih ... salah seorang tenaga pengajar di IPGM KBM telah kembali ke rahmatullah pada petang semalam, Khamis ... dengarnya ke luar negara untuk menghadiri majlis konvo si anak ... namun rupanya perjalanan hidupnya berakhir di sana ... al-fatihah buat arwah Puan Khalijah maimon ... semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi ...

Sunday, June 21, 2009

Minggu Terakhir Cuti

Akhirnya cuti 3 minggu sudah sampai ke penghujungnya ... aktiviti penuh sepanjang minggu ini ... Isnin tu aku ke IPGM untuk hantar tugasan Dr. Supian dan kalau ada rezeki, boleh jumpa Dr. Roshani, bakal pensyarah pembimbingku nanti.

Selasa dan Rabu ... rumah berselerak kerana pasang plaster siling dan cornish ... kebetulan abang demam ... dan dapat MC 2 hari. so tak de la aku risau kena tengokkan mamat2 indon tu buat kerja. Malam Khamis, aku dan abang bertungkus lumus bersihkan rumah ... Kesian abang, 2 hari MC tapi tak dapat berehat dengan sebaiknya.

Khamis ... Aman ajak ke IPGM jumpa Pn Yati untuk dapatkan tips sebelum praktikum. Kebetulan memang nak jumpa Eta, so kami janji jumpa di sana sahaja. Ramai2 kawan turut datang sekali. Pn Yati sibuk mesyuarat, hanya dapat peruntukkan masa jumpa kami sewaktu makan tengahari.

Dan satu kebetulan yang baik, Dr. Roshani telefon sewaktu aku di sana. So terus jumpa sekali dan dapatkan nasihat dan bimbingan.

Jumaat, pergi ke SK TTDI Jaya, sekolah aku akan jalani praktikum Isnin nanti. ... jumpa Pn Fuaziah. Aku kena mengajar b. Melayu tahun 5 Intan dan Kajian Tempatan tahun 4 Dahlia. Malangnya aku terpisah dengan patner praktikum, Fida kerana dia akan mengajar sesi petang, kemungkinan Tahun 3.

Sabtu, plan balik kampung awal pagi, tapi abang kena menghadiri kursus LADAP. Dalam 3 petang, bertolak balik kampung. Kami balik kampung aku dulu, sebab aku teringin nak jumpa mak dan minta restu sebelum jalani praktikum ... dan kul 7pm bertolak ke Sg Tengi untuk jumpa Ikmal pulak.

Tengok keputusan periksa pertengahan tahun Ikmal ... semua keputusan dapat markah 90% ke atas, kecuali Math yg hanya dpt 66%. Tapi lihat kertas periksa, memang tak sesuai Tahun 1 ... apapun aku bangga kerana Ikmal dapat no. 3 di sekolah kebangsaan dan juga untuk sekolah agama.

Ahad, dalam 8.30 pagi, kami bertolak balik ke Shah Alam. Abang ada mesyuarat koperasi guru di Seks. 7 ... tapi bukannya nak kejar mesyuarat tu, tapi elaun kehadiran RM70 dan elaun makan RM10.

Dan esok ... insyaallah ... aku akan memulakan praktikum di SK TTDI Jaya ... semoga aku dapat menjalaninya dengan jayanya ... Amin ..... juga untuk rakan2 yg lain ... selamat berpraktikum !

Monday, June 15, 2009

MOF

12 hb Jun, hari Jumaat ... ditemani Eta ... kami menjejakkan kaki ke MOF. Urusan bayaran duit emolumen terlebih bayar tempohari ... Walaupun kena bayar balik ... namun aku amat bersyukur kerana masih menerima gaji utk bulan Januari tempohari ... apatah lagi waktu tu memang amat2 memerlukan duit sementara menantikan elaun masuk.

Eta parking kereta di belakang ofis Kastam ... parking MOF penuh ... tak tau pula rupanya kat situ kena bayar ... nasib baik cuma RM1 per hour ... kenalah dlm Rm3.

Terlerai rindu dgn rakan2 lama di Bajet ... CC Bib, Nana, Wahidah, Jalilah, Irma, En. Rahman, Mas dan ramai lagi ... juga buat En. Huzaini, bos lamaku yg kini jadi BRO utk KKLW selepas MECD dimansuhkan menggantikan tempat En. Burn yg kini sambung pelajar. Semua cakap aku nampak kurus, tapi aku rasa biasa jer ... muka makin hitam adalah.

Baru 6 bulan tinggalkan MOF ... dah 4 orang bekas anak buahku yg kini dah bergelar isteri ... tahniah buat Mas, Jalilah, Zira, Irma ... Nana dan Ina dengarnya akan menyusul tak lama lagi.

Utk Fiza dan Onie ... sabarlah menghadapi saat2 sukar kalian ... mungkin ada hikmah di sebaliknya. Fizah, terimalah karenah Puan Ros seadanya ... Puan Ros ok sebenarnya ... yg penting kena pandai sesuaikan diri dan tak faham jumpa jer cc Bib dan Nana. Insyaallah, banyak ilmu dan pengalaman yg dapat ditimba. Peluang keemasan dapat handle MKN ni ... dapat berkenalan dan beramah mesra dgn MB dan KM. Jen juga tgh sibuk utk Bajet 2010 nanti.

Plan seterusnya nak ke pasar tani ... malangnya sebab Eta kesuntukan masa ... Eta balik dulu sbb Allem nak solat Jumaat, kena jaga anak2 lak ... cadang nak gi sorang2 jer ... nak ajak Zie tapi dia tgh attend meeting ...tapi pas tu Zie call bagitau meeting dah selesai ...

Zie nampak makin cantik sekarang ... dan memang dari dulu pun memang cantik ... malu tengok Zie yg semakin anggun ... tapi aku lak semakin berkilat muka. Simpati dgn Zie yg tak jadi berangkat utk menyusul suaminya ygkini study di Australia kerana ayahnya sedang menderita kanser usus. Tak sampai hati nak tinggalkan. Zie dan anak2 akan ke sana bulan Disember nanti.

Semasa nak balik ... bertembung dgn Fuzah ... pengantin baru kita ... dengarnya tak sihat ... harap2 ada berita gembira nanti.

Eta ... lupa nak sampaikan ... Zie dan Fuzah kirim salam ...

Bermula Kembali Persekolahan

Hari ni buat pertama kali dapat hantar Ikmal ke sekolah di kampung. Ikmal nampak sedih sangat nak berpisah dgn mamanya ... dah 2 minggu berkepit dengan mamanya ... tipulah kalau aku tak sedih ... ikut perancangan awal ... aku nak sekolahkan Ikmal di Shah Alam kembali ... tapi hbby tak bersetuju ... MIL pun tak bagi ... suruh habiskan juga Tahun Satu di sana.

Sepanjang cuti 2 minggu ... macam2 tempat we all bawa Ikmal jalan2 ... ke Penang, Sg Petani dan juga singgah ke Bukit Merah Laketown Resort. Asalnya nak ke Tambun, Ipoh tapi entah camana menyimpang ke Bukit Merah ... ada nostalgia sambut anniversary yg pertama 8 tahun yg lalu. Tapi keadaan tak sama seperti dulu ... malam minggu tidak semeriah kunjungan kami yg pertama. Juga air di taman tema agak keruh. Namun bagi Ikmal & 5 orang sepupunya ... tetap menyeronokkan.







Balik dari Bukit Merah, kak Zah meneruskan perjalanan ke Cameron Highland, tapi kitaorg terpaksa balik ke Shah Alam sebabnya kena datang IPGM sempena lawatan Ment. Pendidikan pada 3 Jun tempohari. Kemudian balik kampung tolong family buat persiapan utk majlis perkahwinan adik pada 6 Jun.

Semasa minggu kedua cuti ... hampir setiap hari bawa Ikmal jalan-jalan dri tghari sampai ke malam. Puaskan hatinya menikmati suasana malam di bandaraya Shah Alam dan Kuala Lumpur. Walau hanya 2 minggu ... aku merasa puas dapat menghabiskan masa bersamanya.

Thursday, June 11, 2009

Hari yang terus berlalu ...

Cuti sudah semakin menghampiri penghujungnya ... namun banyak tugasan wajib yg belum kusempurnakan. Pensyarah pembimbing juga belum dapat kupastikan ... sebelum ni aku di bawah penyeliaan Dr. Tuan Jah ... kemudian bertukar dengan Pn Kamaliah kerana rumah Dr.Tuan Jah di Ampang ... jauh dengan Shah Alam. Kemudian aku dihubungi oleh Pn Kamaliah memaklumkan bahawa aku di bawah seliaan Dr. Roshani pula.

Waktu lawatan TPM merangkap Men. Pendidikan ke IPGM KBM, aku ke hulu hilir ingin menemui Dr. Roshani ... malangnya beliau sibuk ... panggilan tidak berjawab dan pintu bilik sentiasa tertutup ... rasa kecewa pun ada ... dapat pula pasangan praktikum yg asyik bergantung harap pada aku sahaja ... suruh call pensyarah pembimbing ... macam2 alasan.

Sepanjang cuti ni pun, aku sibuk sangat ... maklumlah nak terima orang baru dlm keluarga ... so bila dah selesai semuanya ... rasa lega sikit ... ingat nak ke IPGM KBM jumpa Dr. Roshani ... malangnya panggilanku masih tidah bersambut. Sudahnya satu apa pun tak buat lagi utk praktikum.

Semalam mempelai datang berkunjung dan tidur rumah. Balik je mempelai, baru nak pegang2 buku ... MIL dan ipar duai pula datang berkunjung ... sibuk acara masak2 dan makan2 ... badan pun dah rasa hilang tenaga ... penat sangat ... tu yg malam ni sibuk layan blog ... tugasan utk Dr. Supian tak mula pun lagi. Tajuk tugasan ingat ... tapi kertas soalan yg lengkap pula hilang ... puas belek2 fail ... tapi tak jumpa gak ... tu hari sebelum cuti ada contoh untuk tugasan ... tapi yg tu pun entah kat mana simpan ... parah..parah!!!

Wednesday, June 10, 2009

Selamat Pengantin Baru Padil & Nurul

Sabtu, 30 Mei 2009 ... detik bersejarah buat seorang lagi adik lelakiku ... Abdullah atau lebih dikenali dgn nama Padil dlm keluarga yg akan melafazkan akad nikah bersumpah setia dengan insan yg kini bertakhta di hati ...

Bagi sesiapa yg masih ingat ... runtuhnya ikatan janji dengan gadis Johor dahulu bukan sesuatu yg mudah utk diterima ... namun kini kami sekeluarga berharap semoga kebahagiaan yg digapai ini akan berkekalan selamanya ...

Selamat Pengantin Baru buat Padil & Nurul Liyana ...




Selepas majlis akad nikah ...

Majlis perkahwinan keesokan harinya ...



6/6/2009 ... majlis sambut menantu di rumah keluargaku ...

Bonda tercinta dan Pak Ngah

Ambil peluang bergambar dengan mempelai ...

Antara kaum keluarga ...

Tuesday, June 9, 2009

Jamuan Perpisahan Kelas 1A


Sempena hari2 terakhir utk semester 1 ni ... diadakan jamuan perpisahan buat rakan2 sekelas. Antara menu ... laksa, spagetti, nasi lemak, bihun goreng dan macam2 lagi ... sementara menanti ketibaan lecturer ... sesi fotografi la ... gambar makanan lupa nak ambik ...

bersama lecturer Pn Nur Rol Azlifah ... ajar minor utk Kajian Tempatan ...

Bersama Dr. Supian ... lecturer Bahasa Melayu Kini ... lecturer yg memenangi undian pensyarah paling popular sempena Hari Guru baru2 ni ...

ehm ... lecturer kesayangan kami ... Pn Norhayati Md yatim ... lecturer Bahasa Melayu Kom. ... ramai lagi lecturer yg tak dapat hadir kerana terikat dengan pelbagai komitmen terutamanya totur tersayang ... Pn Noriza yg sedang menghadiri konvokesyen di Putrajaya.

yg satu ni ... saja selitkan gambar bersama rakan tersayang ... eta ... sewaktu perjumpaan terakhir PPIM dan penyerahan folio dan kraftangan ... frem gambar tu buat tergesa2 bila dapat tahu pensyarah nak buat penilaian pada masa tu juga ... kelam kabut masuk kelas siapkan frem gambar tu ... he..he..

Thursday, May 28, 2009

PROBAG 2009 di Tg Piai, Johor

21 hingga 24hb Mei 2009, aku dan 4 rakan sekelas tersenarai untuk Program Khidmat Guru (PROBAG) di Tg Piai, Johor. Walau agak keberatan pada mulanya untuk turut serta memandangkan melibatkan Sabtu & Ahad, waktu yg kuperuntukkan utk menjenguk Imal di kampung, tapi demi tugas serta pengalaman di tempat orang ... aku mengikhlaskan hati utk menyertainya.

Hari pertama, 21hb Mei 2009 (Khamis), berangkat dari IPGMKBM pukul 8.30 pagi dengan 2 buah bas yg membawa 74 peserta PROBAG.

Che Ros, aku, Nana, Mimi dan Ros sebelum berangkat

Aku terkejut bila t-shirt utk PROBAG lengan pendek, seingatku dah lama sangat aku tak pernah keluar dengan lengan pendek ... sarung tangan pun tak bawa...


Inilah gambar sewaktu penyerahan anak angkat. Tapi berlaku satu peristiwa yang kurang ku senangi ... pabila ada 2 org peserta yang minta tukar keluarga angkat kerana ingin berkumpul dgn 2 rakannya yang lain. Rela dlm paksa ... apa2pun ada hikmahnya. Mengenali abah(cikgu mail) dan mak, miza dan familynya ... antara detik terindah dlm hidupku ...


Anak2 abah Haida, Ima, aku, Mimi, Che Ros, Bib dan Farah ... ada sorg lagi Nana, tukang ambik gambar ...



Bersama abah dan mak dan salah sorg cucunya depan rumah ... petang Khamis hanya majlis suai kenal dengan family abah ... dan malamnya jalan2 di resort atas air di Tg Piai ... dan lihat pemandangan malam di Singapura... tengok dri kejauhan jer ...

Jumaat pagi ... xtvt gotong royong kawasan komples penghulu ... kemudian balik rumah untuk xtvt masak2 kerana tgharinya rumah abah akan menerima 10 orang pelajar dari Jepun ... mereka akan dijamu makan tengahri sebelum diberi pakaian kebangsaan ... baju melayu utk lelaki dan kurung utk perempuan ... kebetulan abah hanya mendapat pelajar lelaki utk kunjungan kali ini.

Aku difahamkan yg family abah sudah terlibat dengan homestay ini sejak 10 tahun yg lalu ... tiada masalah baju melayu dan baju kurung kerana memang banyak dalam simpanan. Abah memang kerap terima kunjungan pelajar dari Jepun kerana xtvt lawatan ke luar negara menjadi syarat wajib bagi pelajar sekolah menengah di Jepun sebelum terima sijil. (anggaran umur 16-17 tahun)

Cuma yg jadi masalah adalah tentang bahasa. Kebanyakan mereka tidak pandai berbahasa Inggeris ... so jadilah macam ayam & itik bercakap ...

Anak2 abah tengah layan mamat2 Jepun ni menjamu selera.



sesi bergambar ....

petang lepas solat Jumaat ... ada lawatan ke Taman Negara di Tg Piai ... merupakan kawasan penghujung paling Selatan utk Tanah Besar Asia ...








Turut mengunjungi Tanjung Bin Power ... antara janakuasa terbesar di Johor ...


Hari Sabtu, motivasi dan sukaneka di Sekolah Kebangsaan Andek Morni ... motivasi disampaikan oleh Tuan Hj Ali Mahmood ....

Destinasi seterusnya ke jeti Tg Piai utk pertandingan jong .. jong merupakan sampan kecil yg mempunyai layar ... dihanyutkan ke laut secara serentak dan melihat jong mana paling pantas dan awal tiba di suatu destinasi yg tertentu ...melihat kepada kelajuan jong ... seolah2 ada enjin ... pertandingan ini hanya ada di Tg Piai ... dan bakal dijadikan acara tahunan di tempat tersebut. Kelajuan jong bergerak bergantung kepada pembuatan jong dan juga kepintaran membaca arah angin ... silap2 hari bulan jong akan meluncur ke bawah jeti penambang jika silap membaca arah angin.

Aku turut berpeluang menaiki sampan utk melihat xtvt menangkap udang menggunakan jaring ... antarat gambar yg sempat dirakam. Jeti utk menaiki bot ...




antara jong yg dipertandingkan ...

Lawatan keliling kampung ... melawat ladang nenas dan kebun durian abah ... kurg bernasib baik sebab durian hanya akan mulai gugur pertengahan Jun .. tapi dpt juga merasa 3/4 biji durian yg gugur dekat rumah abah ...

Seterusnya ke Kukup ... merupakan jeti antarabangsa untuk ke Tg Balai Indonesia ... perjalanan hanya memakan masa 45 minit ... ikut perancangan ada lawatan mengelilingi kampung menaiki bot ... tapi tak sempat kerana kesuntukan masa ...



Malam terakhir ... persembahan kebudayaan ... tahniah buat pelajar2 IPGMKBM atas persembahan teater yg amat mengujakan ..." Aku seorang keturunan Datuk Merah".


Ahad ... tiba waktu utk berangkat pulang ... thanks buat abah dan mak atas layanan five star utk anak2 abah yg nakal ini ... selain bawa bermacam2 pemberian abah& mak .. kami juga bawa badan yg semakin berat mengembang ... sebabnya asyik makan dan sentiasa bertambah ... he..he...

Tidak lupa salam sayang buat Miza ... si manis 7 yg sentiasa berkepit dgnku ... selama 7 tahun tak pernah tidak tidur di bawah ketiak mamanya ... namun kedatangan kami jadi sejarah buat pertama kali berenggangtidur dgn mamanya ...

No 199 Jln Adil, Kampung Serkat, 82030 Pontian Johor ... selamanya dalam kenangan ...