Friday, June 26, 2009

Minggu Pertama Praktikum

Alhamdulillah ... sudah masuk hari ke-5 aku menjalani praktikum ... pelbagai rasa yang berbaur ... antara takut, risau, gementar... namun berbekalkan keyakinan yang sedikit ini ... aku kuatkan semangat untuk menjejakkan kaki ke sekolah ... melunaskan syarat wajib sebelum bergelar pendidik ...

SK TTDI Jaya ... selama 12 minggu kita kan bersatu ... menumpahkan jasa dan keringat yang tidak seberapa ini untuk mengutip seberapa banyak pengalaman sebelum bergelar pendidik. Walau banyak dugaan dan cabaran ... moga aku tabah dan berjaya mengharungi dengan sebaiknya.

Untuk minggu ini, aku dan guru pembimbing berbincang mengenai tajuk pengajaran, buat RPH tetapi P&P dijalankan oleh guru pembimbing. Mungkin untuk mendedahkan aku kaedah2 dan corak pembahagian bab2 mengikut masa2 yang telah ditentukan. P&P sepenuhnya akan bermula minggu ke-2 nanti.

Namun, setelah aku makin selesa dengan guru pembimbing, selesa dengan murid2 dalam kelas yang bakal kukendalikan, aku diberitakan oleh GPK bahawa aku akan mendapat jadual baru, guru pembimbing baru dan kelas yang baru. Guru pembimbing lama akan dipindahkan ke Tahun 6 untuk menggantikan guru yang cuti bersalin dan aku akan mendapat guru pembimbing dan kelas yang lain.

Belum sempat berkenalan dengan guru pembimbing baru ... tapi aku tetap berfikiran +ve ... walau siapapun orangnya ... harap kami dapat berkolaborasi dengan baik. Baru semalam aku ke IPGM hantar jadual waktu dan taqwim sekolah ... nampaknya kena ke sana lagi sekali.

Ehm ... malam tadi aku mendapat satu perkhabaran sedih ... salah seorang tenaga pengajar di IPGM KBM telah kembali ke rahmatullah pada petang semalam, Khamis ... dengarnya ke luar negara untuk menghadiri majlis konvo si anak ... namun rupanya perjalanan hidupnya berakhir di sana ... al-fatihah buat arwah Puan Khalijah maimon ... semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi ...

2 comments:

Zie said...

tahniah! dah nak menuju kearah menjadi seorang guru.semoga berjaya menjalani praktikum tu. ooo ye puan yang ke luar negara tu meninggal sebab apa? risau la pulak H1N1 ke?

seroja08 said...

terima kasih...
yg tu tak dpt dipastikan. lecturer kat maktab pun still tertanya2,cuma terima sms pasal kematiannya.nak tanya banyak2 segan lak ngan leturer