Saturday, September 5, 2009

Tahniah utk Rentasan Cemerlang

Semalam adalah penyeliaan ke-3 oleh pensyarah pembimbing ... biasanya terjah ke kelas ... cuma kali ni aku dapat makluman awal sewaktu nak masuk ke kelas. dah rezeki aku ... kalau rakan2 yang lain dapat maklumat lebih awal ... tapi aku kena sentiasa bersedia setiap hari ... dengan bbmnya ... dengan harapan pensyarah akan datang ... namun dah dua minggu harapanku tak kesampaian hinggalah semalam barulah doktor menunjukkan mukanya ...

Alhamdulillah ... aku mendapat penilaian yang lebih baik dari minggu ke-2 ... lebih banyak 5 daripada 4 ... dan ketika rakan2 yang lain sudah dicalonkan untuk rentasan cemerlang, aku masih terhutang 2 penyeliaan dengan pensyarah. Minor belum pernah sekalipun diselia dan juga penyeliaan bersama dengan guru pembimbing.

Minggu praktikum hanya tinggal 2 minggu sahaja ... minggu hadapan sudah minggu UPSR ... sebahagian murid dicutikan secara bergilir ... dan banyak aktiviti sempena bulan kemerdekaan akan dijalankan... hendak tak hendak ... hanya minggu yang terakhir sahaja untuk kedua-dua penyeliaan, minor dan juga major utk penyelian bersama.

Apa-apapun ... semoga aku berjaya menghabiskan minggu praktikum dengan jayanya ... Buat Aman Shah dan Nana, tahniah kerana dicalonkan untuk rentasan cemerlang ... semoga jadi wakil kelas 1A sebagai calon cemerlang.

2 comments:

ASSA said...

Salam..

Tq.. sebenarnya kak agak susah nak memikat hati Puan Yati. macam-macam disuruhnya. kadang-kadang tu sampai nak buat pun tak mampu. bayangkan, saya pernah kena ulang tajuk 'BUkit Kepong' sebanyak dua kali. sakit juga saya nak memikirkan. ulang kali kedua pun, Puan Yati masih tak berpuas hati.. saya cuma cakap dengan puan Yati, kalau puan nak calonkan saya, InsyaAllah saya terima. saya tak mengharap.

kadang-kadang bila dengar kawan2 lain cerita tentang pensyarah pembimbing, saya pun terasa iri juga. ada setengah lecturer terutamanya bukan jabatan bahasa tak kisah sangat soal bahasa tetapi tengok pedagogi je. macam tak adil pulak rasanya. macam kita, semua benda kena tengok. satu perkataan salah pun di tegur. intonasi tak betul pun ditegur. itulah hakikatnya.

Tak apalah kak, yang pentingnya akak dah buat kerja dengan cemerlang. kira cemerlanglah tu.

semoga berjaya..

seroja08 said...

thanks aman... apa2pun akak bangga dengan 2all berdua. w/pun doc.. jarang datang, tapi kalau dtg banyak info yg dia bagi cara2 mengajar bdk .. byk aspek pedagogi n t/bhsa yg disentuhnya sampaikan akak semakin rajin buka buku t/bhsa.. takut kena soal atau bagi ajaran sesat.
semua komen n nasihatnya banyak bantu akak dlm P&P... doc. akan bagi jalan apa yg sepatutnya akak buat dan yg tak patut buat. rasa kerdil sgt bila doc. bagi macam2 idea yg tak terjangkau akal akak.

akak tak kisah cemerlang atau tak .. yg penting akak dah buat apa yg terdaya akak lakukan ... akak rasa bangga dgn diri sendiri sebab tiap kali P&P akak akan cuba buat yg terbaik utk budak2. w/pun berhabis duit ... tapi akak puas ... ada gak faedahnya pensyarah dtg mengejut ni ... menunjukkan kita kena sentiasa bersedia.