Tuesday, January 27, 2009

Tragedi Tahun Baru Cina

Hari ni ... aku baru sampai dari kampung ... 4 hari di kampung, kalau nak ikutkan memang tak cukup ... tapi mengenangkan banyaknya tugasan yg menanti ... terpaksa la balik juga w/pun cuti masih berbaki 7 hari ... kebetulan my hbby pun memulakan tugasnya esok.

Jika semalam kami seolah menyambut kenduri dengan keriuhan adik beradikku yg berkumpul ... w/pun hanya 6 drpd 12 adik beradik ... tapi dengan keluarga masing2 ... sudah memadai utk menggamatkan suasana riuh sekampung.

Apatah lagi kemeriahan memasak utk menerima kehadiran bakal adik ipar sekeluarga dri Penang ... labu+umbut kelapa masak lemak, ikan sambal, ayam goreng, sambal belacan dan ulam-ulaman ... cukup utk membuatkan para tetamu tidak segan silu menambah nasi ...

Namun hari ini ... sesuatu yg menyedihkan ... dan begitu menginsafkan ... sejurus bertolak dari rumah mak ... dlm perjalanan tidak jauh dri rumah ... kami bertembung dengan kejadian kemalangan yg baru sahaja berlaku ... sebuah kereta dan motosikal bertembung ... keduanya terhumban ke dalam parit ... dlm suasana kelam kabut, kereta kami ditahan utk menghantar seorang mangsa yg berlumuran darah+air ke hospital ...

Semasa di awal perjalanan ... masih terdengar dengusan2 kesakitan ... namun suara itu semakin lama semakin perlahan dan hilang ... bimbang terjadi sesuatu ... kami singgah di klinik swasta yg berhampiran ... namun doktor yg bertugas menyarankan kami agar meneruskan perjalanan ke hospital Tg Karang ...

Namun Tuhan lebih menyayanginya ... sebaik sampai di hospital ... kami diberitahu bahawa mangsa sudah kembali ke pangkuan-Nya ... masih terlalu muda ... berusia 15 tahun ... adalah pembonceng motosikal bersama rakannya ... yg dikhabarkan mengalami patah kaki ...

Punca kemalangan, menurut saksi disebabkan motosikal tidak berhenti di simpang jalan ... pemilik kereta adalah seorang perempuan yg kini menuntut di UPSI Tg Malim ... yg membawa ibu dan ahli keluarganya yg lain... menangis trauma dan khabarnya terus pengsan pabila kami khabarkan kematian arwah ...

Al-fatihah buat arwah adik Mohd Zul Fazli bin Sazali ... semoga rohnya dicucuri rahmat. Buat kaum keluarga arwah ... kami sudah melakukan yg terdaya ... namun jika sudah ketentuan-Nya ... apalah daya kita ...

Kepada semua ... awasilah pergerakan anak anda sehabis mungkin ... terutamanya di kampung2 yg mana anak2 muda di bawah umur menunggang motosikal secara merbahaya dan tidak memakai topi keledar. Nasihatilah mereka kerana kita tahu ... malang tidak berbau ...

2 comments:

mawar said...

Al-fatihah...semoga roh adik tue berada dikalangan org2 yg beriman....pertolongan kalian berdua sesungguhnya amat bermakna kpd kelaurga arwah...tp Allah S.W.T lebih menyayangi dia...kita hanya mampu berusaha tp Dia yg menentukan...

seroja08 said...

rasa terkilan gak tak dpt selamatkan arwah ... tpi apa daya kita kalau perjanjiannya hanya sampai di situ shj ... arwah anak sulung dri 2 beradik ... entahlah camana la prsn keluarganya bila tadi bersarapan bersama ... tghari dah tiada ... minta dijauhkan ...