Saturday, January 10, 2009

Tak tau nak citer apa ... tapi hari2 terakhir sebelum Ikmal bersekolah kat kampung dan aku start bergelar pelajar ni ... rasa sedih sangat ...

Jumaat selepas hantar Ikmal sekolah di TTDI Jaya buat kali terakhir bagi tahun 2009 ... ,aku sibuk mengemaskinikan borang2 utk masuk maktab ... selesai satu urusan ... aku mula mengemaskan baju2 dan barang2 Ikmal ... masa ni tanpa sedar air mataku menitis tanpa sedar ... rasa tak sanggup berpisah dengan buah hatiku yg sorang tu ... sedangkan duduk seminggu masa cuti sekolah pun aku dah menangis sepanjang perjalanan pulang ... inikan pula setahun.

Ikmal pun sekarang terlalu kerap mengungkapkan rindu dan sayangnya pada mama ... sikit2 cakap 'imal sayang mama' ... dan mama pun teramat menyayangimu sayang ... Ya Allah ... tabahkan hatiku ini ...

Hari ni juga ... aku dah kemas sikit barang2 utk ke maktab ... kerana petang ni dah nak balik kampung hantar Ikmal ... sedihnya .... uwaaaaa ....

No comments: