Sunday, January 11, 2009

Kesedihan itu berlanjutan .....

Ini adalah entryku yg terakhir sebelum meninggalkan status penganggur selama 11 hari ini ... kerana esok pagi aku akan mendaftar di IPG Lembah Pantai ... dan seterusnya menjalani minggu orientasi selama seminggu ... sebelum bergelar pendidik di usia yg kian menjauh ini ...

Ikmal sudah ditinggalkan di kampung dengan 1001 kesedihan dan sebak yg tak berpenghujung ... malas nak citer panjang ... hanya menambahkan dan membuatkan diriku terus larut dlm tangisan ... Ikmal amat manja dan sentiasa memelukku menyatakan rindu dan sayang ... sehinggakan masa kereta nak bergerak, Ikmal masih atas ribaan seolah2 ingin ikut balik ... sedangkan kebiasaannya Ikmal amat suka tinggal di kampung ... berat jiwa dan ragaku ... namun itulah keputusan yg diambil bersama ...

Tapi ada satu lagi yg memberatkan diriku utk meninggalkan rumah ... kaki abang yg tertusuk sesuatu semasa memesin rumput pada cuti sempena tahun baru tempohari ... kian membengkak dan menegang ... dan kini melarat sehingga tak boleh dibengkokkan dan berjalan ... sebelum ni abg hanya makan ubat tahan sakit dan bengkak ... agak pulih ... tapi semasa di kampung ... kaki abang kembali sakit dan tegang ...

Tiba daripada kampung ... kami ke Klinik Dr Zaini di Bkt Jelutong ... abg diberikan suntikan antibotik(EES tak salah) dan ubat-ubatan lain ... dan diberikan cuti rehat selama 3 hari. Sampai di rumah ... kaki abang semakin membengkak sehingga kelihatan seperti sakit untut ... belum reda kesedihan meninggalkan Imal di kampung ... kini ditambah dengan kesedihan melihat keadaan abang yg hampir tidak boleh berjalan dan bergerak ... apatah lagi meninggalkannya sendirian di rumah selama seminggu ini.

Esok aku akan memulakan pengajian ... bagaimana harus aku meninggalkan abg sendirian di rumah ... entahlah ... aku betul2 rasa down ... kalau abang mahu ... mungkin aku akan suruh abang berehat di kampung sahaja ... sekiranya terjadi apa2 yg tak diingini ... setidak2nya ada orang yang memantau dan boleh juga menjaga makan minumnya...

Tuhan ... peliharalah kesihatan suamiku dan semua ahli keluargaku ... berilah aku kekuatan dan ketabahan menghadapi semua ini ...

No comments: