Saturday, January 3, 2009

Hari Orientasi Tahun 1 SK TTDI Jaya

2 Jan. 09 ... satu hari yg bersejarah buat anakandaku Ikmal Hakim ... yg mengikuti Hari Orientasi Tahun 1 di SK TTDI Jaya ... permulaan bagi langkah2 yg seterusnya ... dalam bidang pelajaran dan moga jadi insan yg cemerlang dan terbilang ... di dunia dan akhirat.

FYI, Ikmal hanya bersekolah di sini selama 1 minggu sahaja ... kerana kami dalam proses penukaran sekolah ke kampung di SK Sg Tengi ... rentetan kesukaran pabila aku memulakan pengajian/pembelajaran di IPG Bahasa Melayu Malaysia di Lembah Pantai pada 12 Jan. nanti.

Sukar utk membuat keputusan, namun aku pasrah mungkin ini yg terbaik buat masa ini ... kesibukan menjalani kuliah, praktikum dan sebagainya ... di samping kesibukan hbby yg tak dapat dijangka ... ikmal lebih selamat di bawah pengawasan neneknya. Lagipun jarak dengan kampung hanya 1 jam suku perjalanan ... pastinya hujung minggu dan waktu kelapangan, mama pasti akan mengunjungimu ... sayang ...

Sedih, pilu dan pelbagai rasa yg berbaur ... namun aku mesti bertahan selama 1 tahun ini.

Di hadapan SK TTDI Jaya, tersemat harapan seorang ibu yg menggunung ...


Ikmal ditempatkan di Kelas 1 Mutiara di bawah bimbingan Pn Aryati.


Mula2 macam kekok ... tapi lepas tu bukan seronok lagi usik mengusik dengan kawan2 baru.

No comments: