Tuesday, January 20, 2009

Bermulanya Kesibukan ...

Baru hari ke-2 bermulanya kuliah ... sudah banyak tugasan yg harus dilaksanakan. Alang2 cari bahan utk tugasan ... rindu utk menjenguk rumah kecilku ini ... banyak yg ingin dicoretkan ... tapi hanya masa yg tak mengizinkan.

Insyaallah ... minggu depan kami direhatkan seminggu dari menghadiri kelas ... dari 24hb. hingga 2hb. Februari ... namun bukan rehat semata2 ... kerana banyak urusan yg perlu diselesaikan.

Selain menyiapkan tugasan yg berderet utk pembentangan selepas raya Cina ni ... pada 28hb. ni aku dan Eta ada appointment di Klinik Kesihatan Putrajaya bgi medical check-up ... dan boleh juga menyinggah di MOF utk jumpa rakan2 dan minta sain pegawai utk jadi saksi bagi Borang Perjanjian Guru.

Disebabkan aku dan sahabat baikku, Eta berlainan kelas dan juga diajar oleh lecturer yg berbeza ... jarang dapat luangkan masa bersama ... masing2 sibuk dengan hal masing2 ... utk permainan Eta dalam pasukan badminton, sementara aku dalam pasukan bola keranjang. Rezeki utk Eta sebab itu pilihan pertamanya, sementara ketiga2 permainan yg aku pilih tak mengena.

Utk unit beruniform dan persatuan belum ditentukan, harap2 ada peluang utk kami bersama2 dalam satu kumpulan ...

Tadi kelas pertama utk subjek minor utama... subjek Matematik ... u all tahu la ... semua P&P dalam bahasa Inggeris ... nak faham tu bolehlah ... tapi nak mengajar tu entahlah ... apatah lagi sepanjang kelas terlalu banyak aktiviti2 dan tugasan ... rasa risau la jugak ... utk minor yg ke-2, aku dapat Kajian Tempatan, manakala Eta dapat subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

No comments: