Friday, January 16, 2009

Selamat Berorientasi ...


Alhamdulillah ... akhirnya aku berjaya mengharungi minggu orientasi pengurusan pelajar baru KPLI di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGM KBM) dengan jayanya ... setelah 5 hari meninggalkan rumah ... kini aku kembali ke rumah yg penuh ketenangan ini di dalamnya.

Majlis penutupan tamat dalam 12.30 tghari ... sesiapa yg tinggal berhampiran dibenarkan pulang dengan syarat mesti menghadirkan diri keesokan harinya (Sabtu) yg merupakan hari ganti cuti Tahun Baru Cina nanti. Kami dikehendaki tiba IPGM KBM pukul 7.30 pg. Pelajar KPLI ada aktiviti gotong royong, sementara pelajar PISMP akan memasak bubur as'syura ...

Mengimbas kembali saat2 orientasi ... memang rasa letih sangat. Selepas solat Subuh, ada aktiviti senaman pagi dan joging ... aktiviti joging benar2 mencabar keupayaanku ... kerana IPGM KBM adalah kawasan berbukit ... apatah lagi dengan keadaan badan yg semakin memberat ini ...

Selepas sarapan pagi, tepat pukul 8.00pg, mesti sudah berada di Dewan dengan pakaian formal ... 12.30 tghari utk lunch dan solat Zohor sebelum kembali ke dewan tepat pukul 2.00 ptg. Pada jam 4-5 ptg, adalah utk waktu minum petang dan solat Asar ... dan pukul 5-6.30 ptg adalah aktiviti riadah ...

Makan malam mula disediakan pada pukul 6.30 ptg ... mandi, solat maghrib dan tepat pukul 9 mlm, semua dikehendaki kembali ke dewan dengan pakaian formal. Biasanya acara tamat pada jam 10.30 - 11 malam ...

Ehm ... lupa nak citer ... sepanjang orientasi pelajar perempuan diwajibkan memakai tudung biru yang disediakan dan pelajar lelaki memakai tali leher berlambang IPGKBM.

Aku, Eta serta seorang lagi teman, Zaidatul Akma, ditempatkan di asrama Bukit Pantai, di bilik 607, iaitu di tingkat 6. Tahniah buat Akma yg menerima surat tawaran sebagai pensyarah di Kolej Komuniti Bkt Beruang Melaka di bawah KPT sewaktu sedang menjalani minggu orientasi KPLI. Nampaknya aku akan kehilangan seorang teman yg baru kekenali di IPG ini.

Selain itu aku ingin berkongsi kegembiraan kumpulanku iaitu kumpulan 13 yg menjadi johan pada malam persembahan kebudayaan dengan tema puisi di majlis perkahwinan. Tidak kami jangka persembahan yg diberi masa hanya 2 jam utk membuat persiapan mendapat pujian semua dan dianggap persembahan terbaik dalam masa 10 tahun di IPG KBM ini.

Dengan kemenangan itu, kami dikehendaki membuat sekali lagi persembahan di hadapan pengarah pada majlis penutupan pada hari Jumaat. Persembahan kami dimulai dengan bacaan syair, sajak dan tarian. Aku termasuk antara 3 orang yg mendeklamasikan sajak yg diikuti sketsa2 ... sementara Eta antara penari yg mendapat tepukan yg paling gemuruh. (gambar akan disertakan kemudian)

W/pun amat gemuruh dan takut ... inilah pengalaman pertamaku yg terindah beraksi di pentas. Mungkin selepas ini,kami dikehendaki melibatkan diri dalam banyak acara2 kebudayaan dan adat Melayu sebagai kerja kursus.

No comments: