Thursday, January 8, 2009

Hari2 yg terus berlalu ...

6 Jan. 08, hari ke-2 sekolah ... aku terlewat sampai sekolah waktu Ikmal rehat ... tau2 dia dah beli hotdog dan makan ngan kawan2 dia ... w/pun nampak mamanya ... jumpa sekejap jer ...pas tu lari nak main ngan kawan2 ... mamanya yg terkejar2 datang ni macam tak dilayan ...

Entahlah ... kadang2 aku rasakan anak aku ni macam kecik lagi ... tapi bila tengok betapa cepatnya dia sesuaikan diri ... aku maklum bahawa Ikmal kini semakin menginjak dewasa ... takpe la ... memang niatku nak perhatikan dia dri jauh jer ...

7 jan.08, Ikmal n hbby bercuti hari ni ... kami ke Pej. Pdidikan Daerah, Kuala Kubu Bharu utk proses pertukaran sekolah Ikmal ke kampung ... Ikmal kelihatan sedih dan berulang kali cakap nak sekolah kat sekolah skrg ... entahlah berbelah bahagi dibuatnya ... mungkin sbb sekarang dia ada ramai kawan yg dikenalinya ...

Kembali ke KKB setelah hampir berbelas tahun tidak menjejakkan kaki ke sini ... 1993-1994 di SAMTKKB, menggamit pelbagai suka duka waktu bersekolah di sini. Persekitaran yg sejuk dan menyamankan, masih seperti dahulu ... seolah2 masih terasa betapa dinginnya air di air terjun Pertak yg kerap kami kunjungi ...

Itulah namanya kenangan ... segala pahit n manis yg tercipta, menjadi manis semuanya. Ustazah Mariatulkiftiah, Ust. Jais, Ust. Tamyes, Ustzh Khairunnisa' dan Ustzh Rosni... antara insan2 yg mencorak keperibadianku seperti ke hari ini ... memberi bimbingan dan tunjuk ajar tanpa jemu ... betapa kalian kukenang dan kukagumi selamanya.

Selesai urusan di KKB, kami bergegas ke SK Sg Tengi ... perjalanan memakan masa lebih 40 minit ... bertujuan menguruskan sedikit sebanyak utk memudahkan persekolahan Ikmal di sini nanti ... di sini hanya ada 2 buah kelas tahun 1 berbanding di SK TTDI Jaya, ada 6 buah kelas yg setiap satunya memuatkan lebih 30 orang murid. Satu kelas hanya dalam 20 lebih sahaja ... harap cikgu dapat memberikan penumpuan yg lebih. Ikmal di tempatkan di Kelas 1 O ( tak pasti O utk apa ... tpi mcm susah nak disebut...ha..ha)

Makan tengahri di rumah MIL ... lepas solat Zuhur ... ke sekolah rendah agama pula ... mendaftar kemasukan dan bayar yuran serta buku2... kalau sekolah kebangsaan bayaran dlm rm7.50 sahaja ... tpi utk sekolah agama dalam RM105 ... tapi kami maklum kerana sekolah agama tidak menerima sebarang bantuan kerajaan ...

Selepas tu ... menjenguk ke kelas Ikmal iaitu kelas 1 bijak ... memang kami yg minta Ikmal ditempatkan di kelas ini kerana pendedahan Ikmal pada Jawi terlalu sedikit ... hanya bergantung pada ajaran mengaji hbby sahaja ... inilah salah satu kekurangannya kalau hantar anak ke sekolah Inggeris yg dipelopori oleh bangsa lain. Semua guru di Kindergarten Cahaya adalah Indian kecuali seorang guru China yg mengajar bahasa Cina.

Alang2 sampai kampung ... ajak MIL ke rumah mak bidan utk urut Ikmal yg mengadu sakit kaki. Patut pun sakit kaki dan urat nampak tegang ... rupanya kakinya terseliuh ... inilah akibat asyik berlari2 masa sekolah, puas ku nasihat jgn berlari2 ... ehm ... baru 2 hari sekolah ... dah terseliuh kaki ...

Selepas Maghrib ... bertolak balik ke Shah Alam ... Ikmal tertidur sepanjang perjalanan ... aku n hbby turut merasakan keletihan yg amat ... semuanya tertidur awal malam tadi.

No comments: