Saturday, March 28, 2009

Masa!

Sedar tak sedar dah 5 hari aku jalani PBS. Dah macam suka duka kami berlima lalui ... hadapi karenah guru2 yg ok ... dan ada sebahagiannya yg nampak kurang mesra ... tapi biasalah semuanya tu ... di mana2 pun ada insan begitu ... bukan hanya di sekolah sahaja.

Hari semakin mendekat ... tapi banyak tugasan yg tak siap lagi. Dua hari ni aku dan sorang member tu kena tolong siapkan back drop utk PIBG, asalnya memang kami yg offer diri nak tolong ... tapi tak sangka sampai ambik masa begini lama. Kelas yg kami masuk pun cuma Math dan BM sahaja. Kajian Tempatan belum ada kesempatan baik. Masuk tgk guru mengajar jer ... tapi kalau dapat relief kelas, ok gak ... boleh tahu kemampuan kita utk kendalikan kelas.

Ingat nak buat tugasan waktu malam ... tapi dah tiga malam berturut2 aktiviti padat. Semalam ada kenduri tahlil kat rumah sebelah ... baliknya pun dah lewat hampir 12 tgh malam. Malam sebelumnya keluar ke Giant cari barang dapur. Dan tadi abg ajak keluar lagi utk cari stok makanan utk Ikmal ... maklumlah seminggu sekali baru dapat menjenguk.

Esok kena attend mesyuarat PIBG ... kalau tidak mesti sekarang ni dah sampai kampung.

No comments: