Thursday, March 19, 2009

Selamat Pengantin Baru Izul & Azia

14 Mac 2009, Sabtu malam, aku dan ahli keluarga mertua menaiki bas ke Marang Terengganu utk menghadiri majlis perkahwinan adik lelaki dengan orang di sana. Kami memulakan perjalanan pada pukul 11 malam dan tiba di Marang pada jam 8 pagi. Perjalanan memakan masa yang agak panjang iaitu selama 9 jam, disebabkan jalan licin dan hujan sepanjang perjalanan.

Adik iparku Izul dan Zaki memang sudah menanti ketibaan kami di sana. Izul baru sahaja bekerja di Kementerian Belia & Sukan cawangan Dungun, manakala Zaki yg bekerja di KPKT kebetulan ada kerja di Besut.

Kami berehat di sebuah rumah penginapan yang disediakan untuk mandi, tukar pakaian dan sarapan. Tepat 10.30 pagi, bertolak ke masjid di bandar Marang utk upacara akad nikah.

Izul menanti saat utk diijab kabulkan


upacara menyarung cincin selepas akad nikah


Majlis persandingan di rumah pengantin perempuan







'Semoga bahagia selamanya'

No comments: