Sunday, March 22, 2009

Seminggu yang Berlalu!

Esok sudah berakhirnya cuti semester selama seminggu ... Rasa terlalu cepat masa berlalu ... tugasan satu pun tak selesai ... sibuk dengan majlis perkahwinan adik ipar ... maklumlah jadi kak Long dalam keluarga mertua ...

Esok juga aku akan memulakan PBS ... di SK Seksyen 18 Shah Alam ... jalan nak ke sekolah tu pun ingat-ingat lupa ... hbby dah tunjukkan jalan masa hari Khamis tu hari ... harap tak sesat pagi esok.

Sebenarnya sekarang ni aku tengah dilanda kesedihan. Ikmal meraung dan meronta nak ikut aku balik ke Shah Alam ... melihat aku bersiap2 sahaja ... air mata Ikmal sudah bergenang ... 9 hari menghabiskan masa bersama ... semakin mengakrabkan kami ... walaupun selalu kena marah dengan mamanya ni ... tapi yang ketara sejak Ikmal bersekolah di kampung ... baru dia menyedari kasih sayang seorang ibu ... maklumlah dulu asyik cakap dia 'anak nenek' sebab mamanya selalu berleter, tak macam atuk dan nenek yg terlalu memanjakannya ... tapi sejak terpisah ni, baru la jadi 'anak mama'.

Ikmal minta mama dan papanya balik kul 1 tengah malam ... ish ... lewat sangat tu sayang oii ... lagipun aku belum sempat study apa2 pun utk PBS esok. Sorry sayang mama ...

Untuk malam ni sahaja ... aku dah terima 3 panggilan dari Ikmal ... menyatakan rindu, sayang dan suruh balik kampung semula ... sabarlah sayang!

No comments: