Saturday, March 14, 2009

Sukan IPGMKBM

5 Mac 2009, telah berlangsungnya Sukan IPGM KBM KL di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Aku bertolak sendiri dari Shah Alam ... mula2 rasa seriau gak ... tak pernah drive sendirian ke Bukit Jalil.

Aku dapat rumah Hijau ... rumah yg sudah 4 tahun berturut2 menduduki tangga tercorot ... ish!ish! ... nasib badan. Entah apa la nasib tahun ni.

Ikut asal ... aku masuk perbarisan Puteri Islam ... sebagai pemegang papan tanda ... tapi sebab tak hadir masa raptai penuh ... dah digantikan dengan orang lain. Aku juga patutnya join sebagai pasukan sorak ... tapi disebabkan budak PISMP dah ada peralatan dan pakaian ... kira budak2 KLPI kena beralah jugak ... so lepas ni jangan nak salahkan kitaorg tak bagi kerjasama .......

Tapi kedatangan ke stadium bukan hanya sebagai penonton jer ... sebabnya budak2 kelas aku, Kelas 1A KPLI-BM kena handle sukaneka utk pra-sekolah. Seronok layan budak2 ni ... teringat kat Ikmal kat kampung.

Sementara yang lain sibuk dengan perbarisan, aku pun apa lagi ... sesi bergambar la.


Bersama Faridah Majid, class-mate ... kalau nak tahu kat kelas aku ada 3 orang nama Faridah.


Bersama Azahana @ Nana




Upacara perasmian oleh Pengarah IPGM KBM, Puan Suraiyah Abdullah


Johan perbarisan, rumah kuning@ pendekar, dengan maskot harimaunya

Perbarisan Puteri Islam , dapat no. 4 untuk acara kawad kaki


Pancaragam jemputan dari sekolah .... alamak lupa la sekolah apa ... tapi memang best la persembahannya!


pasukan sorak rumah hijau, aku rasa persembahan diaorg ok ... tapi dapat tempat ke-4 sebab tak cukup 3 minit... ala cedihnya!


kak ani, along dan eta


sewaktu acara sukaneka pra sekolah ... hujan lebat masa ni ... terpaksa buat kat tepi gelanggang jer ... takut demam lak anak2 orang ni





Keputusan akhir, rumah hijau masih gagal menghilangkan badinya mendapat tempat tercorot ... apa2 pun yg syoknya, pengarah umumkan esoknya Jumaat, 6 mac 2009 sebagai cuti umum.

No comments: