Monday, March 23, 2009

PBS

Hari pertama PBS di SK Seksyen 18. Terperanjat bila lihat ada 5 orang daripada IPGM KBM yang menjalani PBS di sekolah tersebut. 3 orang mengambil major BM, seorang Pemulihan Khas dan seorang lagi Pendidikan Seni Visual.

Perhimpunan pagi Isnin diteruskan dengan ceramah sempena Maulidur Rasul dan juga penyampaian hadiah beberapa pertandingan yang telah berlangsung sebelum cuti. Kami juga dimaklumkan bahawa minggu ini akan diadakan Minggu Bahasa, bertepatan dengan major yang kuambil. Namun pengisian Minggu Bahasa lebih menjurus kepada pembelajaran bukan pertandingan seperti tahun sebelumnya. Murid2 dikehendaki menyiapkan buku scrap simpulan bahasa untuk Tahun 4 dan penulisan esei/cerita pendek untuk tahun 5.

Selepas itu kami diberikan sedikit taklimat ringkas oleh GPK 1, Pn Zaleha bt Saad. Guru Besar sedang mengikuti kursus sehingga penghujung April ini, jadi kami tiada kesempatan untuk berjumpa GB sehingga berakhirnya PBS. Tak banyak maklumat yang diperolehi hari ini kerana Ketua Panitia BM sedang sibuk menguruskan minggu bahasa. Ambil gambar sekeliling sekolah dan juga papan2 kenyataan. Belum decide tajuk yg dipilih utk tugasan PBS.

Aku balik dalam kul 1.30 petang ... rasa segan juga nak balik sebab masih ramai guru2 yang masih di bilik guru ... tapi sebab tak tahu nak buat apa ... kami balik juga. Petang ada latihan rumah sukan, tapi rasanya lain kali baru aku ikut serta.

3x call Ikmal tapi dah tidur dan tak bangun2 pun ... rindu sangat dengan Ikmal ... MIL beritahu yg semalam Imal tidur tak lena sebab asyik mengigau sebut2 mama ... ala ciannya anak mama!

No comments: